30 Januari 2011

TANGAN YG MENGHAYUN BUAIAN BOLEH MENGGONCANG DUNIA!

`IF U CAN SAVE THE WOMEN U CAN SAVE THE WORLD' .....

kata Mary J.Blidge seorg penyanyi popular Amerika sewaktu ditemubual dlm rancangan OPRAH. Mary telah menubuhkan sebuah Pusat Komuniti khas untuk melindungi wanita yg teraniaya dan memberi bantuan kaunseling kpd wanita yg didera.



Saya sangat kagum dan tersentuh kerana ramai aktivis barat yg bukan Islam, sanggup bergabung tenaga & menggembeling usaha; mengumpul dana bagi menubuhkan pelbagai Yayasan & pertubuhan NGO khusus untuk membantu golongan miskin & kurang upaya di negara Barat.
Tidak menafikan ramai juga individu Islam yg berbuat sedemikian; tetapi malangnya bilangan mereka tidak begitu ramai & hampir tidak kelihatan di mata masyarakat.

Melalui zaman kanak-kanak yg sgt sukar kerana didera bapanya; kini Mary bertekad utk membantu wanita lain yg kurang bernasib baik. Menggunakan populariti sebagai penyanyi; beliau berjaya mengumpul dana untuk menubuhkan sebuah Yayasan dan mengendalikan sebuah pusat Komuniti Wanita.

Kenapa WANITA:

Wanita sebagai makhluk yg sangat lemah terdedah kpd pelbagai ancaman & siksaan fizikal serta mental. Menyelamatkan seorang wanita; bermakna anda telah berjaya menyelamatkan generasi pewaris umat.

Setiap wanita adalah bakal ibu kepada anak-anak. Wanita yg sihat akan pasti melahirkan zuriat yg sihat & sempurna. Dan pastinya apabila wanita diberi perlindungan yg sewajarnya; akan terhindar segala gejala sosial yg meruntun jiwa masyarakat Malaysia hari ini.


Kes Rogol; penderaan seksual & fizikal; kehamilan di luar pernikahan; pengguguran haram; pembuangan janin & bayi serta kes pembunuhan adalah antara peristiwa yang sentiasa memenuhi ruang di dada akhbar kita setiap hari.

Ianya berlaku di kalangan remaja sekolah; anak2 Melayu beragama Islam turut menjadi mangsa. Semua pihak menunding jari menyalahkan sistem pemerintahan; kerajaan; sekolah; ibu bapa malah teknologi jugak turut dipersalahkan.

Keterbukaan sistem penyiaran seperti TV & Radio; kecanggihan sistem IT yg menjangkaui pemikiran manusia; menyebabkan berlaku `kejutan budaya di kalangan remaja'. Kemasukan pelbagai budaya asing secara terancang - di luar kawalan & tanpa sedar telah melemahkan iman manusia dan meruntuhkan akhlak anak-anak kita.

Selaku masyarakat Islam yg prihatin; marilah bersama kita memainkan peranan sebagai khalifah di muka bumi; mencegah kemungkaran & menyeru kpd kebaikan. Kita cuba tidak menunding jari mencari mangsa untuk dipersalahkan; tetapi bersama; kita bersatu tanpa mengira perbezaan warna kulit, pegangan agama atau pahaman parti politik. Marilah kita menyelamatkan hidup & masa depan golongan yg sering menjadi mangsa kekejaman & kerakusan bisikan iblis laknatullah!


Kepada pemimpin pertubuhan NGO & Persatuan2 kebajikan; jgnlah sekadar wujud utk mengambil peluang memperolehi kontrak kerajaan ; geran-geran kewangan dan merebut pelbagai insentif perniagaan sahaja.


Menyelamatkan seorang Wanita pd hari ini bermakna anda telah berjaya menyelamatkan generasi masa depan & sudah pastinya anda turut membantu menyelamatkan Dunia!


Daripada Aisyah r.a, dari Nabi S.A.W baginda telah bersabda yang maksudnya: Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka."

Tiada ulasan:

ADAKAH GULA MENYEBABKAN KANSER ?

Salam .. hari ini saya nak kongsikan catatan blog  yang ditulis oleh (my gynae-onco) YBhg. Dato Dr  Rushdan Noor   Pakar Kanser Wanita da...