Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2016

KEPERLUAN MAKANAN PESAKIT KANSER: APAKAH PERLU BERPANTANG

Dato’ Dr.Mohd Rushdan Md Noor MD.MOG(UKM),FGO(S’pore),AM Pakar Perunding Ginekologi Onkologi Jabatan O&G, Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Kedah DA.
ASAS NUTRISI
Setiap makhluk di dunia ini memerlukan makanan untuk hidup. Di dalam istilah sains, perkataan nutritisi sering digunakan, apakah ertinya nutrisi. Nutrisi adalah pengambilan dan penggunaan bahan makanan (Practise of consuming and utilizing foods). Sains nutrisi (nutritional science) adalah kajian mengenai bagaimana badan memecahkan makanan dan bagaimana badan bertindakbalas terhadap makanan yang dipecahkan ini termasuk apakah yang berlaku kepada elemen2 yang terdapat di dalam makanan ini apabila ianya masuk ke aliran darah dan bertindak di sel-sel. Ini termasuk peranan bahan2 nutrisi tadi ke atas metabolisma dan proses fisiologi badan seseorang manusia. Makanan yang anda ambil perlu mengandungi bahan2 nutrisi yang seimbang seperti karbohidrat, protin, lemak, vitamin, mineral dan air. Setiap unsur2 nutrisi ini mempunyai pera…