Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2011

ikan bakaq .... ikan kukus: ZK

Assalamualaikum wbt: Hari nih nak share resepi mudah & enak: Ikan Kukus Bersambal - ikan bawal emas: selepas dicuci bersih & selawat; ikan dibubuh garam kunyit; taburkan hirisan serai dan bunga kantan: Untuk sambal: cili kering dan cili padi (kalau nak pedas) dimesin bersama: belacan + bawang besar + bawang merah + bawang putih + halia + serai; kemudian masukkan garam; gula dan asam jawa secukop rasa. (nak masukkan ajinomoto pon boleh gak hi hi hi)
Kesemua bahan ini dimasak dengan api pelan.
Kukus ikan bersama sambal dalam kertas timah (aluminium foil) atau juga boleh dibakar dalam kuali.
Selamat mencuba

cinta

`Di mana ada cinta di situ ada kehidupan, manakala kebencian membawa kepada kemusnahan' ~ Mahatma Ghandi ~

CINTA itu anugerah Allah swt kepada makhlukNYA.
Hawa diciptakan kerana Adam kesunyian tidak berteman; walaupun hidup di syurga yang punya segala-galanya. Maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam. Allah semaikan rasa kasih cinta dalam sanubari keduanya; itulah permulaan penghidupan manusia di muka bumi ini.
Cinta Adam & Hawa; adalah cinta suci yang mendapat restu Allah swt. Cinta Yusof & Zulaikha menjadi teladan yang tertulis kisahnya dalam Al-Quran. Cinta Muhammad SAW & Siti Khadijah merupakan cinta unggul yang tulus dan penuh keberkatan; kerana pengorbanan Siti Khadijah telah membuka ruang untuk Muhammad SAW menjadi Nabi dan Rasul berdakwah kerana Allah Yang Maha Esa.
Bagaimana pula CINTA kita ? Adakah CINTA kita kerana Allah SWT atau kerana Rupa; Pangkat; Harta & Kedudukan? Hanya kita sahaja yang dapat menjawab persoalan ini.



Cinta sejati ialah kasih Tuhan …

Sepi Berbisik

Assalamualaikum wbt:

Terlalu lama meninggalkan Blog ini tanpa catatan baru. Bukan tak ada peristiwa suka duka yang menarik untuk dikongsikan bersama; tetapi entah mengapa; tiba-tiba kehilangan `momentum' menulis. Benarlah seperti kata Tun M: menulis memerlukan kita berfikir dan terus berfikir; hasil tulisan kita pastinya dapat memberi manafaat buat diri kita; sebagai sebuah catatan sejarah peribadi; malah boleh jua dikongsikan kepada umum.
Setiap hari kita akan melalui pelbagai insiden yang adakalanya boleh menjadi satu pengajaran dan memberi iktibar kepada orang lain agar ianya tidak berulang buat kali kedua. Adakalanya segala yang manis dan indah yang kita alami dapat dikongsikan bersama insan tersayang dan akan kekal sebagai memori yang patut kita kenang hingga akhir hayat.
Berkongsi catatan di Wall FB saya:
sekiranya anda sedang bersedih; fikirkan semua kenangan indah danmanis; ianya mampu mberikan anda kekuatan utk mbina semangat baru dan yg penting ianya akan dapat mengukuh…