16 Julai 2016

amalan pemakanan Produk Sembuh Kanser

Jujur itu sifat orang Mukmin : 

sebagai seorang pesakit Kanser saya telah menjalani Rawatan Medikal: Pembedahan (membuang Sel Prima Kanser) dan juga Radioterapi: April 2012. pada masa yg sama Saya turut mengamalkan Pelbagai `rawatan Alternatif' dan pemakanan pelbagai Herba yg dijual di pasaran.

Berhabes hampir 70 Ribu membeli apa sahaja yg dijual kerana `kononnya Ia dapat membantu menyembuhkan Kanser' : Dalam catatan pengalaman saya di Blog sewaktu sedang menerima rawatan saya ada menulis tentang amalan pemakanan supplimens yang saya fikirkan agak melampau.

Saya juga pernah membeli: Produk B17 (Biji aprikot biji asli dan jugak Kapsul  (harga ratusan dan ribuan ringgit). Sabah Snack Grass ( tapi saya tak makan sebab ianya serbuk)  Saya beli Madu Sidir (harga ratusan ringgit). Apabila ada yang Promote Baju - Seluar - Stokin - Selimut Nefful (harga Ribuan Ringgit)  saya beli jugak. CELLFOOD ,  Apple stemcell dan bermacam-macam  lagi produk yang saya beli dan amalkan kerana Ketakutan dan Kesedihan yg amat sangat apabila mengetahui saya mengidap penyakit `KANSER', Bila dengar Kanser kita ingat MATI dan saya panik kerana takut  Mati sebab rasa Belom Bersedia!

Alhamdulillah semenjak 2012 hingga hari ini saya telah sihat dan kembali menjalani Hidup Normal. Makan macam biasa tanpa pantang larang malah telah bekerja seperti biasa.  Adalah TIDAK ADIL jika saya mengatakan bahawa amalan memakan CELLFOOD atau menjalani Rawatan Alternatif telah  menyembuhkan Kanser yg saya hidapi dulu. Sebenarnya: Pembedahan Membuang SEL Kanser Prima dan Rawatan Radioterapi adalah merupakan Faktor Utama Saya BEBAS KANSER: Syukur kerana Penyembuhan dengan izin ALLAH SWT: dan saya perlu Berterima Kasih Kepada seluruh warga Gynae-Onko Hospital Sultanah Bahiyah: Terima kasih kpd Dato Dr Rushdan Noor,   Dr Badrul Zaman dan Dr Ismail Alias yg merawat saya. 

Di awal peringkat kesembuhan dahulu saya juga sangat Taksub terhadap amalan Pemakanan seperti CELLFOOD - Makanan Sunnah dan pelbagai produk yang saya anggap penyebab saya Sembuh Kanser. Malah saya pernah menjual (menjadi Ejen) kononnya membolehkan saya beroleh pendapatan dan keuntungan. Malah ramai Penjual pelbagai Produk telah menghubungi saya untuk menjadi `jurucakap/Testimoni' Produk mereka dan menJanjikan saya `profit sharing'. I dont feel good about tis. Saya merasakan ianya sesuatu yg salah dari segi Prinsip. Saya tidak boleh Memberi Harapan Palsu kepada Pesakit Kanser yg lain Bahawa: Makan B17 - minum CELLFOOD - Sabah Snack Grass - Durian Belanda Mampu Menyembuhkan KANSER! Ramai Pesakit yg Takut kepada Pembedahan - Kimo - Radio serta Rawatan Hospital telah memilih untuk Menjalani Rawatan ALternatif dan hanya bergantung kepada Amalan Pemakanan Herba atas alasan Ramai yg SEMBUH KANSER. Sudah 4 tahun berlalu - setiap kali saya membaca Testimoni Produk saya akan hubungi Pesakit kanser tersebut dan Bertanya Bagaimana Mereka sembuh Kanser; 100% Kesemua yg saya hubungi Mengakui Mereka telah Menjalani Rawatan Hospital terlebih dahulu sebelum mengamalkan Teh Daun Rerama - Produk B17 - atau lain2 Supplimens yg diJual.  

Pesanan saya kepada Sahabat Cancer Survivors dan Mereka yang terlibat Menjual Supplimens: Menjual - Menjadi EJEN Produk TIDAK SALAH: yang salah adalah apabila kita MENIPU. Memberi Harapan dan maklumat Palsu adalah MENIPU. Kepada Pesakit Kanser: Ikhtiar Tak Salah - tapi biarlah BERILMU. cari maklumat sebanyak yang boleh. Hubungi Pesakit yg Menjadi Testimoni - Jumpa Mereka dan bertanya Amalan sebenar mereka pulih Kanser!

15 Julai 2016

Kanser: Jangan terlalu taksub dengan amalan pemakanan sunnah!

Alhamdulillah saya telah mendapat Jemputan untuk mengerjakan ibadah Haji tahun 2010. Impian saya dimakbulkan ALLAH SWT. saya sekadar ingin berkongsi sedikit catatan tentang Ketaksuban melampau setengah pihak terhadap makanan sunnah yang banyak dijual untuk penyembuhan Penyakit. Bukan niat saya untuk memperlekehkan apa jua ciptaan ALLAH apatah lagi ianya sesuatu yang diamalkan dan dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Tetapi saya melihat ramai Penjual yang mengambil kesempatan `menggunakan Agama untuk menjual Produk' ini sesuatu yang sangat salah. Semenjak tiba di tanah suci Madinnah dan Mekkah para Jemaah Tetamu ALLAH senantiasa minum ayaq zam-zam - makan kurma - minum Madu. Maklumlah kat sini semuanya ada. Air zam zam disediakan di dalam atau di luar Masjidil Haram dan Masjid An Nabawi. Buah Kurma - kismis - zaitun senantiasa boleh didapati dengan mudah malah adakalanya kami dapat percuma. Madu boleh dibeli di mana2 kedai yg mengelilingi Masjid dan kawasan penginapan jemaah. Amalan pemakanan Sunnah ini sebenarnya  adalah `life style' orang Arab. Sepanjang Musim Haji terdapat ramai Jemaah yang Sakit. Ini adalah  satu `fenomena' biasa. Maklumlah sewaktu musim Haji adalah waktu berkumpul manusia yang paling ramai di Planet Bumi untuk satu jangka waktu tertentu. Manusia dari pelbagai Bangsa dari seluruh pelusuk alam datang ke Mekkah untuk melaksanakan ibadah Haji. Batuk - Selsema - Demam adalah Penyakit WAJIB setiap Jemaah termasuk saya. Apabila sakit ... kami semua dinasihatkan berjumpa Doktor untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Ada banyak pusat rawatan yang disediakan oleh pihak Tabung Haji atau Klinik yg disediakan oleh Kerajaan Saudi. Lagi dekat hari nak wukuf lagi penuh Klinik dengan Jemaah yang sakit datang untuk ambik ubat .. ambik antibiotik dll. Semua oarang nak Sihat sepanjang waktu Ibadah Haji: Wukuf - Melontar hinggalah selesai Tawaf - Saie dan Bertahlul. Apabila jemaah sakit Tok Arab tak suruh Jemaah pi minum ayaq zam-zam tetapi Tok Arab suruh semua Jemaah yg Sakit Segera mendapatkan Rawatan Perubatan agar Jemaah semua dalam keadaan sihat.

ini gambaq kak aji di Mekah sebelom bertolak untuk mengerjakan wukuf di Arafah HAJI 2010
Selama sebulan (35 hari ) Kak Aji duduk di Mekah Al Mukarramah. Setiap hari Kak aji solat di Masidil Harram. Sebelom nak bertolak untuk mengerjakan Haji/Umrah para jemaah diWajibkan untuk mendapatkan Suntikan Vaksin & menjalani Pemeriksaan Kesihatan. TANPA Buku Rekod Rawatan anda diLARANG MASUK ke Mekah tau. 

sebelum berlepas menaiki kapalterbang Jemaah diminta menunjukkan Buku Rekod Rawatan dan Tiket Kapalterbang 
Memang benar Penyembuhan hanyalah dengan izin ALLAH SWT. Kita sebagai manusia berhak dan wajib berikhtiar untuk kembali sembuh. Tetapi nasihat saya Allah kurniakan setiap insan dengan Aqal untuk berfikir. Carilah ILMU. Berikhtiar dengan ILMU agar kita TIDAK mudah terpedaya, Ramai orang suka mengambil kesempatan di atas kelemahan dan kesusahan orang lain. Orang Miskin selalu menjadi makanan Orang kaya Orang Bodoh akan menjadi makanan Orang Cerdik


Pemakanan sunnah dan amalan sunnah adalah DUA perkara yang berbeza. Keperluan dan pemakanan sel tubuh adalah lebih penting utk diamalkan, Apabila sel tubuh sihat, tisu akan sihat, organ akan sihat, sistem tubuh akan sihat dan insha allah badan akan kekal sihat. Apabila sistem badan berfungsi dgn baik maka imunisasi tubuh akan kuat untuk melawan segala virus dan penyakit.'

 Islam: Halal itu jelas.  Kalau nak ikut amalan pemakanan Rasulullah banyak:

1. Rasaulullah akan  makan sewaktu lapar
2. dan berhenti sebelom kenyang
3. Rasulullah tidak pernah tidur dengan perut yg kenyang
4. Rasulullah makan buah sebelom makan
5. Rasulullah suka minum susu kambing
6. Rasulullah makan tidak mencampurkan yg darat dengan yg laut

dan banyak lagi amalan pemakanan sunnah Rasulullah bukan hanya Madu - kismis - kurma - Habatussauda


Dr Asri ada menulis: Kalau benar Kismis mampu mencerdikkan minda dan air Jampi mampu mengubah `perangai seseorang' Rasulullah dah jampi Telaga Zam-zam utkk mengubah perangai org Arab Quraish .. Tak perlu Nabi Muhammad mengerahkan sahabat utk berperang hingga ramai yg syahid dan Nabi sendiri Luka parah. Berdoa sahaja meminta pertolongan ALLAH agar beroleh kemenangan!

08 Julai 2016

CANCER SURVIVORS MALAYSIA


Grup CANCER SURVIVORS (MALAYSIA)  telah ditubuhkan pada 14hb April 2014. Grup FB CSM terbentuk dari hasil response Pembaca Blog Tinta-zue dan juga rakan-rakan FB yang sering bertanya Bagaimana saya kembali Pulih dari Kanser Endometrium  (2012). Tujuan asal adalah untuk berkongsi pengalaman sebagai seorang Cancer Survivors. Alhamdulillah pada hari ini:  Grup FB CSM telah menjadi kumpulan sokongan alam maya yang masih kekal aktif dengan keahlian hampir 5000 orang. Di sini kami  berkongsi Pengalaman sebenar sebagai seorang  Pesakit Kanser atau Penjaga Pesakit ( Caregivers ). Ianya tidak mampu menjadi sebegini Hebat tanpa ahli-ahli CSM yang Hebat Berjiwa kental dan sentiasa positif seperti anda semua. Tahniah dan Syabas. Anda Rajin Menulis. Anda Rajin Membaca dan Rajin memberi komen-komen  secara murni terhadap setiap persoalan dan  posting rakan-rakan CSM. Kita semua matang dan saling menghormati walaupon berbeza pendapat. Agree to disagree. Ahli Grup CSM jugak terdiri dari pelbagai golongan masyarakat: selain Melayu ada India .. Cina .. Sabahan .. Sarawakian .. Singaporean .. Brunei ... Indonesian.
Sebagai Pengasas Grup CSM ini : izinkan saya utk mengucapkan Jutaan terimakasih kepada sahabat ADMINS yg sudi membantu menguruskan Keluarga Besar CSM ini. Alfatihah buat arwah Saadiah (sahabat bff sy yg menyokong idea dan  penubuhan awal grup FB CSM. Tak lupa kepada arwah Tn Hj Abd Rahim (seorg Admin yg sgt aktif berkongsi pengalaman): mereka berdua telah mendahului kami bertemu ALLAH SWT.
Sekiranya anda Pesakit Kanser atau Penjaga pesakit kanser (caregivers) 
Sekiranya anda rasa keseorangan - murung - sedih - kompiuss - buntu - blank - keciwa 
Sekiranya anda memerlukan Nasihat  dan Ingin membaca pengalaman Pesakit Kanser (semua jenis Kanser ) yg dikongsikan bersama:
Marilah sertai CANCER SURVIVORS (MALAYSIA) sebuah kumpulan sokongan secara Alam Maya. Kami TIDAK MENJUAL PRODUK ATAU PROMOSI RAWATAN ALTERNATIF: MAKA PENJUAL - PENGAMAL - EJEN MLM TIDAK DI BENARKAN JOIN CSM.
Sila Klik link CSM :

ADAKAH GULA MENYEBABKAN KANSER ?

Salam .. hari ini saya nak kongsikan catatan blog  yang ditulis oleh (my gynae-onco) YBhg. Dato Dr  Rushdan Noor   Pakar Kanser Wanita da...