Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2011

TANGAN YG MENGHAYUN BUAIAN BOLEH MENGGONCANG DUNIA!

`IF U CAN SAVE THE WOMEN U CAN SAVE THE WORLD' .....
kata Mary J.Blidge seorg penyanyi popular Amerika sewaktu ditemubual dlm rancangan OPRAH. Mary telah menubuhkan sebuah Pusat Komuniti khas untuk melindungi wanita yg teraniaya dan memberi bantuan kaunseling kpd wanita yg didera.


Saya sangat kagum dan tersentuh kerana ramai aktivis barat yg bukan Islam, sanggup bergabung tenaga & menggembeling usaha; mengumpul dana bagi menubuhkan pelbagai Yayasan & pertubuhan NGO khusus untuk membantu golongan miskin & kurang upaya di negara Barat. Tidak menafikan ramai juga individu Islam yg berbuat sedemikian; tetapi malangnya bilangan mereka tidak begitu ramai & hampir tidak kelihatan di mata masyarakat.
Melalui zaman kanak-kanak yg sgt sukar kerana didera bapanya; kini Mary bertekad utk membantu wanita lain yg kurang bernasib baik. Menggunakan populariti sebagai penyanyi; beliau berjaya mengumpul dana untuk menubuhkan sebuah Yayasan dan mengendalikan sebuah pusat Komuniti Wanita…

nak cari kayu .. nak cari kayu ...

dolu2 mak sy ada seterika alternatif; utk penjimatan karan; my mom sometimes iron clothes using seterika arang!

Memasak menggunakan dapur gas; mudah & bersih. tapi dulu selalu beli satu tong RM 14.00. Hari ini 2011; harga se tong gas warna hijau @ RM28.00 punyalah mahaiiiii. Adoiiii rasa macam nak pitam pun ada!
Baru2 ini sy telah mencuba-cipta resepi Rendang Tok (rendang berkerisik) bercita rasakan saya. Selalu membeli di Perak; adakalanya kurang enak disebabkan Rendang itu terlalu lama (kurang fresh) atau disebabkan penggunaan daging import! Maka sy mbik keputusan utk masak kediri.
Memasak Rendang; tidaklah sesukar mana. tambahan pulak kalau masak sekilo daging je ... Oleh kerana anak-anak menyukai Rendang Tok yg sy baru blajaq; so sy buat lagi.. kali ini saya buat 3kg daging! amboii tamaknya ...
Malangnya baru saya tau; bila masak banyak; perencah pon banyak maka Lebih banyak Masa untuk mereneh rendang nak bagi sampai kering! adoiii dari 3 jam ; nih dah 1 hari 1 malam; Rendangku b…

KISAH BENAR: Pecayalah!

Baru2 ni saya telah membuat pemeriksaan kesihatan. Biasalah bila umoq dah masuk 40, kepala terasa pening badan asyik lenguh sana lenguh sini. Bila Doktor check my BP; aduhai 146/130. Tekanan darah agak tinggi. Stress kot; kata Dr Ismail KMC sambil tersenyum macam memerliku. Apa pun sebelum nak balik; Dr Ismail berpesan supaya saya mengurangkan pengambilan garam dlm makanan. huh .....
Agaknya gambar-gambar ini blh mjadi motivator utk anda dan saya hidup tanpa garam. Bahan utama masakan kita itu; adoiii rasanya tak gamak nak makan bila dok tgk gambaq2 tersebut. Awat depa proses garam lagu ni ... mengkelan cek.

Bak kata P.Ramlee & Saloma dlm Filem `Ahmad Albab' : Kasih sayang dan Cinta ibarat Garam & Gula. Tanpa gula pahitlah kopi; tanpa garam `tawaq hebiaqlah' makanan. Pasti tak berselera nak makan!






Tapi hingga ke hari ini, saya masih dok bubuh garam dlm masakan. Memang tak reti nak gantikan garam dgn bahan masakan yg lain.
Tanpa garam pasti hidup tak selazat madu; pas…

Kau tercipta untukku ..

i love Chocolate! Women do love chocolate. Makan coklat umpama penenang jiwa.. boleh menghilangkan kesakitan dan boleh melupakan masalah buat seketika...
Bila rasa TENSION ke.. SUSAH HATI ke mesti nak cari coklat dan makan coklat. Sebabnya bila makan coklat hati rasa cool sikit and my mind rasa relax je. Tak tau la orang lain kan, tapi itu la yang berlaku pada diri sendiri.
Teringat masa belajar kat SEMSAS sewaktu tgh SPM; sambil baca buku sambil makan coklat Cadburry 1 bar. hmmm selesai exam rasa badan agak `berat' skit!
Sewaktu zaman muda2 dulu hadiah yg paling sy nantikan adalah COKLAT! And my hubby (until todate) tak pernah lupa menghadiahkan coklat untuk apa jua occassions - tq honey!
Malangnya ramai yg tersalah info sering memberi reaksi negatif terhadap Coklat. Antara fakta yg salah tentang Coklat dan sering ditakuti Wanita:
1. Coklat punca jerawat : sedangkan jerawat berpunca dari amalan pemakanan yg tidak sihat; perubahan hormon; pore yg kotor dan tersumbat.
2. Kegemukan : ramai…

Air mata Nabi Adam a.s

Diceritakan semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis.
Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

[sumber: taman Ulama']

TOLONG INGATKAN AKU!

Nasihatilah Seorang Manusia Walaupon Engkau Seorang Pendosa




Abul -Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Umar bin Abdul-Aziz berkata: "Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak menyiksa orang-orang umum kerana dosa-dosanya orang-orang yang tertentu tetapi apabila perbuatan dosa itu berleluasa dan terang-terangan kemudian tidak ada yang menegur, maka bererti semuanya sudah layak menerima hukuman."

Mungkin ramai yg takut dan tidak tergerak hatinya untuk menasihati orang lain. Begitu juga dengan diri saya sendiri. Kita sedar kita banyak melakukan dosa dan tidak layak untuk mengucapkan ucapan kebaikan kepada sesama manusia.
Kita rasa hanya Tok Imam; Mufti; Ustaz/ustazah shj yg layak utk mberi nasihat agama kpd masyarakat.
Pandangan seperti itu adalah keliru dan bahayanya sangat besar, serta akan membuat syaitan gembira. Kalau semua orang terpaksa menunggu sehingga dirinya bersih & suci dari dosa baru dia layak menasihati sahabatnya, maka tidak ada seorangpun di muka bumi yang layak membe…

RESEPI RENDANG TOK ZK:

Bahan-bahan:
a. (bahan-bahan yg perlu dikisar dgn blender) daging 1/2kg - 1kg di potong dadu (agak2 la no.. jgn nipis sgt) bwg besaq 4-5 labu halia seketul tapak tgn lengkuas seketul tapak tgn bwg merah 10-20 ulas bwg putih 10-15 ulas serai 4-5 btg cili kering segenggam cili padi 4-5
b. (Bahan Renehan) santan pekat RM4 - RM6 (agak2) jintan manis & jintan putih 1/2 camca gula gerek 2-3 keping (blh ganti ngan gula kabung @ gula merah) kulit kayu manis
Renehkan (api pelan): Masukkan daging bersama bahan yg diblender + santan pekat + jintan manis + jintan puteh + gula gerek + kulit kayu manis

c. (Bahan terakhir) asam keping 2-4 keping daun limau purut 2-4 keping daun kunyit 1-2 keping kerisik 3-4 sudu besaq ; lebih pon sedap garam secukop rasa gula putih 2-3 sudu besar

selepas 2 jam:
masukkan: asam keping + daun limau purut + daun kunyit + garam + gula pasir + kerisik Masak sampai kering.
Selamat mencuba - insyaallah mudah-mudahan menjadik ya!

Pemaafnya Muhammad Rasulullah SAW

Setiap hari, Rasulullah S.A.W akan datang ke celahan bangunan di kota untuk mencari seorang lelaki buta berbangsa yahudi, untuk diberi makan. Rasulullah S.A.W pasti akan menyuapkan makanan ke mulut si yahudi itu setiap hari. Setiap kali baginda datang untuk menyuapkan makanan, si yahudi itu tak lepas-lepas bercakap seperti yang diwar-warkan kepada orang ramai. Sambil dia makan dari suapan Rasulullah S.A.W itu, dia bercerita;

"Ada orang bernama Muhammad, seorang gila dan pendusta. Janganlah engkau mendekatinya kelak kau akan terpengaruh dengan kata-katanya. Telah banyak orang yang mengikut Muhammad!"
Begitulah si yahudi ini setiap hari. Tetapi Rasulullah S.A.W hanya berdiam diri dan terus menyuapkan makanan. Ketika Rasulullah S.A.W wafat, Saidina Abu Bakar as-siddiq r.a menolong menyelesaikan semua kerja-kerja peninggalan Baginda. Suatu hari Abu Bakar r.a bertanya kepada Saidatina Aisyah r.ha, ada lagi atau tidak kerja Rasulullah S.A.W yang belum dibuat olehnya. Saidatina Aisya…

Kehidupan Alaf Baru!

Semalam saya bersama pembantu rumah `mun' telah ke Tesco Alor Setar untuk membeli barangan keperluan dapur. Semenjak dua menjak nih, Tesco menjadi Lokasi pilihan kerana pasaraya besar ini menawarkan hampir semua keperluan rumah termasuk barangan kering dan basah. Ini bermakna selain dari membeli barangan letrik dan pakaian, di Tesco kita juga boleh membeli keperluan harian termasuk ikan dan ayam yang belum dimasak!

Kehidupan alaf baru menyebabkan setiap orang menceburi bidang pekerjaan yang berbeza waktu kerja dan waktu cuti. Maka kita pun tepaksa memilih waktu yang sesuai untuk membeli barangan keperluan rumah dan dapur. Kalau dulu kita terpaksa bangun pagi-pagi untuk ke pasar membeli ikan, ayam, daging dan sayur-sayuran. Teringat saya kepada ayah dan ibu yang adakalanya terpaksa keluar seawal 6 pagi - sesudah subuh untuk ke pasar borong membeli keperluan dapur pada harga yang murah.


Tetapi kini, kita tidak perlu bersusah payah sebegitu. Kewujudan pasaraya ONE STOP CENTRE memudahka…

dulu lain sekarang lain

ha ha ha teringat saya kpd `ajaran' my mom: Dia seorang Guru - `semenjak zaman British lagi!! Dia mengajar kami (the children) dengan penuh disiplin & penuh ketegasan. Tiada Kompromi.
Kami selalu makan rotan; Lempangan (bukan lempeng!) dan jugak pulasan telinga!! Saya memang sentiasa kena dapat TOP 3 dalam peperiksaan penggal persekolahan; kalau lower than that alamatnya kompom `lari keliling rumah dikejar talipinggang' .


Mak saya memang terkenal dengan `Teacher Garang'. Bapa sy seorang Pegawai Tentera Udara - can u imagine his dicipline level?

Me & My children - am i the greatest mom?
anak-anak saya; .......... saya tak `gamak' nak ikut kaedah mak abah. Honestly i dont know How to be like my parent. To be frank, it's not my priority anymore.. bukan sebab saya tidak mementingkan akademik; cuma saya telah melihat kehidupan hari ini dgn perspektif yg berbeza & horizon yg terbuka. Pendekatan yg berbeza mengikut kesesuaian zaman. Berjaya dlm hidup tak semestin…

Doa Uwais al-Qarni

Nabi berpesan kepada Umar dan Ali, “Akan lahir dikalangan Tabiin seorang insan yang doa dia sangat makbul nama dia Uwais al-Qarni dan dia akan lahir dizaman kamu”.
Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali adalah orang2 yang telah disenaraikan sebagai “al-Mubasyirun bil Jannah” - mereka dah dijamin masuk syurga. Nabi seterusnya berkata kepada Umar dan Ali, “Dizaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doa beliau sangat makbul. Kamu berdua pergilah mcarinya. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul dizaman kamu, maka carilah dia. Kalau berjumpa dengannya mohon supaya dia berdoa untuk kamu berdua.”
Umar dan Ali bertanya kepada nabi “Apakah yang patut saya mintak dari Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah? Nabi menjawab “Kamu mintak kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian”.
Uwais al-Qarni telah muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Memang mereka tunggu dan cari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah…

Marah Pada Siapa ??

Suatu hari Syaqiq al-Balkhi membeli sebiji buah tembikai untuk isterinya. Dengan gembira, si isteri membelah buah itu untuk dimakannya. akan tetapi malangnya tembikai itu tidak elok dan tidak manis langsung rasanya. Maka marahlah isteri Syaqiq.

"Engkau marah kepada siapa?" Tanya Syaqiq. "Apakah engkau marah kepada si penjual, si pembeli, kepada petani yang menanam atau marah kepada Si Penciptanya?"
Isteri Syaqiq diam sahaja tidak dapat menjawab.
"Ayo jawab!" Kata Syaqiq.
Kemudian Syaqiq berkata: "Kalau engkau marah kepada si penjual, tidak kena. Sekiranya dia yang membuat tembikai itu, sudah tentu dia hanya ingin menjual yang baik-baik saja. Kalau engkau marah kepada si pembeli, tidak kena juga. Dia telah berusaha membeli yang terbaik. Kalau marah kepada si petani, juga tidak kena. Sekiranya boleh membuat tembikai, nescaya hanya tumbuh yang baik-baik saja. Tidak lain marahmu itu hanyalah kepada Si Penciptanya. Bertaqwalah engkau kepada Allah dan redha te…

Rumah ini ada undeng-undeng tau !!!

Hadith :Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Bukalah (ajarkanlah) anak-anak kamu kalimah pertama dengan “la ilaaha illa Allah”.” [Riwayat al-Hakim]

Salam.......

Sebagai ibu kepada 2 orang `anak dara' yang meningkat dewasa & seorang anak teruna, my blood preasure turut meningkat sama! al-maklumlah cabaran kehidupan di alaf millenium mendedahkan kita dengan pelbagai kepincangan dan masalah sosial yang meruntun naluri kemanusiaan kita.
Terus terang saya katakan menjadi ibu bapa di zaman penuh kemodenan sangat berbeza dan menuntut kita menjadi ibu bapa yang lebih bijak, peka dan sentiasa terlibat dengan setiap aktiviti anak-anak khususnya yang sedang meningkat remaja.Bukankah `Alam Remaja' adalah satu peringkat usia yang sangat kritikal dan mencabar kebijaksanaan dan kreativiti ibu bapa untuk menangani dan membimbing anak-anak yang sedang berEvolusi?



My two daughters Nurul Arisya (14) dan Hana Afeeza (13); membesar di `depan mata saya' (under my very close superviss…

Beli Rumah Lelong!

Assalamualaikum wbt;
Seorang sahabat Sdri Adilah; ingin mengetahui pengalaman sy membeli sebuah rumah yg telah dilelong oleh Pihak Bank & pembelian terpaksa dibuat melalui satu lelongan di Mahkamah Alor Setar; Kedah.
Sekitar bulan Mei 2009; sy amat berminat terhadap sebuah rumah yg terletak di Darulaman Heights kerana kawasan persekitaran yg agak ekslusif & damai. Mengetahui tentang lelongan rumah tersebut sewaktu sy membaca Notis Lelongan yg tertampal di pagar rumah! Saya lantas menelefon seorang sahabat & beliau berpesan supaya saya menanggalkan notis lelongan dengan harapan; saya tidak perlu bersaing dgn ramai pihak! al-maklumlah kita akan terpaksa `bid the price'. Ha ha ha bila dikenang kenakalan saya itu terasa luculah pulak!
Perkara pertama saya lakukan ialah menelefon `Agen Hartanah' yg bertanggungjawab terhadap lelongan itu. Kebetulan Nama serta nombor telefon Agen diiklankan bersama notis lelongan. Saya mendapatkan segala maklumat tentang rumah yg ingin dibe…