Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2014

oh masyarakat - ubah lah stigma!

'Last week, saya pergi ke ofis dan blk kg setelah agak lama MC. Mereka terkejut melihat saya yg kelihatan sihat, berseri-seri dan ceria, seolah-olah saya ini bukanlah seorang pesakit kanser. Reaksi mereka ini membuat saya tertanya-tanya, adakah kita sebagai pesakit kanser mesti kelihatan fragile, sedih dan nazak seolah-olah hanya menunggu mati? Mereka tak faham perasaan kita apabila 1st time doktor memberitahu kita Ada kanser & terpaksa mengumpul semangat utk menjalani rawatan kimo supaya terus survive. Saya Ada terbaca dlm The Star, 7/4/14, satu article Celebrating Cancer Survivors. Ms Jenny Chio, BC survivor - during the treatment, I was quite well, in fact I gained weight. Everybody looked at me and said, ' huh? U got cancer? How can u put on weight? U don't look like u' r sick? . My reply was, I'm not sick. I just have cancer .' ....'
[kata-kata ini adalah luahan hati seorang sahabat CS Achik Sha yg dikongsikan di Grup FB CS.]

Bukan mudah untuk menguba…

Be a shoulder to cry on - telinga mendengar - bahu menangis:

Saya mendapat pelbagai response yang sangat positif dari pembaca blog  ini dan juga penonton Rancangan Celik Hati : Aku Ingin Hidup di TV9. Ramai pesakit Kanser dan keluarga yang terdekat sangat keliru dan tidak tahu bagaimana mengawal emosi dan menangani kecelaruan  emosi diri. Saya teringat detik-detik sukar saya sewaktu mula disahkan mengidap Kanser Endometrium. [private text dari Kak Rozmey] As salam Zue...Tq for sharing with my mum.. Zue dear..Could you please share in your blog how the family members could render help to our loved ones who are stricken with cancer.Besides asking Allah for help what else can we do? At times Kak Roz feels so helpless.
Sewaktu Dr Zuraini (Gynae di Kedah Medical Centre) memaklumkan kepada saya tentang Laporan Makmal yang mengesahkan terdapat sel kanser  di Endometrium ... saya sangat terkejut. Blank - Bengong  Kosong - Kelam - Rasa macam nak rebah . 
Berulang kali saya beristighfar .... berulang kali saya menyebut nama ALLAH. Saya gagahi juga memand…

Bagaimana hendak menyertai rangkaian sahabat CANCER SURVIVORS

Alhamdulillah peluang menjadi tetamu dalam Rancangan Celik Hati di TV9 bersama Prof Muhaya, memberikan saya sedikit ruang berkongsi pengalaman sebagai seorang Bebas Kanser (cancer survivor).  Mesej utama yang ingin saya sampaikan adalah:
1. Pesakit Kanser perlu `reach out' .. mendapatkan sokongan moral dari kalangan pesakit kanser & keluarga terdekat. ini sangat penting kerana ianya mampu membantu pemulihan yang segera. Apabila kita mempunyai kekuatan mental in sha ALLAH ianya dapat membantu memulihkan kesihatan fizikal. Ubat-ubatan dan rawatan hanyalah sekadar bantuan perubatan... yang paling penting adalah membenarkan tubuh kita  merawat diri kita sendiri.
2. Masyarakat perlu mengubah stigma terhadap Kanser & pesakit Kanser. Kami perlu dilayan seperti biasa. Jangan `melayani kami dengan pandangan mata dan cebikan mulut' seolah-olah Kanser merupakan Hukuman dari ALLAH SWT terhadap dosa-dosa yang kami lakukan. Tiada manusia yang maksum tidak melakukan Dosa melainkan N…

CT Scan Contrast:

13 April Jam 8.30 pagi ... saya diminta berpuasa semenjak jam 12mlm (12hb April). ini kerana saya akan menjalani  satu lagi  prosedur sebagai Pesakit Kanser; Ct Scan Contrast. Ianya telah menjadi Rutin tahunan atau setiap 6 bulan dan hari ini adalah rutin yang ke- 8 semenjak saya disahkan Mengidap Kanser  (April 2012).

apa itu CT Scan (contrast): turut dikenali sebagai:- Computed tomography scan - abdomen; CT scan - abdomen; CAT scan - abdomen.
CT Scan dapat menggambarkan imej tubuh secara menyeluruh termasuk Tulang, Lemak, Organ Dalaman dan juga urat darah. Ianya lebih terperinci jika dibandingkan dengan imej X-rays.


`Contrast' merujuk kepada cecair yang diminum atau yang dimasukkan ke dalam tubuh melalui lubang dubur dan yang dicucuk melalui IV (an intravenous line). Prosedur Contrast ini memerlukan pesakit untuk berpuasa beberapa jam sebelum CT Scan dapat dilaksanakan.
Ini adalah antara imej yang dihasilkan oleh CT Scan. Ianya merupakan kaedah untuk Doktor Onko memastikan bahawa kum…

Beberapa nota peringatan ........

1. U know your body best! Doktor bukan tuhan. Sekiranya kita merasakan ada perubahan pada kesihatan diri sendiri, segera dapatkan pemeriksaan lanjutan. Kita kena hargai dan bertanggung jawab terhadap tubuh badan yang merupakan anugerah Allah swt
Contoh: Haid yg ber lanjutan , tidak normal... `discharge' pada vagina yg tak normal ... ketulan, benjolan pada bahagian payudara.. sakit kepala atau migraine yang berpanjangan. Senggugut yang teruk .. dll (u should know better lah kan ... it's your body )
2. Apabila di diagnose oleh pakar.. tak salah dptkan 2nd opinion utk pengesahan. Tetapi yg paling utama dptkan rawatan segera. Rawatan perubatan yg cepat & tepat mampu menjamin kadar pemulihan yg terbaik. Sekarang rawatan perubatan sangat `advance'. Ada pelbagai kaedah rawatan yg tidak.memudaratkan malah memberi hasil yg sgt baik. Ramai pesakit cancer survive dah blh menjalani kehidupan normal selepas rawatan. Malah sahabat saya Puan Nor Hidayah telah melahirkan seorang bayi pe…

Bayi Ajaib: anugerah dr Allah SWT

Bangun pagi terus membaca mesej watsapp. Alhamdulillah sahabat saya Puan Nur Hidayah seorang peguam yg menetap di Kuantan telah memaklumkan bahawa beliau selamat melahirkan seorang bayi perempuan.  Allahuakbar menangis saya membaca mesej tersebut. Nur Hidayah merupakan ahli kpd  Cancer Survivors grup di Watsapp. Walaupun beliau sedang sarat mengandung, Nhidayah terpaksa menjalani rawatan Kimoterapi kerana mengidap Kanser Payudara.

Saya mendoakan agar ibu dan bayi sentiasa dlm peliharaan Allah Swt. Buat Hidayah ; saya kagumi ketabahan dan kecekalan anda. Teruskan perjuangan. Teruskan rawatan. In sha Allah segala2nya akan dipermudahkan.  Sabar dan tabahkan hati. Saya percaya keluarga dan sahabat senantiasa berada bersama anda. You are never alone dear.