13 Mac 2013

Cancer - Sharing is sedeqah


Sudah lama tidak berkesempatan untuk  `update' blog ini dengan entry yg baru. Kesibukan dengan tugasan harian  & FB telah benar2 mencuri masa dan menghilangkan fokus saya. Alhamdulillah saya telah menerima banyak response melalui email; FB dan komen yang menyokong penulisan saya. Ramai yang menegur blog ini seolah terhenti apabila saya sudah `bebas dari kanser'. Maaf akan saya usahakan catatan pengalaman untuk dikongsikan agar ramai yang beroleh kekuatan untuk terus berjuang melawan penyakit yang dihidapi.

Sebagai orang Islam; kita wajib percaya kepada Qada & Qadar. Segala-galanya dlm hidup kita sudah tersurat dlm taqdir yg ditentukan ALLAH SWT dan telah tertulis di Lauh Mahfuz. Malangnya tiada manusia yang tahu bila tarikh kematian; bila ajal akan menjemput. Oleh itu adalah wajib untuk kita berusaha untuk terus hidup dan biarlah kita sihat dalam meniti hari-hari kehidupan.

Ramai yang bertanya tentang PEMAKANAN Pesakit Kanser. Terus terang saya katakan; pada awal saya mendapat tahu saya mengidap Kanser Endometrium; saya sangat keliru & panik. Apa jua yang dicadangkan oleh sahabat saya cuba amalkan. Apa jua pantang larang pemakanan Pesakit Kanser akan saya elakkan. Dan akhirnya saya menjadi sangat penat. I am mentally exausted. Bukan mudah untuk mengubah diet & tabiat pemakanan apatah lagi saya telah menikmati segala-galanya yg HALAL selama hampir 43 tahun. 

Pada mulanya saya menukar pemakanan ayam kpd ayam kampung; mangelakkan roti putih dan hanya makan capati untuk sarapan pagi; malah saya belajar cara untuk membuat capati sendiri. Lama kelamaan tepung capati pun jahanam dimakan bubuk.

Terus terang saya katakan... saya memahami situasi diri sendiri. Saya dapat rasakan bahawa saya sangat sihat; apatah lagi amalan pengambilan CELLFOOD secara serius; mengambil SPRULINA; dan GUARANA serta amalan minum susu kambing HIGOAT, dan MADU SIDIR + HABATUSSAUDA telah mengembalikan kesihatan & kecergasan saya yang hilang sewaktu pembedahan dan rawatan Radioterapi.

Saya telah berhenti berpantang. Pemakanan saya seperti biasa cuma tabiat pemakanan saya lebih terancang dan bersifat `sihat'. Saya masih makan menu yang sama. Ayam; ikan; udang; sotong; belacan; daging dll. Cuma  saya cuba untuk mengurang dan mengelakkan apa yang TIDAK diperlukan oleh Badan.

Memahami konsep `anti oksida' pemakanan yang meningkatkan oksigen baik untuk tubuh badan maka saya memastikan bahawa saya perbanyakkan minum jus yang dibuat sendiri: contoh Epal Hijau + carrot akan ditambah dgn Strawberry atau Berries. Kalau saya rajin; saya akan `blend' buah Durian Belanda dicampurkan dgn Strawberry atau Berries. Selalunya stok buah-buahan sebegini sukar didapati dan tidak akan tahan lama jika disimpan di dalam peti ais. Untuk memudahkan,  saya  mencadangkan Durian Belanda hendaklah dikupas & dibuang biji kemudian disimpan sejuk-beku, begitu juga dengan Strawberry & Berries. Apabila kita nak buat jus; kita tak perlu tambah ais kerana semuanya telah beku (frozen)

Saya masih makan daging; cuma kadarnya sedikit dan kalau boleh tidak sekerap dulu. Malah kalau ke majlis kenduri kendara saya cuba menahan diri dari makan daging; pernah kerana terlalu teringin; saya makan juga daging tapi saya tidak sanggup menelannya; akan saya luahkan kembali.. hmmm kalau P. Ramlee kata: `ambik bau' ... saya pulak  `ambik rasa' ... `get the feel ....' Apa pun ingat pesan Rasulullah; biarlah besederhana.. itu yang terbaik. Adakalanya sikap kita yang makan dengan banyak yang menyebabkan penyakit dalam badan. Apatah lagi apabila usia meningkat kadar metabolisme diri sudah tidak segagah dan seaktif dulu.. Maka eloklah pemakanan kita lebih bersifat sederhana. Biarlah Makan untuk hidup.

Apa pun yang kita ingin lakukan; Mencegah itu adalah lebih baik dari merawat. Bila dah kena kanser .. tak perlu lah kita, secara drastik  mengubah pemakanan atau diet harian kerana Kanser tidak terjadi akibat pemakanan dalam jangka waktu yang singkat. Malah ada orang yang `vegetarian' juga mengidap Kanser.


Selamat beramal moga pengalaman saya yang kecil ini dapat memberikan gambaran sebenar bahawa Kanser bukan lagi penyakit yang membawa maut; yang penting kesan penyakit ini di peringkat awal dan cuba untuk melaksanakan langkah perubatan moden yang dicadangkan untuk mendapat hasil yang cepat & terbaik. Rawatan atau pemakanan Alternatif boleh membantu membina kembali sel tubuh yang rosak akibat pembedahan; rawatan Radioterapi & Kimoterapi. Saya masih percaya kepada perubatan moden kerana kaedah rawatan medikal telah terbukti berkesan dan ramai pesakit kanser yang dapat menjalani kehidupan normal seperti biasa. Kita hanya perlu ikhtiar; berusaha dan tekun dalam menjalani sesuatu rawatan. Yang paling penting Redho terhadap setiap yang terjadi akan memberikan kita kekuatan untuk melawan penyakit ini; In sha ALLAH kita akan kembali sihat.

ADAKAH GULA MENYEBABKAN KANSER ?

Salam .. hari ini saya nak kongsikan catatan blog  yang ditulis oleh (my gynae-onco) YBhg. Dato Dr  Rushdan Noor   Pakar Kanser Wanita da...