31 Mei 2012

pabila mendongak ke atas ; jgn lupa menunduk ke bawah!

Alhamdulillah saya masih sihat & ceria untuk menulis di blog. Setiap hari saya akan menjalani rawatan radioterapi di waktu pagi  (9.00 am). Hari ini adalah rawatan ke-7. Rutin setiap selesai 7 kali rawatan -  adalah pesakit perlu menjalani ujian darah (blood cell count) & temujanji dengan doktor pakar  (Dr Ramesh). 

Hari pertama pendaftaran di MMCH (21hb Mei); berat badan saya: 52.5kg  dan suhu badan: 37.6C. Selepas 2 minggu rawatan; berat badan dah bertambah : 52.8kg (+300grm) dan Suhu: 37.2C  (panas badan berkurangan) Malah `blood cell count': Normal! Alhamdulillah; syukran Ya Allah. `it shows that my body has been receiving this treatment well, insyaallah'. 
I am so happy & so grateful. Alhamdulillah this is really A Good news!
Sebenarnya rawatan radioterapi tidaklah seteruk mana yg digambarkan. To be honest; pembedahan yg saya lalui adalah lebih teruk dan menyakitkan berbanding sessi radioterapi. Ketakutan & kebimbangan yg amat sangat menyebabkan kita hilang selera makan, tidur yg tidak  cukop, adakalanya muntah dan cirit birit. Ini bukan simpton kesan radioterapi tapi simpton dr kecelaruan emosi.

Apabila emosi pesakit kurang stabil menyebabkan badan kita sukar untuk melaksanakan proses pemulihan dan mengganggu sistem imunisasi tubuh badan sendiri. Saya berjumpa dengan ramai pesakit yg melalui proses pemulihan yg lambat dan sukar. Ada yg telah hampir putus asa utk terus menjalani rawatan samada radioterapi ataupun kimo. Dah lah sakit akibat pembedahan, ditambah dengan ketidak stabilan emosi, murung, tiada sokongan yg baik dari keluarga & rakan, menghadapi tekanan akibat masalah keluarga, kewangan dan apa jua gangguan luar yg boleh membantut proses penyembuhan yg segera.

Ramai sahabat saya mengatakan saya `kuat & tabah' menghadapi `ujian ini'. Berkongsi pengalaman melalui catatan di blog ini; memberi saya inspirasi untuk terus `kuat & gagah' kerana saya mahu menjadi contoh bahawa `everything is possible'. 
Abah saya Hj Kamal berpesan: Pabila mendongak ke atas, Jangan lupa untuk tunduk ke bawah! Maksud abah: `kita suka membandingkan diri dengan yg di atas dari kita. Kita rasa kita miskin sebab kawan kita kaya, kita rasa rumah kita kecik sebab rumah jiran kita Besar, Apabila kita Sakit, cuba lihat kepada mereka yg jauh lebih menderita dengan pelbagai penyakit yg kronik & sangat mengerikan!' Baru kita sedar, kita lebih kaya dari dia, kita lebih sihat dari mereka malah kita diberi ALLAH SWT pelbagai nikmat sehingga kita terlupa dan mengeluh kerana `ujian' dan `kehilangan' yg sekecil ini.

Menjalani rawatan di Mount Miriam; ianya banyak menginsafkan saya. Saya rasa saya Sakit teruk, saya jumpa ramai lagi dalam situasi yg kritikal & menyedihkan. Saya rasa saya keseorangan, tapi saya masih ada adik yg sudi menemani sedangkan ramai pesakit yg hadir menjalani rawatan selama hampir 2 bulan Keseorangan tanpa ditemani sesiapa. Ada ramai yg botak keguguran rambut akibat rawatan kimo, ada yg terbakar kulit akibat kesan rawatan radioterapi yg akut. Dan pelbagai 1001 kisah yg sangat meruntun jiwa.

Terlalu banyak nikmat hidup yg kita kecapi setiap detik; hingga kita mudah mengeluh apabila diuji dengan musibah dan penyakit. Allah SWT telah berfirman:
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kpd kamu (ujian dan cubaan) seperti yg tlh berlaku kpd orang2 yg terdahulu drpd kamu? Mereka tlh ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) & serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang2 yg beriman yg ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar & berpegang teguh kpd ugama Allah). (Al-Baqarah: 124)

Setiap kali saya bersedih, saya akan segera mengingati surah Al-Baqarah: 124. Pastinya tangisan akan terus berganti senyuman. Mengapa perlu saya menangis; kerana surah ini adalah Janji ALLAH SWT; dan janji ALLAH itu benar


1 ulasan:

Granny Hani berkata...

Salam pagi Sabtu dik..Semoga hari ni lebih baik dari hari2 semalam..Akak doakan kesejahteraan buat adik Zuraini..

ADAKAH GULA MENYEBABKAN KANSER ?

Salam .. hari ini saya nak kongsikan catatan blog  yang ditulis oleh (my gynae-onco) YBhg. Dato Dr  Rushdan Noor   Pakar Kanser Wanita da...