Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2014

Jujur pada diri sendiri: (belajar untuk menerima hakikat)

Berahsia tentang sakit kanser akan hanya memberi tekanan pd diri kita.. so let it go. perlu ada keberanian utk berkongsi dgn umum. Sewaktu saya mula-mula mengetahui bahawa saya mengidap Kanser Endometrium, saya telah merahsiakan perkara ini dari pengetahuan keluarga. Selain dari Doktor , saya hanya memaklumkan kepada agen Insuran (kerana takut memikirkan kos rawatan yang perlu ditanggung samada mampu atau tidak). Mengetahui saya mengidap penyakit yg sangat menakutkan: Kanser - sambil memandu kete bersendirian ... saya menangis sepanjang jalan dari hospital ke rumah Apabila sudah bertenang saya menelefon sahabat baik saya Hjh Hafiza ... dan saya kongsikan berita sedih itu dan meminta beliau untuk merahsiakan seketika. Saya tidak tahu bagaimana untuk bercerita dengan keluarga. Takut anak2 akan risau .. takut ibu bapa saya bersedih (bapa saya baru sahaja menjalani rawatan pembedahan jantung di IJN) Saya tidak punya `kata-kata' yang sesuai untuk bercerita kepada keluarga tentang p…