Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2016

TEKANAN EMOSI PESAKIT KANSER oleh Dato Dr Rushdan (my gynae-onco di HSB)

PENDAHULUAN
Kanser adalah dikategorikan sebagai penyakit kronik yang menakutkan dan mempunyai kesan fizikal dan psikologi yang serius jika tidak ditangani dengan betul.Contoh penyakit kronik lain adalah penyakit kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, sakit buah pinggang dan sebagainya. Sebenarnya tanggapan bahawa penyakit kanser adalah hukuman mati kepada pengidapnya semakin kurang relevan kerana penyakit ini boleh disembuhkan sepenuhnya jika pesakit datang dan dirawat pada peringkat awal. Malahan banyak lagi penyakit-penyakit kronik lain yang lebih memudaratkan.Penyakit kencing manis umpamanya tidak kurang bebannya jika tidak dikawal dengan baik kerana kencing manis boleh menyebabkan komplikasi kepada hampir semua organ badan dan pengidapnya boleh menderita seumur hidup. Begitu juga penyakit darah tinggi, jantung dan penyakit buah pinggang kronik yang telah membunuh berjuta-juta orang manusia setiap tahun, pengidap penyakit-penyakit ini perlu dirawat untuk selama lamanya.Seperti …

Kanser dan Ganja (Canabis oil utk Kanser??)

saya ingin kongsikan  catatan sahabat FB saya  : sdr Mohd Saifullah tentang Ganja sebagai Rawatan Alternatif Kanser. Saya tahu ramai pesakit kanser yg menggunakan Canabis Oil sebagai satu rawatan alternatif utk penyakit Kanser mereka. Dan saya secara peribadi sangat TIDAK Bersetuju dengan idea ini.
(Penulis Mohd Saifullah telah menulis dlm FB Beliau)
Antara Pandangan dan Persepsi. GANJA merupakan sejenis tumbuhan yang menghasilkan serat. Ia merujuk kepada daun, batang, bunga dan biji benih pokok cannabis yang mengandungi resin dan selalunya dikeringkan dahulu dengan menyalainya sebelum digunakan. Ganja juga dikenali sebagai marijuana, yang berasal daripada bahasa Portugis, iaitu perkataan mariguango yang bermaksud barang yang memabukkan. Istilah ganja dipopularkan oleh kaum Rastafari, penganut agama Rasta di Jamaica. Mungkin ada yang masih ingat penyanyi reggae Bob Marley. Beliau yang menganut ajaran Rastafarian, mengambil ganja sebagai ritual keagamaan. Melalui lagu Ganja Gun, Bob Marley…

we can i can

20hb Feb 2016   saya  telah dijemput menghadiri program FUN RUN sempena meraikan Hari Kanser Sedunia 2016 yg bertemakan WE CAN I CAN.  Saya juga telah berpeluang berkongsi pengalaman menjadi seorang pesakit kanser (Cancer Survivors).




Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kpd seluruh warga Hospitl Sultanah Bahiyh khususnya unit O&G kerana mengadakan program Fun Run sempena meraikan Hari Kanser Sedunia. Ianya merupakan sokongan terhadap kami Cancer Survivors. Kami merasakan amat disayangi.
Menjadi seorang pesakit Kanser ianya bukan mudah. Kita bukan sahaja perlu kuat dari segi fizikal dan emosi malah memiliki kekuatan kewangan yang kukuh dapat membantu dan memudahkan urusan. Cancer Survivors perlu kuat dan sabar menjalani rawatan yg dicadangkan oleh Onko. Sekiranya kita memiliki sumber kewangan yang baik .. kita boleh mendapatkan rawatan dari pelbagai sumber termasuk rawatan di luar negara. Namun begitu Rawatan Kanser yang ditawarkan oleh pihak Hospital kerajaan sangat m…