Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2009

Rihul Ahmar

Salam,


Saya sekadar ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya baru dapat tentang Rihul Ahmar yang telah disampaikan oleh Tok Guru kepada kami semalam. Pernahkah anda mendengar tentang Rihul Ahmar atau Angin Ahmar atau dalam bahasa moden : STROKE?

Pada hari ini, kalau diperhatikan di sekeliling kita pasti ada Mak Long, Pak Ngah, Wa, Tok Chik malah kini golongan yang muda pun diserang Angin Ahmar atau Stroke. Selalunya pesakit yang mendapat serangan Stroke akan hilang keupayaan diri dan mengalami lumpuh pada bahagian tertentu pada tubuh badan.

Semalam sebelum memulakan kelas `mengaji' Tok Guru telah mengajarkan kami Doa Angin Ahmar. Satu doa yang sangat panjang dan menurut Puan Hajah Che OM : Rasulullah SAW telah berpesan kepada sahabat-sahabat baginda supaya mempelajari doa tersebut dan mengajarnya kepada umat Islam yang lain agar mereka mendapat manafaat serta terpelihara diri dari serangan penyakit Rihul Ahmar (Angin Ahmar) . Insyaallah.


SEJARAH ANGIN AHMAR:
Penyakit Angin Ahmar ini memp…

Syurga di Telapak Kaki Ibu

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”


Salam
Baru-baru ini saya ada terjumpa dengan seorang sahabat yang meluahkan perasaan ketidakpuasan hatinya dengan penuh emosi. Kedua suami isteri itu bercerita mengenai perancangan ibu mereka yang akan mengerjakan Haji tidak berapa lama lagi.


Menurut si anak (suami) , ibunya ke Mekah atas jemputan si adik seorang Engineer yang bergaji besar. Dan mereka dijangka akan mengikuti Pakej Haji yang bernilai RM19, 000 seorang. Oleh kerana mereka pergi bertiga, maka jumlah keseluruhan yang perlu ditanggung oleh si Engineer tersebut adalah sebanyak RM 57, 000.00. Itu belum termasuk perbelanjaan runcit selama berada di Tanah Suci.


Si ibu mempunyai 4 orang anak yang kesemuanya sudah berkeluarga. Memikirkan beban perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh sang anak si Engineer, maka si ibu telah meminta kepada tiga orang anaknya yang lain untuk memberi sediki…

Open House!

Bersama sahabat handai yang sudi menghadiri Jamuan Hari Raya


Salam

Tentu ramai yang masih sibuk menghadiri Jamuan Hari Raya dan Jemputan Rumah Terbuka. Pada 7 Syawal yang lalu - 26hb September , saya dan keluarga sempat juga meraikan tetamu sempena meraikan Aidilfitri.

Jamuan Hari Raya atau Open House adalah merupakan satu cara atau trend untuk merayakan Hari Raya Aidilfitri bersama sanak saudara dan rakan taulan. Selalunya ramai akan menganjurkan Open House selepas hari raya pertama atau selepas Raya Enam (selepas puasa sunat) .

Setiap tahun saya akan memikirkan tarikh, menu dan senarai undangan untuk Rumah Terbuka yang kami adakan. Seronok kerana dapat meraikan tetamu dan yang penting sekali inilah masanya untuk saya beramah mesra bersuai-kenal bersama jiran tetangga.

Walaupun ramai jiran tetangga yang pulang ke kampung halaman suasana Aidilifitri di Taman Suasana Permai tetap terasa meriahnya. Syawal diraikan penuh rasa syukur dan keluarga saya akan menggamatkan suasana malam raya denga…