Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2009

K69 - Tq for the Precious Memories

Teringat kata-kata tok saya: Jauh perjalanan , luas pemandangan, banyak pengalaman!

Pengalaman mematangkan diri, rintangan menjadi rencah memperbaiki kelemahan diri sendiri. setiap musibah yang dihadapi akan menjadikan kita manusia yang lebih baik.


Salam
Apabila direnung kembali perjalanan kehidupan saya yang membesar di seluruh negara, maklumlah bapa saya seorang pegawai tentera udara, menyebabkan kami sering melalui kehidupan berpindah randah. Saya pernah bersekolah rendah di Kuantan Pahang dan di Labuan Sabah.




Sekolah Menengah Sultan Hj Ahmad Shah, Kuantan Pahang. Selama 5 tahun saya `dewasa' bersama rakan-rakan di sini!


Sempat juga menempuh alam persekolahan yang sangat mencabar kerana saya berpeluang untuk bersekolah di Sekolah Menengah Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS) ; sebuah sekolah berasrama penuh nun jauh di Kuantan sedangkan ibubapa saya menetap di Kuala Lumpur. Dan kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma in Business Studies di Arau, Perlis.
Huh satu perjalanan y…

Al-Fatihah ...

Rupa-rupanya di sini Allahyarhamah Hajah Saharah `menghilang', sedang asyik menawar harga belian pakaian buat cucu-cucu di kampung, katanya. Sewaktu di Jabal Rahmah



Salam


Petang tadi saya telah menerima satu panggilan dari nombor yang tidak saya kenali. Pemanggil telah memperkenalkan diri sebagai `anak Mak Teh' . Beliau telah memaklumkan kepada saya tentang kepulangan Hajah Saharah ke rahmatullah. Semoga roh beliau dicucuri rahmatNya. Innalilah................
Makcik Saharah adalah salah seorang peserta rombongan umrah yang bersama kumpulan kami dalam rombongan Bas No 1. Beliau ke Mekah ditemani suaminya. Keduanya merupakan pasangan yang paling `tua' di antara jemaah rombongan kami.

Bergambar di Ladang unta bersama makcik hajah saharah, my fren Ari dan anak-anaknya, lovely girls!


Sewaktu mengerjakan umrah, saya tidak berkesempatan berkenalan rapat dengan setiap jemaah rombongan. Maklumlah apabila sudah sampai di Madinah dan Mekah, kita lebih menumpukan kepada kerja-kerja ibada…

Catatan Umrah IV

Salam...

Mendalami ilmu:


Sewaktu di Baitullah, saya telah berjanji untuk `berubah', mestilah from bad to good. Apabila kita menganalisa diri sendiri (muhassabah diri) kita sedar dan akui tentang kedhaifan ilmu agama, amalan yang sangat-sangat sedikit , keutamaan mendirikan Rukun Islam khususnya menunaikan yang wajib setiap hari.
Di rumah, saya cuba pastikan untuk berjemaah bersama anak-anak perempuan Nurul Arisya dan Hana Afeeza serta bibik Mun. Anak-anak pun dah rajin untuk berpuasa sunat rejab dan kami berpuasa beramai-ramai.

Saya berpesan kepada anak-anak: `kalau mami mati, mami mintak Arisya dan Hana membacakan surah al-fatihah setiap hari semoga ianya sampai kepada mami di dalam kubur, janji tau!'

Pustaka Salam:Menyedari kekurangan ilmu saya pun sudah mula belajar mencari bahan rujukan di toko-toko buku agama. Ada sahabat yang menyarankan saya ke Shahab Perdana dan Pekan Rabu. Malah seorang sahabat saya sahabat saya Hajah Afiza pernah bertanya: `zue... aku nak tanya hang sat, …

Catatan Umrah III

me and mohd noor zaquan at gunung Hira' yang masyur, Gua Hira' tempat turun wahyu pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Salam.......

Saya sedar siapa saya. Saya hanya seorang manusia biasa yang tidak memiliki keistimewaan dan bukan pula seorang yang dimuliakan. Mengakui betapa kerdil dan daifnya diri ini tentang ilmu Allah dan pengetahuan agama yang cetek serta amalan yang sedikit. Menginsafi betapa saya terleka dan asyik dengan kesibukan urusan bisnes, adakalanya yang wajib terlepas yang sunat tak pernah dibuat!

Tuan Haji Kamal dan Puan Hajah Makhzom - my beloved parent
"Ya Allah Kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu kecilku"



Anak tentera udara:

Bila direnungkan kembali, saya sangat bertuah dibesarkan di `perkampungan' tentera kerana bapa saya seorang pegawai `waran'. Bapa saya tegas dan sangat mempraktikkan sembahyang berjemaah di rumah bersama seisi keluarga. Selama 5 tahun saya diajar oleh Tok Guru dan…

Catatan Umrah II

Mohd Noor Zaquan dalam pakaian ihram!Ibnu Abbas r.anhuma. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, maksudnya: `melakukan umrah bulan Ramadhan menyamai ibadah Haji.' (Muslim)

Salam
31hb Mei: Setelah 3 hari berada di Madinah, rombongan kami akhirnya berangkat ke Makah AlMukaramah! Diperjalanan kami singgah untuk mengambil mikaq di Zulhulaifah (Bir Ali). Rombongan kami bertolak jam 8pg waktu Jeddah dan perjalanan dengan Bas berhawa dingin mengambil masa hampir 8 jam! Bagi jemaah lelaki, mereka telah pun siap berpakaian ihram sebelum menaiki Bas.




Saya telah siap dalam pakaian ihram. Berjubah dan berseluar labuh serta memakai telekung putih . Kebanyakan jemaah wanita Asia (Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei) berpakaian sebegini. Jemaah wanita Arab lebih memilih Hitam.



Secara praktikal berpakaian ihram Wajib dipakai sebelum berniat UMRAH di Miqat. tetapi oleh kerana kita ikut rombongan yang besar, seringkali kita diminta untuk memakai ihram siap-siap agar mudah dan tidak kelam kelibut!…

Catatan Umrah I

Di hadapan Hotel Movenpick di Madinah Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, maksudnya: `Para jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah, bila mereka berdoa kepadaNya, maka Dia akan mengabulkannya dan bila mereka memohon keampunan kepadaNya, maka Dia akan mengampuninya.' [Tarikh catatan: 27hb Mei - 8hb Jun 2009]
Salam...
Syukur alhamdulillah dengan berkat doa kawan-kawan dan kaum keluarga beserta keredhaan Allah swt, me and my son telah berjaya menjalani ibadah umrah dengan selamat, semoga ianya diterima Allah swt. wallahuaklam!! Pemergian saya bersama Mohd Noor Zakuan selaku `My Mahram' pada bulan Mei yang lalu merupakan pengalaman pertama kami berdua.
Dikesempatan ini, saya mohon keizinan Allah SWT, untuk berkongsi pengalaman kami yang sangat indah sewaktu menjadi Tetamu AgungNya di kedua Kota Suci itu. Kepada sahabat dan taulan yang pernah ke sana macam Cikgu Afiza, Kak Muzni, Azah, Wan Nor Zaharah, Tam, Kak Nita, Doc Ummi ... dll , saya past…