13 Januari 2011

Doa Uwais al-Qarni



Nabi berpesan kepada Umar dan Ali, “Akan lahir dikalangan Tabiin seorang insan yang doa dia sangat makbul nama dia Uwais al-Qarni dan dia akan lahir dizaman kamu”.

Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali adalah orang2 yang telah disenaraikan sebagai “al-Mubasyirun bil Jannah” - mereka dah dijamin masuk syurga. Nabi seterusnya berkata kepada Umar dan Ali, “Dizaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doa beliau sangat makbul. Kamu berdua pergilah mcarinya. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul dizaman kamu, maka carilah dia. Kalau berjumpa dengannya mohon supaya dia berdoa untuk kamu berdua.”

Umar dan Ali bertanya kepada nabi “Apakah yang patut saya mintak dari Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah? Nabi menjawab “Kamu mintak kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian”.

Uwais al-Qarni telah muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Memang mereka tunggu dan cari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu dengan Uwais al-Qarni.

Dari pandangan mata luar, tidak mungkin dia orang yang nabi maksudkan. Kerana orang itu pada pandangan umum dan orang-orang yang datang bersama kabilah menganggapkan dia seorang yang tidak sempurna akal. Seperti seorang yg kurang siuman. Tetapi dia ada sesuatu yg istimewa.


Asal usul Uwais al-Qarni

Asalnya Uwais berpenyakit sopak. Badannya putih, putih penyakit yang jelek & mengaibkan. Walaupun dia sopak tetapi dia seorang yang soleh, terlalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia sangat tekun mencari keredhaan ibunya. Bapanya telah meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Dia berpenyakit sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaga dia sehingga dewasa.

Satu hari ibunya memberitahu Uwais bahawa dia ingin pergi mengerjakan haji. Lalu disuruh Uwais berikhtiar supaya membawanya ke Mekah untuk menunaikan haji. Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak mampu untuk menyediakan segala keperluan & perbelanjaan untuk ibunya. Pada zaman itu kebanyakan jemaah Haji bertolak dari Yaman ke Mekah akan menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang diatasnya “Haudat”.

Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, ianya selesa tetapi mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan kemudahan tersebut. Dia tidak punya unta, nak sewa pun pasti dia tidak mampu.

Ibu Uwais semakin uzur dan mendesak Uwais sambil berkata kepada : “Anakku mungkin ajal ibu sudah menghampiriku , tak lama lagi aku akan pergi meninggalkanmu. Ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji”.

Uwais mendapat ilham bagaimana untuk memenuhi keinginan si Ibu tua. Lalu dibelinya seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Didirikannya sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi (Dia membina sebuah rumah untuk lembu itu di atas bukit). Setiap hari dia mendukung anak lembu untuk naik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia mendukung lembu itu turun dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dikerjakan Uwais setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit sebelum memberi lembu itu makan.

Perbuatannya yang aneh itu telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan tanggapan buruk terhadap Uwais. Mereka mengatakan beliau tidak waras. Membina rumah lembu di atas bukit, kemudian setiap hari mengusung lembu; petang bawa naik, pagi bawa turun bukit. Perbuatannya itu mempunyai alasan yang baik. Akibatnya lembu yang beratnya 20kg, selepas enam bulan telah bertambah gemuk menjadi 100kg. Otot-otot (muscle) tangan dan badan Uwais menjadi kuat hingga mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit.

Selepas lapan bulan; kini tiba musim haji. ternyata apa yang dilakukan Uwais semata-mata hanyalah sebagai satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Di belakang; dia memikul bebanan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan mabit di Padang Arafah dengan mudah. Dia turut memangku ibunya dan berjalan pulang semula ke Yaman dari Mekah.

Sampai di rumah ibunya bertanya:“ Uwais, apa yang kamu mohon sepanjang kamu berada di Mekah?”. Uwais menjawab “Saya berdoa agar Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”. Ibunya bertanya lagi “Bagaiman pula dengan dosa kamu”. Uwais menjawab “Dengan terampunnya dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga akan masuk syurga”. Ibunya berkata lagi “Ibu mahu kamu berdoa agar Allah hilangkan penyakit sopak kamu itu”. Uwais kata “Saya keberatan untuk berdoa kerana ini adalah kurniaan Allah. Kalau kita tidak redha dengan takdir Allah, maka saya bukan seorang hambaNYA yang bersyukur. Ibunya menambah “Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, Ibu perintahkan engkau berdoa”.

Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang diminta ibunya agar Allah sembuhkan penyakit sopak yang dihidapinya itu. Tetapi kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya; maka dia berdoa “Tolonglah Ya Allah kerana ibuku menyuruh aku berdoa, aku bermohon hilangkan segala yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit” . Dengan izin Allah penyakit sopaknya itu sembuh. Kecuali yang tinggal warna putih sebesar duit syiling di tengkuknya.

Rasulullah SAW memilikki Khatam Nubuwah iaitu tanda kenabian, (tanda pada nabi bersinar) Uwais pula mempunyai tanda tompok putih pada tengkuknya. Ini disebabkan oleh Doa Uwais memohon agar supaya Sopak itu tidak dihilangkan kesemuanya. Bagi Uwais, Sopak itu merupakan anugerah. Nabi ada menyebut secara jelas tentang tanda putih itu kpd Umar dan Ali. Seandainya kamu nampak akan Tanda putih bulatan sopak di belakang tengkuknya itulah: Uwais al-Qarni.

Akhirnya Sayidina Umar dan Sayidina Ali dapat bertemu dengan Uwais dan meminta kpd beliau untuk mendoakan agar Allah swt. mengampun semua dosa-dosa mereka.

Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Umar dan Ali, dia berkata: “Aku datang ini dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat nabi kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku. Aku datang adalah semata-mata untuk menunaikan wasiat itu”. Maka Uwais pun mendoakan mereka berdua.

Tiada ulasan:

ADAKAH GULA MENYEBABKAN KANSER ?

Salam .. hari ini saya nak kongsikan catatan blog  yang ditulis oleh (my gynae-onco) YBhg. Dato Dr  Rushdan Noor   Pakar Kanser Wanita da...