Sepanjang perjalanan pulang dari hospital; saya teringat suasana emosi diri sendiri sewaktu saya melalui proses rawatan dan pembedahan di hospital yang sama.
Sejujurnya; bukan mudah untuk menjadi tabah & cekal. Malahan saya pernah berkata: `Tolonglah jangan nasihatkan kami (pesakit kanser) untuk TABAH & KUAT; kerana kalau kami LEMAH sudah pasti `dah lama terjun jambatan Pulau Pinang' ............... hmmmmmm '
Walaupun telah hampir 7 bulan berlalu, saya telah pun selesai menjalani rawatan; dan Alhamdulillah telah disahkan pakar, (onko) bebas dari sel Kanser; saya masih lagi terkenang setiap detik yang dilalui. Terasa seolah-olah baru kelmarin saya melakukan pembedahan dan rawatan Radioterapi di Mount Miriam Cancer Hospital; Pulau Pinang. Airmata pasti mengalir mengenangkan pengalaman yg sangat sukar itu.
Saya hanyalah manusia biasa. Bukan mudah untuk memahami, bersikap Redho dan pasrah. Adakalanya ungkapan memang mudah untuk dilafazkan. Bak kata pepatah: Berat mata memandang; berat lagi bahu yang memikul bebanan.
Kepada Rakan & keluarga pesakit kanser khususnya: `adakalanya kami sekadar mahukan pelukan dan BAHU utk tumpang menangis. (a shoulder to cry on.......). Juz be a good listener; sometimes u dont have to response, juz listen!
Katakanlah: ITS OK .... everything will be OK
Bukan mudah untuk memahami emosi pesakit Kanser. Kami sendiri adakalanya keliru dan hilang fokus. Sebab itu sokongan dan doa berterusan dari keluarga; orang tersayang; sahabat handai sangat diperlukan. Mungkin kami kelihatan tabah; cekal & kuat; hakikatnya hanya ALLAH sahaja yang MAHA Mengetahui betapa rapuh dan lemahnya kami. Pabila diuji ALLAH SWT dgn penyakit sebegini; baru disedari betapa nipisnya iman & kesabaran; senipis kulit bawang.
1 ulasan:
Saya juga pernah kesana menemai arwah ayah saya jalani rawatan radiography
Catat Ulasan