Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2012

putus cinta: tangani krisis hidup anda!

Apabila saya menulis tajuk ini; pastinya ramai akan `terasa'. To be frank saya tidak tujukan pos ini kepada sesiapa pon! Saya sekadar ingin berkongsi pengalaman `seseorang' kerana CINTA pada usia matang merupakan satu `wabak' yang sedang melanda ramai wanita di sekeliling kita.
Saya percaya semua orang punya pengalaman tersendiri. ingin bercinta; sedang bercinta atau  pernah bercinta. Malah ramai yang turut melalui episod suka duka putus cinta. CINTA selalunya dikaitkan dengan  alam remaja. Kerana CINTA adalah permulaan kepada proses hidup matang dan berkeluarga. Selalunya Percintaan berlaku di alam persekolahan; mahupon sewaktu di institusi pengajian tinggi. (IPTA/IPTS). Ada juga yang menemui CINTA sewaktu di alam pekerjaan. Apabila bekerjaya; kita akan rasa lebih bersedia &  punya keyakinan diri (secured).
Dan saya percaya semua orang masih ingat memori PERCINTAAN yang dialami. Samada CINTA pertama, kedua, ketiga ..... dan seterusnya. Seorg sahabat saya pernah berka…

UBAT KANSER ; Cellfood is amazing!

Apabila saya mendapat tahu saya mengidap Kanser Endometrium; saya telah buat `pencarian maklumat' secara serius tentang Kanser ; Ubat-ubatan & Pemakanan Pesakit Kanser. Melalui carian `google' ; melalui pembacaan Blog; buku-buku Kesihatan/medikal dari pelbagai penulis (doktor mahu pon nutritionist) , pengamal perubatan alternatif dan juga pengalaman pesakit kanser yang lain.
Memahami tentang penyakit yg dihidapai memberikan kita sedikit maklumat & gambaran tentang apa yg sedang kita hadapi. Kanser adalah antara penyakit `merbahaya' kerana ia tidak mempunyai Kaedah rawatan yang konklusif dan selalu berakhir dengan kematian.
Stigma yg melekat dalam pemikiran masyarakat: Kanser adalah Penyakit membawa Maut; menyebabkan semua pesakit Kanser hidup dalam ketakutan; pasrah dan ada juga yg menyerah kalah; tidak mahu untuk berjuang kerana tidak yakin akan kembali sembuh!
Saya telah mencuba pelbagai produk: B17; Biji Aprikot; madu sidir & habatussauda, memakai NEFFUL pa…

Alhamdulillah saya masih hidup

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Selamat Hari Malaysia (16 sept). This is me today! Syukur Alhamdulillah saya telah selesai menjalani sesi rawatan Radioterapi di Mount Miriam Cancer Hospital Pulau Pinang.  Alhamdulillah hari ini saya telah kembali menjalani kehidupan yang normal. Alhamdulillah; syukur saya juga boleh berpuasa tanpa sebarang masalah selama sebulan penuh!  Syukur .. syukur... syukurr  hanya ALLAH SWT shj Yang Maha Mengetahui & MEMAHAMI isi hati ini.
Ramai jugak yang menegur betapa kurusnya saya. Sebelum pembedahan; berat badan saya 56kg. tetapi setelah selesai  rawatan Radioterapi  hanya  tinggal 51kg shj. Berpuasa selama sebulan; saya kehilangan 2kg. Kini berat saya hanya 49kg. Seingat saya itu adalah berat timbangan badan masa mendaftar tingkatan 1 di SEMSAS Kuantan 1981. Insyaallah sy pasti gaya kehidupan rakyat Malaysia  (termasuk sy) membolehkan sy kembali `berisi' dlm jangka waktu yg singkat. Malah sambutan Raya Aidilfitri sebulan; berat badan saya suda…