06 Januari 2011

Marah Pada Siapa ??


Suatu hari Syaqiq al-Balkhi membeli sebiji buah tembikai untuk isterinya. Dengan gembira, si isteri membelah buah itu untuk dimakannya. akan tetapi malangnya tembikai itu tidak elok dan tidak manis langsung rasanya. Maka marahlah isteri Syaqiq.


"Engkau marah kepada siapa?" Tanya Syaqiq. "Apakah engkau marah kepada si penjual, si pembeli, kepada petani yang menanam atau marah kepada Si Penciptanya?"

Isteri Syaqiq diam sahaja tidak dapat menjawab.

"Ayo jawab!" Kata Syaqiq.

Kemudian Syaqiq berkata: "Kalau engkau marah kepada si penjual, tidak kena. Sekiranya dia yang membuat tembikai itu, sudah tentu dia hanya ingin menjual yang baik-baik saja. Kalau engkau marah kepada si pembeli, tidak kena juga. Dia telah berusaha membeli yang terbaik. Kalau marah kepada si petani, juga tidak kena. Sekiranya boleh membuat tembikai, nescaya hanya tumbuh yang baik-baik saja. Tidak lain marahmu itu hanyalah kepada Si Penciptanya. Bertaqwalah engkau kepada Allah dan redha terhadap semua ketentuan-Nya."


Mendengar itu, isteri Syaqiq menangis dan bertaubat. Dia pun redha terhadap semua ketentuan Allah atas dirinya.

`Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat; maka tidak ada seorang pun yang dapat menahannya. Dan Apa saja yang Allah tahan maka tidak seorang pun yang sanggup untuk melepaskannya sesudah itu" [FATHIR: 2]

Tiada ulasan:

ADAKAH GULA MENYEBABKAN KANSER ?

Salam .. hari ini saya nak kongsikan catatan blog  yang ditulis oleh (my gynae-onco) YBhg. Dato Dr  Rushdan Noor   Pakar Kanser Wanita da...