Memaparkan catatan dengan label KAUNSELING. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KAUNSELING. Papar semua catatan

10 Oktober 2011

Sepi Berbisik


Assalamualaikum wbt:

Terlalu lama meninggalkan Blog ini tanpa catatan baru. Bukan tak ada peristiwa suka duka yang menarik untuk dikongsikan bersama; tetapi entah mengapa; tiba-tiba kehilangan `momentum' menulis. Benarlah seperti kata Tun M: menulis memerlukan kita berfikir dan terus berfikir; hasil tulisan kita pastinya dapat memberi manafaat buat diri kita; sebagai sebuah catatan sejarah peribadi; malah boleh jua dikongsikan kepada umum.

Setiap hari kita akan melalui pelbagai insiden yang adakalanya boleh menjadi satu pengajaran dan memberi iktibar kepada orang lain agar ianya tidak berulang buat kali kedua. Adakalanya segala yang manis dan indah yang kita alami dapat dikongsikan bersama insan tersayang dan akan kekal sebagai memori yang patut kita kenang hingga akhir hayat.

Berkongsi catatan di Wall FB saya:

sekiranya anda sedang bersedih; fikirkan semua kenangan indah dan manis; ianya mampu mberikan anda kekuatan utk mbina semangat baru dan yg penting ianya akan dapat mengukuhkan benteng kesabaran. Jangan bersedih untuk Dunia yg sementara ini; Tak Berbaloi!!!'
Jangan biarkan diri anda tenggelam dalam permasalahan hidup. Carilah teman untuk mendengar luahan jiwa. Sekiranya anda malu; segan dan tidak punya teman untuk berkongsi; maka anda kena belajar menulis di dalam diari atau cyber diari malah boleh juga menulis di Blog peribadi. Tahukah anda; catatan-catatan kecil di muka buku (FB) atau twitter; boleh menjadi medium untuk meluahkan rasa hati agar ianya tidak terpendam menjadi barah yang boleh membunuh jiwa secara senyap. Jangan takut dan malu untuk berkongsi rasa dan usah pula kita sendirian memendam lara. Jangan dibiarkan diri berseorangan dalam menangani konflik jiwa; adakalanya kita perlu bersuara memohon pertolongan!



Cintailah diri kita sendiri; kerana diri ini lebih berharga: we desserve to be treated as a Queen

Benarlah sepi itu berbisik ................ kita hanya perlu mendengar!


05 Mac 2011

USAH BERSEDIH; DUNIA INI TIDAK LAYAK DITANGISI




saya dah melalui fasa hidup belasan tahun; the 20's; the 30's & now i m in my 40's: Alhamdulillah this is my best moment in my life kerana sy dah memahami erti kehidupan dunia yg sebenar dan saya lebih memahami tanggungjawab serta bebanan yang dipikul utk ke alam yg kekal abadi!

kalau dulu; saya takut pabila setiap tahun usia meningkat; saya akan merasakan diri semakin tua; hilang kecantikan dan bertambah kedutan di muka. Bak kata omputih: `we grow old gracefully'.

Dulu; asyik sibuk mengejar kerjaya dan fokus terhadap `career development' . Kemudian apabila berpolitik ; asyik sibuk mengatur program & bermesyuarat. Terkejar ke sana, berlari ke sini. teringat pesan mak saya: ` a rolling stone gathers no moss' ; maksudnya: dok ligan pi mai pi mai .. habuk pon tarak!!!

Alhamdulillah pabila usia telah mencecah 40'an ; saya menjadi semakin matang. Usia bukan bermakna Kecantikan rupa paras... tetapi kehidupan itu jauh lebih besar ertinya. Saya dah tak obses tentang `Beauty' anymore. Di usia 40'an; fokus sy sudah berbeza. Konflik & krisis kehidupan yg dilalui mjadikan saya semakin matang dan bijak. Ia adalah rencam asam garam kehidupan yang mjadikan kita manusia normal.

Bumi mana yg tidak ditimpa hujan? Pantai mana yg tidak dilanda badai? Manusia mana yg tidak pernah bermasalah? Siapa yg tak pernah ditimpa mussibah? Siapa tidak pernah berbuat silap?

Bukankah kehidupan di dunia ini hanyalah sementara sahaja? Allah telah berfirman mengatakan bahawa setiap manusia akan sentiasa diujiNYA. Balasan syurga kpd mereka yg Sabar & Redho' menghadapi segala kesulitan dan bencana yg menimpa.

Malah Para nabi yg terdahulu diuji dgn pelbagai ujian yg maha dahsyat : Nabi Zakaria & Nabi Yahya A.S. telah dibunuh, Nabi Musa diusir Fir'aun, Nabi Ibrahim dibakar hidup-hidup oleh kaumnya; Nabi Adam & isteri telah dihalau keluar dr syurga; Nabi Yussof telah terpenjara; malah Rasulullah melalui pelbagai pahit getir dan kesukaran sewaktu menegakkan syiar Islam.


Hati menjadi tenang ; Redho' dan bersyukur dengan segala nikmat Allah yg telah sy perolehi. Mempunyai keluarga yg sentiasa menyayangi & menyokong segala usaha ; mempunyai anak2 yg mjadi kekuatan untuk sy terus berjuang mcari rezeqi yang halal. Allah anugerahkan sy sahabat yg sentiasa bersama berkongsi kesusahan; kesedihan & bersedia mendengar luahan hati nurani ini.

`apapun nikmat yg kalian terima; semuanya berasal dr Allah. (An-Nahl:53)'


Nani; sahabat since Sek Men Sains Kuantan - SEMSAS: sahabat yg baik itu anugerah Allah Swt





maiza & Afiza ; sahabat politik semenjak awal penubuhan Pergerakan Puteri Umno Kedah 2002 kami bersama mengharungi waktu susah & senang!


ADAKAH GULA MENYEBABKAN KANSER ?

Salam .. hari ini saya nak kongsikan catatan blog  yang ditulis oleh (my gynae-onco) YBhg. Dato Dr  Rushdan Noor   Pakar Kanser Wanita da...