Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

Pelancaran Portal Iklan FB

UPTOWN BEACH RESORT PULAU PANGKOR: menawarkan 70 unit bilik Hotel dan 40 unit Chalet dengan pelbagai kemudahan dan sesuai untuk mengadakan kursus, seminar, hari keluarga dan pelbagai aktiviti laut.


Salam

Agak sukar menulis untuk memeriahkan blog ini kerana saya terlalu sibuk dengan pengendalian aktiviti perniagaan secara `on-line'. Ini merupakan satu trend yang sangat popular pada masa kini. Kewujudan laman sembang sosial seperti FACEBOOK jugak telah membuka satu ruang berinteraksi dan bertukar pandangan terhadap pelbagai perkara dan topik yang boleh diperbincangkan tanpa had sempadan masa.


Apabila kita menulis blog, ianya bagaikan menulis sebuah cerpen yang memerlukan penumpuan dan cetusan idea agar penulisan menjadi satu bahan yang menarik untuk di baca. Malangnya Facebook telah banyak mencuri idea saya sehinggakan sukar untuk memberi ruang menulis di blog.
Saya tidak mahu menyentuh isu-isu politik kerana adakalanya pendapat saya tidak penting dan tidak relevan. Saya lebih suka ber…

Salam Maal Hijrah dan Selamat Tahun Baru

Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Salam Maal Hijrah 1431 dan Selamat menyambut tahun baru 2010.

Sebagai umat Islam selalunya setiap kali menutup tahun baru kalendar Islam kita akan membaca yasin dan membaca doa penutup tahun dan dimulakan dengan doa pembuka tahun. Kemudian kita akan berpuasa sunat. Alhamdulillah kita menyatakan rasa syukur dengan segala nikmat yang diberikan sepanjang tahun Hijrah 1430.


Malangnya juga apabila setiap kali menyambut Tahun Baru Kalendar Barat; kita terlupa dan terikut-ikut untuk mengadakan pesta dan menghadiri pelbagai program berbentuk hiburan. Amalan ini terus disogokkan oleh Media Elektronik kita terutama rancangan Television. Semoga lebih ramai pemimpin Islam negara akan lebih peka terhadap isu sosial sebegini kerana ianya sangat penting demi pembentukan siasah diri terutama anak-anak muda beragama Islam. Islam selaku agama rasmi Malaysia merupakan penganut majoriti di negara ini.

Setiap kali berbicara tentang tahun baru pasti kita akan menya…