Ayahanda tercinta telah melalui pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN). Alhamdulillah beliau telah selamat menjalani angiogram & angio plastic di bawah pengawasan Pakar Dato Dr Rosli Mohd Ali - ketua unit Kardiologi IJN. Hanya Allah swt yg dapat membalas budi & jasa mereka yg membantu merealisasikan impian ayahanda - Hj Kamal untuk menjalani rawatan jantung di IJN.menulis dari hati .. menulis apa yang ku fikirkan ... dari pengalamanku .. pengalaman sahabat di sekelilingku. Menulis dari ilham yang dianugerahkan ALLAH SWT kepadaku. Semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada yang sudi membaca.
02 Januari 2011
Terima kasih Allah - terima kasih Sahabat!
Ayahanda tercinta telah melalui pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN). Alhamdulillah beliau telah selamat menjalani angiogram & angio plastic di bawah pengawasan Pakar Dato Dr Rosli Mohd Ali - ketua unit Kardiologi IJN. Hanya Allah swt yg dapat membalas budi & jasa mereka yg membantu merealisasikan impian ayahanda - Hj Kamal untuk menjalani rawatan jantung di IJN.31 Julai 2009
K69 - Tq for the Precious Memories
Sempat juga menempuh alam persekolahan yang sangat mencabar kerana saya berpeluang untuk bersekolah di Sekolah Menengah Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS) ; sebuah sekolah berasrama penuh nun jauh di Kuantan sedangkan ibubapa saya menetap di Kuala Lumpur. Dan kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma in Business Studies di Arau, Perlis.
Malangnya saya terdampar di ITM Arau sekadar lulusan Diploma dalam bidang perniagaan. Menggagahkan diri dengan niat bertemu sahabat karib khususnya Sabariah dan Norini, saya menaiki kapalterbang dari Penang ke KLIA dan dari KLIA ke Kuantan, saya disambut oleh Sabariah dan suaminya. Walau apa pun prasangka dan curiga yang tersemat di hati kecil semuanya salah belaka. Apabila bertemu selain bertanya khabar diri masing-masing kami lebih banyak bercerita dan mengungkap memori silam. Banyak kenangan dan kenakalan sewaktu di alam persekolahan yang diungkit kembali.
Peluang berjumpa kawan-kawan memberi ruang kami bermaaf-maafan dan menyatakan rasa terima kasih terhadap setiap detik yang dikongsikan bersama. Malah ada juga yang sempat melunaskan hutang-hutang lama...............
Pertama kali masuk asrama, jauh dari keluarga........... merdeka!
Pertama kali naik bas ekspres : Kuantan-Kuala Lumpur-Kuantan........ adventurous!
Pertama kali dapat biasiswa ............ joli!
Pertama kali belajar makan KFC........... fun and yummy!
huh... ada jugak yang pertama kali berdating..... nostalgia di Benteng!
Kepada sahabat baik saya Sabariah, Norini, Yati Hassan, Nur Zurina, Aisyah, Kamariah, Dura, Jamie, Banu, Fadzilah, Serina, Rahmah, Shahida Shaari terima kasih di atas pengalaman hidup yang sempat dikongsi sewaktu di dorm, dalam kelas atau masa atas bas ekspres. Buat Khairul Akmaliah thank you for `singing' with me in class. (i will never forget: SUMMER OF 69 - Brian Adams)
Geng Apollo yang sekelas dengan saya seperti Maslina, Nora, Nazaris : i enjoyed our moment together!
Kenangan bersukan bersama kak kamalawati, marzita, aiza, marlihah, Norsassatunaha, Noraini tak mungkin saya lupakan! To my newly-found best frenz: nani, che are, rosniah, nana, djune ; its never too late to know each other well. Masih banyak memori yang hendak diperkatakan!
Johan, Azahari, Yusaini, Rushdan, Amran, both Taufik, Munir, Zaidey, Iqbal dan Dzulhata, terima kasih kerana `mewarnai' kehidupan saya dan buat semua yang tak dapat saya senaraikan terimakasih di atas persahabatan kita!
dari kiri: nur zurina, arzita, Cikgu Rohaida, myself and salawati
Buat guru-guru dan tenaga pengajar; Ayahnda dan Bonda PK, Puan Eton, Cikgu Rohaida, Noraini `basic', Cikgu Amran, Ustaz Rodzi, Cikgu Mat Noor England dan semua yang telah mengajar kami, restuilah perjalanan hidup kami, halalkanlah setiap ilmu yang diajarkan semoga hidup kami diberkati dan hayat kami diredhai.
Kepada the hard-working commitee: Anuar Alawiyah, Dato' Naj, Salawati, Yaxe, Hasnul, Shahrul and all commitee members yang berusaha `menjejak kasih' dan tanpa jemu sentiasa mempromosikan `Reunion Keluarga 69'. Pelbagai cara dan kaedah digunakan untuk mencari sahabat yang telah lama menghilang! Kewujudan rangkaian internet, facebook, sms, emails telah memudahkan pencarian dan akhirnya ramai dapat dijejaki walaupun tak semua dapat melapangkan diri hadir ke majlis `reunion' yang diatur. Teruskan usaha murni anda. Semoga ikatan ukhwah kita terus subur dan mekar terjalin.
Back then i never had the chance to say : I Love u guys. Thanks for all the precious moment together, i treassured in my heart!
SEMSAS : HIDUP BERJASA!
Soyuz 1982 - 1986
17 Julai 2009
Al-Fatihah ...
Salam
Hajah Saharah dan suaminya bergambar kenangan di Gua Hira'
Di Jabal Uhud
ADAKAH GULA MENYEBABKAN KANSER ?
Salam .. hari ini saya nak kongsikan catatan blog yang ditulis oleh (my gynae-onco) YBhg. Dato Dr Rushdan Noor Pakar Kanser Wanita da...
-
“Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan” (Al-A’raf, 7:31) Men...
-
Assalamualaikum wbt: segala puji-pujian kpd ALLAH SWT YG MAHA ESA. Lama sudah tidak menulis di blog; sehinggakan ramai yg dah sm...
-
CELLFOOD - OXYGEN & KESIHATAN "Sel kanser tidak boleh brkembang dlm persekitaran beroksigen tinggi. "Kekurangan oksigen ...

