Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2016

she is a cancer survivor .........

izinkan saya berkongsi catatan sahabat Cancer Survivors Malaysia , saudari   Liza  yg dikongsikan di FB  : https://www.facebook.com/liza.m.ariffin
29 Dis  2016:

Baru bersembang dengan seorang sahabat baik tadi, katanya 'aku tak faham kenapa reading cancer ko dulu katanya dah cancer-free?'. Baru saya sedar, ramai yang kurang mengerti pasal kanser ni. Biasanya diri kita kena kanser atau kita jadi caregiver kpd cancer-patient baru kita faham, itu pun bukan 100% faham. Contohnya:

1. Cancer marker ca125 saya menunjukkan bacaan pd paras normal.
*maksudnya hasil ujian ca125 tu menunjuk sel kanser (kanser ovari dan rahim saja) tidak aktif sekarang. Ujian ni tidak mengesan sel2 kanser lain. Ada berbagai jenis cancer marker test utk mengesan beberapa jenis kanser tapi bukan semua, ada jenis kanser yg tiada cancer marker. Dan bila di paras normal pun tak bermakna saya dah cancer-free, cuma sel kanser ovari tu tak aktif. Anytime dia boleh aktif balik. 2. Ada orang kata dia berpantang mak…

catatan nurani seorang cancer survivor

Untuk makluman semua Rawatan Kanser adalah satu perjuangan yang panjang. Bermula dengan pelbagai Ujian Klinikal (lab test): biopsi - ujian darah- ct scan- pet scan- mamogram -bone scan- MRI dan lain-lain yang sangat merisaukan fikiran malah melelahkan.
Ada pesakit yang memerlukan pembedahan segera membuang tumor atau sel kanser. Sel Kanser menentukan jenis pembedahan yang perlu dilalui seseorang pesaki. Histerektomi, Mastektomi, `reconstructive' - amputee  operation. Semua prosedur ini memerlukan kekuatan mental dan fizikal agar pesakit kembali pulih untuk menjalani Protokol Rawatan Lanjut.


Selepas pembedahan pesakit kanser perlu menjalani Terapi Radio atau kimo atau kedua-duanya utk memastikan agar sel-sel kanser dapat dihapuskan .... `its a long tiring battle'. Penat Mental ... Penat Fizikal  ...... Penat Kewangan!

Tetapi ianya bukan sesuatu yang mudah. Adakalanya kami tidak  mampu  melakukannya sendiri dan  melalui semua itu  bersendirian. Saya menyeru semua rakan FB - masyar…

Kanser : kita perlu Fokus

Be Strong and Be Selfish! Pesanan ini saya tujukan khas kepada semua Cancer Survivors. Dalam keadaan kita sedang bersedih dan sangat beremosi disebabkan oleh penyakit kanser yg kita hidapi. Jangan hilang fokus terhadap apa yg perlu diberi keutamaan.  DIRI KITA. Kesihatan tubuh kita adalah keutamaan dan fokus utama. Jika kita tidak sihat kita tidak boleh menjalani kehidupan normal yg sedang kita lalui selama ini.
Sekiranya kita tidak sihat bagaimana kita mampu menjalani tanggungjawab dan amanah sebagai insan: Bagaimana kita nak laksanakan Solat - beribadah - bekerja - bersukan - berhibur - berkhidmat - berkeluarga dan lain-lain  aktiviti  sebagai manusia yang  normal.
Bagaimana kita mampu menjadi Ibu - Isteri - Suami - Bapa - abang - kakak - adik - anak dan apa jua peranan kita dalam kehidupan masyarakat?
Realitinya :  Kanser adalah sesuatu yang sangat serius kerana Sel Kanser bergerak secara senyap tanpa diketahui oleh sesiapa (termasuk pesakit kanser sendiri)  kerana Sel Kanser  sukar di…