Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

she is a cancer survivor .........

izinkan saya berkongsi catatan sahabat Cancer Survivors Malaysia , saudari   Liza  yg dikongsikan di FB  : https://www.facebook.com/liza.m.ariffin
29 Dis  2016:

Baru bersembang dengan seorang sahabat baik tadi, katanya 'aku tak faham kenapa reading cancer ko dulu katanya dah cancer-free?'. Baru saya sedar, ramai yang kurang mengerti pasal kanser ni. Biasanya diri kita kena kanser atau kita jadi caregiver kpd cancer-patient baru kita faham, itu pun bukan 100% faham. Contohnya:

1. Cancer marker ca125 saya menunjukkan bacaan pd paras normal.
*maksudnya hasil ujian ca125 tu menunjuk sel kanser (kanser ovari dan rahim saja) tidak aktif sekarang. Ujian ni tidak mengesan sel2 kanser lain. Ada berbagai jenis cancer marker test utk mengesan beberapa jenis kanser tapi bukan semua, ada jenis kanser yg tiada cancer marker. Dan bila di paras normal pun tak bermakna saya dah cancer-free, cuma sel kanser ovari tu tak aktif. Anytime dia boleh aktif balik. 2. Ada orang kata dia berpantang mak…

catatan nurani seorang cancer survivor

Untuk makluman semua Rawatan Kanser adalah satu perjuangan yang panjang. Bermula dengan pelbagai Ujian Klinikal (lab test): biopsi - ujian darah- ct scan- pet scan- mamogram -bone scan- MRI dan lain-lain yang sangat merisaukan fikiran malah melelahkan.
Ada pesakit yang memerlukan pembedahan segera membuang tumor atau sel kanser. Sel Kanser menentukan jenis pembedahan yang perlu dilalui seseorang pesaki. Histerektomi, Mastektomi, `reconstructive' - amputee  operation. Semua prosedur ini memerlukan kekuatan mental dan fizikal agar pesakit kembali pulih untuk menjalani Protokol Rawatan Lanjut.


Selepas pembedahan pesakit kanser perlu menjalani Terapi Radio atau kimo atau kedua-duanya utk memastikan agar sel-sel kanser dapat dihapuskan .... `its a long tiring battle'. Penat Mental ... Penat Fizikal  ...... Penat Kewangan!

Tetapi ianya bukan sesuatu yang mudah. Adakalanya kami tidak  mampu  melakukannya sendiri dan  melalui semua itu  bersendirian. Saya menyeru semua rakan FB - masyar…

Kanser : kita perlu Fokus

Be Strong and Be Selfish! Pesanan ini saya tujukan khas kepada semua Cancer Survivors. Dalam keadaan kita sedang bersedih dan sangat beremosi disebabkan oleh penyakit kanser yg kita hidapi. Jangan hilang fokus terhadap apa yg perlu diberi keutamaan.  DIRI KITA. Kesihatan tubuh kita adalah keutamaan dan fokus utama. Jika kita tidak sihat kita tidak boleh menjalani kehidupan normal yg sedang kita lalui selama ini.
Sekiranya kita tidak sihat bagaimana kita mampu menjalani tanggungjawab dan amanah sebagai insan: Bagaimana kita nak laksanakan Solat - beribadah - bekerja - bersukan - berhibur - berkhidmat - berkeluarga dan lain-lain  aktiviti  sebagai manusia yang  normal.
Bagaimana kita mampu menjadi Ibu - Isteri - Suami - Bapa - abang - kakak - adik - anak dan apa jua peranan kita dalam kehidupan masyarakat?
Realitinya :  Kanser adalah sesuatu yang sangat serius kerana Sel Kanser bergerak secara senyap tanpa diketahui oleh sesiapa (termasuk pesakit kanser sendiri)  kerana Sel Kanser  sukar di…

amalan pemakanan Produk Sembuh Kanser

Jujur itu sifat orang Mukmin : 

sebagai seorang pesakit Kanser saya telah menjalani Rawatan Medikal: Pembedahan (membuang Sel Prima Kanser) dan juga Radioterapi: April 2012. pada masa yg sama Saya turut mengamalkan Pelbagai `rawatan Alternatif' dan pemakanan pelbagai Herba yg dijual di pasaran.

Berhabes hampir 70 Ribu membeli apa sahaja yg dijual kerana `kononnya Ia dapat membantu menyembuhkan Kanser' : Dalam catatan pengalaman saya di Blog sewaktu sedang menerima rawatan saya ada menulis tentang amalan pemakanan supplimens yang saya fikirkan agak melampau.

Saya juga pernah membeli: Produk B17 (Biji aprikot biji asli dan jugak Kapsul  (harga ratusan dan ribuan ringgit). Sabah Snack Grass ( tapi saya tak makan sebab ianya serbuk)  Saya beli Madu Sidir (harga ratusan ringgit). Apabila ada yang Promote Baju - Seluar - Stokin - Selimut Nefful (harga Ribuan Ringgit)  saya beli jugak. CELLFOOD ,  Apple stemcell dan bermacam-macam  lagi produk yang saya beli dan amalkan kerana Ketakuta…

Kanser: Jangan terlalu taksub dengan amalan pemakanan sunnah!

Alhamdulillah saya telah mendapat Jemputan untuk mengerjakan ibadah Haji tahun 2010. Impian saya dimakbulkan ALLAH SWT. saya sekadar ingin berkongsi sedikit catatan tentang Ketaksuban melampau setengah pihak terhadap makanan sunnah yang banyak dijual untuk penyembuhan Penyakit. Bukan niat saya untuk memperlekehkan apa jua ciptaan ALLAH apatah lagi ianya sesuatu yang diamalkan dan dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Tetapi saya melihat ramai Penjual yang mengambil kesempatan `menggunakan Agama untuk menjual Produk' ini sesuatu yang sangat salah. Semenjak tiba di tanah suci Madinnah dan Mekkah para Jemaah Tetamu ALLAH senantiasa minum ayaq zam-zam - makan kurma - minum Madu. Maklumlah kat sini semuanya ada. Air zam zam disediakan di dalam atau di luar Masjidil Haram dan Masjid An Nabawi. Buah Kurma - kismis - zaitun senantiasa boleh didapati dengan mudah malah adakalanya kami dapat percuma. Madu boleh dibeli di mana2 kedai yg mengelilingi Masjid dan kawasan penginapan jemaah. Amalan …

CANCER SURVIVORS MALAYSIA

Grup CANCER SURVIVORS (MALAYSIA)  telah ditubuhkan pada 14hb April 2014. Grup FB CSM terbentuk dari hasil response Pembaca Blog Tinta-zue dan juga rakan-rakan FB yang sering bertanya Bagaimana saya kembali Pulih dari Kanser Endometrium  (2012). Tujuan asal adalah untuk berkongsi pengalaman sebagai seorang Cancer Survivors. Alhamdulillah pada hari ini:  Grup FB CSM telah menjadi kumpulan sokongan alam maya yang masih kekal aktif dengan keahlian hampir 5000 orang. Di sini kami  berkongsi Pengalaman sebenar sebagai seorang  Pesakit Kanser atau Penjaga Pesakit ( Caregivers ). Ianya tidak mampu menjadi sebegini Hebat tanpa ahli-ahli CSM yang Hebat Berjiwa kental dan sentiasa positif seperti anda semua. Tahniah dan Syabas. Anda Rajin Menulis. Anda Rajin Membaca dan Rajin memberi komen-komen  secara murni terhadap setiap persoalan dan  posting rakan-rakan CSM. Kita semua matang dan saling menghormati walaupon berbeza pendapat. Agree to disagree. Ahli Grup CSM jugak terdiri dari pelbagai golo…

it was 4 years ago .............

Sewaktu  mula-mula disahkan Kanser saya cuba merahsiakan dari keluarga & kawan2. Saya `malu' hendak bercerita kepada sahabat sebab saya pasti akan kedengaran  suara-suara  `negatif dan sumbang'  apabila berbicara tentang Kanser:
Ada yg berkata itulah `hukuman dari  ALLAH SWT'  terhadap `kejahatan dan dosa' yang telah kami lakukan.  (saya malas nak bincang isu ini). Yang paling sukar apabila `tiada yg memahami' bahawa Pesakit Kanser sangat sensitif dan  amat memerlukan `bahu utk menangis' dan `telinga utk mendengar' segala luahan isi hati kami, terpaksa melalui detik-detik  sukar ini. Sewaktu menjalani Rawatan kami memang akan `sangat-sangat  kurus' mungkin sebab kami kehilangan  selera untuk makan - maklumlahkan ... stress pon ado! Sekiranya anda ingin melawat sahabat yang sedang menjalani rawatan kerana Penyakit Kanser:

Tolong jangan ingatkan kami Tentang TABAH dan KUAT: kalau kami tak tabah dan tidak kuat semangat dah lama kami terjun bangunan.

Bagaimana bercakap dengan Pesakit Kanser

Salam sahabat: saya ingin memberi sedikit tips Bagaimana hendak  `menyantuni'  Pesakit Kanser. Apa yang Perlu  diperkatakan apabila anda ingin  menziarahi saudara atau sahabat yang mengidap Kanser. Bagaimana  kita membantu Sahabat & keluarga Pesakit Kanser:

1. Ziarah dengan Niat Ukhwah `Lillahita'ala' (utk mendapat Redho ALLAH SWT) - jangan menjadi Doktor (wpon anda seorang ;Doktor) Juz be A Friend! Tolonglah Jangan bagi Nasihat - Tak Perlu bagi CADANGAN tentang pemakanan ataupon rawatan. Kecuali jika Pesakit Minta Pandangan anda. Adakalanya kami dah letih mendengar medical advice dari Pakar Perubatan dan Onko. Nasihat saya apabila datang berziarah biarlah secara santai. Please talk about something else: sembang santai je. Kalau dah tak de idea nak sembang takut silap cakap yang boleh menyentuh perasaan Pesakit Kanser maka Berdiam sahaja adalah lebih baik. Juz LISTEN to us! Beri ruang kepada  Pesakit Kanser bercerita meluahkan perasaan. Dan anda hanya perlu mendengar de…

KEPERLUAN MAKANAN PESAKIT KANSER: APAKAH PERLU BERPANTANG

Dato’ Dr.Mohd Rushdan Md Noor MD.MOG(UKM),FGO(S’pore),AM Pakar Perunding Ginekologi Onkologi Jabatan O&G, Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Kedah DA.
ASAS NUTRISI
Setiap makhluk di dunia ini memerlukan makanan untuk hidup. Di dalam istilah sains, perkataan nutritisi sering digunakan, apakah ertinya nutrisi. Nutrisi adalah pengambilan dan penggunaan bahan makanan (Practise of consuming and utilizing foods). Sains nutrisi (nutritional science) adalah kajian mengenai bagaimana badan memecahkan makanan dan bagaimana badan bertindakbalas terhadap makanan yang dipecahkan ini termasuk apakah yang berlaku kepada elemen2 yang terdapat di dalam makanan ini apabila ianya masuk ke aliran darah dan bertindak di sel-sel. Ini termasuk peranan bahan2 nutrisi tadi ke atas metabolisma dan proses fisiologi badan seseorang manusia. Makanan yang anda ambil perlu mengandungi bahan2 nutrisi yang seimbang seperti karbohidrat, protin, lemak, vitamin, mineral dan air. Setiap unsur2 nutrisi ini mempunyai pera…