Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

Jujur pada diri sendiri: (belajar untuk menerima hakikat)

Berahsia tentang sakit kanser akan hanya memberi tekanan pd diri kita.. so let it go. perlu ada keberanian utk berkongsi dgn umum. Sewaktu saya mula-mula mengetahui bahawa saya mengidap Kanser Endometrium, saya telah merahsiakan perkara ini dari pengetahuan keluarga. Selain dari Doktor , saya hanya memaklumkan kepada agen Insuran (kerana takut memikirkan kos rawatan yang perlu ditanggung samada mampu atau tidak). Mengetahui saya mengidap penyakit yg sangat menakutkan: Kanser - sambil memandu kete bersendirian ... saya menangis sepanjang jalan dari hospital ke rumah Apabila sudah bertenang saya menelefon sahabat baik saya Hjh Hafiza ... dan saya kongsikan berita sedih itu dan meminta beliau untuk merahsiakan seketika. Saya tidak tahu bagaimana untuk bercerita dengan keluarga. Takut anak2 akan risau .. takut ibu bapa saya bersedih (bapa saya baru sahaja menjalani rawatan pembedahan jantung di IJN) Saya tidak punya `kata-kata' yang sesuai untuk bercerita kepada keluarga tentang p…

Nancy Evans Ergeson : read her story plz

FB merupakan media sosial alam maya yang tidak punya sempadan . Kita boleh berhubung secara `online' tanpa batasan jarak  dan masa malah  perbezaan Bahasa, Agama & bahasa tidak menjadi halangan untuk kita berkawan.
Nancy Evans Ergeson adalah seorang `nenek' berusia 60 tahun telah meminta menjadi ahli kepada CANCER SURVIVORS grup di FB dengan harapan untuk berkongsi kisah & pengalaman beliau sebagai seorang cancer survivor.

berikut adalah catatan asal Nancy yg saya ambil dr CS FB Grup:


Back in 2009 they found cancer on my vocal cords. I had lost my voice and blew it off. Raising 3 grandkids I thought this was the problem. Nope, I was sent for surgery and got the news. During my treatment I had no help with the kids. I kept each appointment for Rad.Getting home in time to get the kids off to school and a little nap so I could be moving by the time they came home. I have not made my follow up appointment to have this nasty tube stuffed down me yet. I got a free pass last app…

dan bila aku sakit DIA yang menyembuhkan ku

basahkan lidah dengan zikrullah ... ia pengubat jiwa yg gundah .... tis is my mantra since n during my treatment until date  selamat beramal


apabila dalam ketakutan .. hilang arah dan rasa amat bersedih .. ingatlah Bahawa kita tidak Keseorangan . ALLAH SWT sentiasa ada bersama kita. Apabila kita terlalu disibukkan dengan hal keduniaan .. adakalanya Solat & ibadah  tidak dijaga dengan sempurna.. kita tidak berusaha untuk  menjalinkan hubungan yang baik dengan Pencipta. Bagaimana kita ingin merasakan `kehadiranNYA' dekat dengan kita... inilah yang saya rasai. Terasa sempit .. gelap .. terasa seolah-olah dihempap oleh dunia. Dengan solat .. doa & zikrullah hati akan menjadi tenang ... percayalah ... amalkan ... sentiasa beristighfar memohon keampunan & pertolongan ALLAH.


Doa penyembuh:
 Baca Al Fatihah 1 kali Ayat Kursi 1 kali Selawat Syifa' 7 kali Baca ayat dibawah 7 kali


وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْ…

Get sensitive - your body is trying to `tell u something!"

(copy paste from FB) Unusual bleeding from the vagina If you notice bleeding from the vagina between periods, after sex or at any time if you are past your menopause, make an appointment to see your doctor. They could be caused by many things, but may also be signs of womb or cervical cancer so it's important to get checked out. Cervical cancer The number of women diagnosed with cervical cancer has fallen over the years, thanks to the cervical screening programme (the 'smear' test). The programme, which is open to women from their 20s to their 60s, can prevent cervical cancer by picking up changes which, if left untreated, could develop into the disease. It can also detect cervical cancer early, by spotting early signs in women who haven't yet developed any symptoms. It's important for all women to take part in cervical screening, including those who've been vaccinated against HPV. 
If you notice any unusual bleeding from the vagina, see your GP or nurse, even if yo…

Jangan remehkan amalan yg ikhlas!

أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ قَرَصَتْ نَمْلَةٌ نَبِيًّا مِنْ الْأَنْبِيَاءِ فَأَمَرَ بِقَرْيَةِ النَّمْلِ فَأُحْرِقَتْ فَأَوْحَى اللَّهُ إِلَيْهِ أَنْ قَرَصَتْكَ نَمْلَةٌ أَحْرَقْتَ أُمَّةً مِنْ الْأُمَمِ تُسَبِّحُ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seekor semut menyengat salah seorang Nabi. Nabi itupun menyuruh mencari sarang semut itu lalu dibakar. Allah lalu menurunkan wahyu kepada Nabi itu: “Sesungguhnya hanya seekor semut yang menyengat engkau dan engkau bakar salah satu umat yang bertasbih kepada Tuhan!” Riwayat Bukhari

Walaupun yang dianiaya itu hanyalah seekor semut yang kecil pada pandangan manusia tetapi ia tetap salah satu ciptaan tuhan yang Maha Agung, bukan sahaja semut akan tetapi semua makhluk tuhan lain juga begitu. Mereka yang mengerti akan hakikat penciptaan dengan sebenar-benarnya (sifat ini biasanya dimiliki oleh para kekasih Allah iaitu or…

oh masyarakat - ubah lah stigma!

'Last week, saya pergi ke ofis dan blk kg setelah agak lama MC. Mereka terkejut melihat saya yg kelihatan sihat, berseri-seri dan ceria, seolah-olah saya ini bukanlah seorang pesakit kanser. Reaksi mereka ini membuat saya tertanya-tanya, adakah kita sebagai pesakit kanser mesti kelihatan fragile, sedih dan nazak seolah-olah hanya menunggu mati? Mereka tak faham perasaan kita apabila 1st time doktor memberitahu kita Ada kanser & terpaksa mengumpul semangat utk menjalani rawatan kimo supaya terus survive. Saya Ada terbaca dlm The Star, 7/4/14, satu article Celebrating Cancer Survivors. Ms Jenny Chio, BC survivor - during the treatment, I was quite well, in fact I gained weight. Everybody looked at me and said, ' huh? U got cancer? How can u put on weight? U don't look like u' r sick? . My reply was, I'm not sick. I just have cancer .' ....'
[kata-kata ini adalah luahan hati seorang sahabat CS Achik Sha yg dikongsikan di Grup FB CS.]

Bukan mudah untuk menguba…

Be a shoulder to cry on - telinga mendengar - bahu menangis:

Saya mendapat pelbagai response yang sangat positif dari pembaca blog  ini dan juga penonton Rancangan Celik Hati : Aku Ingin Hidup di TV9. Ramai pesakit Kanser dan keluarga yang terdekat sangat keliru dan tidak tahu bagaimana mengawal emosi dan menangani kecelaruan  emosi diri. Saya teringat detik-detik sukar saya sewaktu mula disahkan mengidap Kanser Endometrium. [private text dari Kak Rozmey] As salam Zue...Tq for sharing with my mum.. Zue dear..Could you please share in your blog how the family members could render help to our loved ones who are stricken with cancer.Besides asking Allah for help what else can we do? At times Kak Roz feels so helpless.
Sewaktu Dr Zuraini (Gynae di Kedah Medical Centre) memaklumkan kepada saya tentang Laporan Makmal yang mengesahkan terdapat sel kanser  di Endometrium ... saya sangat terkejut. Blank - Bengong  Kosong - Kelam - Rasa macam nak rebah . 
Berulang kali saya beristighfar .... berulang kali saya menyebut nama ALLAH. Saya gagahi juga memand…

Bagaimana hendak menyertai rangkaian sahabat CANCER SURVIVORS

Alhamdulillah peluang menjadi tetamu dalam Rancangan Celik Hati di TV9 bersama Prof Muhaya, memberikan saya sedikit ruang berkongsi pengalaman sebagai seorang Bebas Kanser (cancer survivor).  Mesej utama yang ingin saya sampaikan adalah:
1. Pesakit Kanser perlu `reach out' .. mendapatkan sokongan moral dari kalangan pesakit kanser & keluarga terdekat. ini sangat penting kerana ianya mampu membantu pemulihan yang segera. Apabila kita mempunyai kekuatan mental in sha ALLAH ianya dapat membantu memulihkan kesihatan fizikal. Ubat-ubatan dan rawatan hanyalah sekadar bantuan perubatan... yang paling penting adalah membenarkan tubuh kita  merawat diri kita sendiri.
2. Masyarakat perlu mengubah stigma terhadap Kanser & pesakit Kanser. Kami perlu dilayan seperti biasa. Jangan `melayani kami dengan pandangan mata dan cebikan mulut' seolah-olah Kanser merupakan Hukuman dari ALLAH SWT terhadap dosa-dosa yang kami lakukan. Tiada manusia yang maksum tidak melakukan Dosa melainkan N…

CT Scan Contrast:

13 April Jam 8.30 pagi ... saya diminta berpuasa semenjak jam 12mlm (12hb April). ini kerana saya akan menjalani  satu lagi  prosedur sebagai Pesakit Kanser; Ct Scan Contrast. Ianya telah menjadi Rutin tahunan atau setiap 6 bulan dan hari ini adalah rutin yang ke- 8 semenjak saya disahkan Mengidap Kanser  (April 2012).

apa itu CT Scan (contrast): turut dikenali sebagai:- Computed tomography scan - abdomen; CT scan - abdomen; CAT scan - abdomen.
CT Scan dapat menggambarkan imej tubuh secara menyeluruh termasuk Tulang, Lemak, Organ Dalaman dan juga urat darah. Ianya lebih terperinci jika dibandingkan dengan imej X-rays.


`Contrast' merujuk kepada cecair yang diminum atau yang dimasukkan ke dalam tubuh melalui lubang dubur dan yang dicucuk melalui IV (an intravenous line). Prosedur Contrast ini memerlukan pesakit untuk berpuasa beberapa jam sebelum CT Scan dapat dilaksanakan.
Ini adalah antara imej yang dihasilkan oleh CT Scan. Ianya merupakan kaedah untuk Doktor Onko memastikan bahawa kum…

Beberapa nota peringatan ........

1. U know your body best! Doktor bukan tuhan. Sekiranya kita merasakan ada perubahan pada kesihatan diri sendiri, segera dapatkan pemeriksaan lanjutan. Kita kena hargai dan bertanggung jawab terhadap tubuh badan yang merupakan anugerah Allah swt
Contoh: Haid yg ber lanjutan , tidak normal... `discharge' pada vagina yg tak normal ... ketulan, benjolan pada bahagian payudara.. sakit kepala atau migraine yang berpanjangan. Senggugut yang teruk .. dll (u should know better lah kan ... it's your body )
2. Apabila di diagnose oleh pakar.. tak salah dptkan 2nd opinion utk pengesahan. Tetapi yg paling utama dptkan rawatan segera. Rawatan perubatan yg cepat & tepat mampu menjamin kadar pemulihan yg terbaik. Sekarang rawatan perubatan sangat `advance'. Ada pelbagai kaedah rawatan yg tidak.memudaratkan malah memberi hasil yg sgt baik. Ramai pesakit cancer survive dah blh menjalani kehidupan normal selepas rawatan. Malah sahabat saya Puan Nor Hidayah telah melahirkan seorang bayi pe…

Bayi Ajaib: anugerah dr Allah SWT

Bangun pagi terus membaca mesej watsapp. Alhamdulillah sahabat saya Puan Nur Hidayah seorang peguam yg menetap di Kuantan telah memaklumkan bahawa beliau selamat melahirkan seorang bayi perempuan.  Allahuakbar menangis saya membaca mesej tersebut. Nur Hidayah merupakan ahli kpd  Cancer Survivors grup di Watsapp. Walaupun beliau sedang sarat mengandung, Nhidayah terpaksa menjalani rawatan Kimoterapi kerana mengidap Kanser Payudara.

Saya mendoakan agar ibu dan bayi sentiasa dlm peliharaan Allah Swt. Buat Hidayah ; saya kagumi ketabahan dan kecekalan anda. Teruskan perjuangan. Teruskan rawatan. In sha Allah segala2nya akan dipermudahkan.  Sabar dan tabahkan hati. Saya percaya keluarga dan sahabat senantiasa berada bersama anda. You are never alone dear.

TQ fren u have touched my soul

Fitrah manusia, kita hidup perlukan teman dan keluarga. Anak-anak, sanak keluarga dan sahabat handai merupakan anugerah ALLAH SWT. Berpaling sejenak mengingati detik-detik sukar melalui pelbagai rawatan untuk merawat Kanser Endometrium yang saya hidapi, Alhamdulillah saya bersyukur kerana saya tidak pernah berseorangan. Masih punya kedua ibu bapa , keluarga mertua, anak2 dan sahabat handai yang tak pernah jemu hadir memberikan sokongan moral dan pelbagai bantuan. Hanya ALLAH SWT yg mampu membalas budi baik mereka. TQ dearest fren you have touched my heart & my soul.

Setelah sembuh, saya bertekad berkongsi pengalaman, ilmu pengetahuan yang sedikit dan bersama sahabat yang senasib untuk saling menyokong dan membantu untuk kembali sihat dan menjalani kehidupan yang normal. Kami telah mewujudkan sebuah wadah alam maya, kumpulan sokongan CANCER SURVIVORS yang berbincang pelbagai isu & berkongsi pengalaman serta ilmu tentang rawatan Kanser. Alhamdulillah tanpa diduga; `benda yg sekec…

Watsapp Group: Cancer Survivors

Assalamualikum sahabat; Alhamdulillah saya telah berjaya mengadakan sebuah watsapp grup yang dianggotai oleh pesakit kanser dari pelbagai latarbelakang jenis kanser yang dihidapi. Kebanyakan mereka saya temui dan kenali adalah merupakan pembaca di blog ini yang cuba untuk   `reach out'. Grup ini diadakan sebagai sebuah kumpulan sokongan secara `online'. Alhamdulillah keahlian yg bertambah setiap hari membolehkan kami berkongsi rasa, bertukar pendapat dan berbincang tentang pelbagai perkara. Dan yang paling penting sekali kami dapat berkongsi ilmu dan pengalaman cara menangani krisis sewaktu sedang melalui proses perubatan  penyakit Kanser yang dihidapi.

Izinkan saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat baru & lama, yang turut mengalami situasi & duka lara menjalani pelbagai proses rawatan berjuang untuk sembuh & bebas dari penyakit Kanser! We Are Cancer survivors and remember; We Are Never Alone. Salam ukhwah & terima kasih saya kepada: Saadiah Hashi…

iSIHAT Mac 2014 - sebuah perkongsian

Berkongsi kisah dan catatan Blog ini ke majalah iSIHAT adalah merupakan satu penghormatan buat saya. Ianya dilakukan dengan niat perkongsian kecil ini dapat memberi semangat dan menjadi inspirasi kepada pesakit kanser yang lain. In sha ALLAH dengan teknologi perubatan & maklumat yang semakin canggih dan `advanced' ... kita harus terus berikhtiar untuk mencari ubat dan kaedah rawatan terbaik, Kanser pastinya bukan lagi penyakit yang membawa maut, malah ramai pesakit Kanser yang `survive' dan dapat menikmati kehidupan normal seperti orang lain. 




 Nasihat saya .. dapatkan sebanyak maklumat yang tepat dan temuilah kami .. U re NOT alone. We re Cancer survivors. Thank you ALLAH. Kehidupan ini kini dilihat dari perspektif yang berbeza. Kanser telah banyak mengubah pemikiran dan sikap saya. Saya lebih menghargai kehidupan dan setiap saat yang dilalui sangat bermakna & penuh keinsafan. Moga ALLAH  redho dengan saya.

be strong & be selfish!

Kata-kata indah ini telah dikongsikan oleh seorang `sahabat' yang banyak membantu saya melalui detik-detik sukar sewaktu saya sedang menjalani rawatan. Mengetahui bahawa saya sedang bersedih .. beliau mengirimkan sms seperti berikut:
Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu hidup ini bukan sekadar ketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu mahalnya nilai airmata, 
Bersyukur pd org yg menyakitimu kerana dia yg membuat mu TABAH
Bersyukur pd org yg menjatuhkan kamu kerana mereka MEMPERHEBATKAN kemampuanmu, BERSYUKUR pd org yg menyiksa kamu kerana dia yg menguji KESABARAN & KETABAHANmu. Insyaallah kamu tidak akan merasa RUGI, sesungguhnya kamu termasuk dlm golongan org-org yg SABAR, ingatlah janji ALLAH itu benar.
Mengingatkan kembali detik-detik itu .... i wasn't `that strong'. Setiap hari saya menangis. Sedih keliru mengenangkan `nasib diri & memikirkan nasib anak-anak'. Takut untuk menjalani pembedahan dan rawatan serta memikirkan tentang pelbagai pe…

2014: Alhamdulillah i am still alive & healthy

Assalamualaikum & selamat menyambut tahun baru 2014.
Alhamdulillah kerana ALLAH masih mengizinkan saya untuk menikmati kehidupan di dunia. Masih berpeluang melihat anak-anak bersekolah dan membesar di depan mata. Terlalu banyak nikmat hidup sepanjang usia saya 44 tahun. Dan pengalaman melalui proses perubatan & rawatan untuk sakit Kanser Endometrium adalah momen yang sangat bermakna bagi saya. Saya mohon maaf kerana laman Blog ini sudah lama tidak dikemaskinikan .. penuh berhabuk & bersawang . In Sha ALLAH akan saya cuba untuk kembali aktif. Berkongsi pelbagai peristiwa terutama perkembangan kesihatan saya dan amalan pemakanan.
Sepanjang tempoh hampir 2 tahun (semenjak April 2012) hingga hari ini; saya telah menemui ramai sahabat  dan ahli keluarga yang turut mengalami nasib yang sama. Mereka positif kanser. Pada Mei 2012 Suami kepada sepupu saya meninggal dunia  (secara mengejut) akibat Kanser usus. Diikuti oleh seorang lagi ahli keluarga kami yang meninggal akibat Kanser…