15 Oktober 2012

Emosi & Mental Pesakit Kanser

Semenjak pulih dan kembali sihat; saya berkesempatan melawat sahabat & ahli keluarga yg  mengidap penyakit kanser. Tanpa kita sedari Kanser sudah kedengaran sangat `familiar' dan bukan lagi sejenis penyakit yang `mengejut & menakutkan'. Malah bilangan pesakit kanser meningkat setiap hari. Dan saya percaya; setiap dari kita mempunyai pengalaman  berkenaan Kanser samada diri sendiri; ahli keluarga mau pun sahabat handai  yg dekat & jauh. Hari ini Kanser dah jadi satu `epidemik' . Satu wabak ... Macam Wabak Demam Malaria.

Saya pernah menyarankan sahabat membaca buku: KANSER WANITA karangan Dr Mohd Rushdan seorang pakar gynae-onko dari Hospital Sultanah Bahiyah. (He is my doctor who performed surgery on me last April). Buku ini memberi ruang untuk kita semua memahami secara spesifik tentang Penyakit Kanser yang menyerang Wanita secara khusus (payudara & rahim).  Apabila kita mempunyai ilmu & idea tentang Kanser; maka mudah untuk kita memahami apa yang dilalui oleh Seorang Pesakit.

Enam bulan yang lalu adalah merupakan detik paling sukar bagi diri saya. Bukan mudah untuk mengawal emosi diri. Menangis dan menangis keseorangan ... adakalanya waktu mandi dalam bilik air; mau jugak saya `meraung'. Basuh pinggan .. pon boleh mengalir airmata menangis teresak-esak.
Apabila disahkan Kanser Endometrium pd 25hb Mac 2012; saya merasakan saya berada dalam satu dunia yang asing keseorangan. Terkejut; sedih, marah, keliru ... kerana saya TIDAK sakit.. malah tidak ada sebarang tanda-tanda atau simpton penyakit; hanya sekadar ada tekanan darah tinggi, itu pun disebabkan STRESS bekerja kot. 

Tidak tahu untuk berkongsi kesedihan dengan SIAPA?  Malu untuk bercerita kerana tidak mahu mendapat Reaksi Simpati seolah-olah saya akan mati hari esok! Sudah tentu  saya belom bersedia untuk mati. Masih punya banyak tanggungjawab dunia yang perlu saya selesaikan. Masih banyak perancangan yang belum sempat dilaksanakan. Malah untuk menghadapi kematian, masih belum cukop amalan yang saya lakukan sebagai bekalan menuju alam yg abadi ....
Bertanya .. dan terus bertanya pada diri: Kenapa? Mengapa? Apa .....??? why me .......
Pada mulanya; sahabat terdekat saya: maiza, afiza, nani & dato sha turut bersedih & menangis. Mereka terkejut yang amat-amat hinggakan mereka juga turut `kehilangan kata-kata'. Adakalanya sahabat & keluarga kita tidak tahu bagaimana nak mendekati pesakit kanser. They have no idea how to approach. Maklumlah .. kalau silap cakap; kita akan menambah stress  dan penderitaan pesakit. Sebagai sahabat, pastinya mereka mahu membantu, berkongsi  kesedihan & memberi sokongan moral kepada  saya  untuk terus berjuang melawan penyakit.

Saya ingin beri sedikit tip kpd anda (berdasarkan pengalaman saya):
Pesakit kanser perlu berjumpa dengan pesakit atau bekas pesakit kanser; kerana lebih mudah bagi kami menerima nasihat & pandangan dari org yg sama-sama pernah merasai dan melalui penderitaan ini. Kami merasakan `we are Not alone'. Dan bila melihat  ada pesakit kanser yang  boleh menjalani hidup yang sihat dan kembali Normal; itulah Harapan & impian kami. Alhamdulillah saya telah bertemu dgn Pn Khatijah Nayan yang datang menziarahi saya. Beliau telah pun bebas kanser payudara. Saya juga punya sahabat seperti Muzni & Noba; yg turut mempunyai pengalaman yang sama. Dan mereka tidak jemu untuk memberi semangat; nasihat ; tips , panduan & perkongsian pengalaman. Ini memberi kekuatan & keyakinan untuk diri saya; bahawa: saya boleh berjaya melalui semua ini .. insyaallah. Ingatlah Kanser bukan bermakna kematian ....

Jangan ulang-mengulangi ayat-ayat: SABAR TABAH & KUAT; ada ketikanya kami jemu & merasakan anda tidak layak untuk mengeluarkan ayat-ayat sedemikian kerana anda tidak pernah melalui situasi sebegini. To be Honest: saya pernah berkata: `kalau anda tidak pernah melalui pengalaman sebagai pesakit Kanser: tolonglah JGN nasihatkan saya untuk  SABAR; TABAH & KUAT. Kalau saya  tidak punya kekuatan itu; dah lama  saya `terjun' jambatan Pulau Pinang!'

Kepada pesakit Kanser: nasihat saya... Jangan bersedih keseorangan. Tidak salah untuk kita meluahkan emosi & berkongsi  kesedihan. Bersedihlah ... menangislah jika itu boleh meredakan resah gundah gulana. Tetapi JANGAN menangis dan terus menangis. JANGAN bersedih dan terus bersedih. Kalau anda tidak boleh mengawal emosi diri; mintak bantuan dari teman dan berjumpalah pakar yang boleh membantu anda melalui Krisis Hidup.

Kekuatan emosi akan membantu pemulihan dengan lebih baik. Positive attitude akan membantu kita untuk segera sembuh. Ubat-ubatan dan rawatan doktor  hanyalah sekadar BANTUAN  perubatan yang penting adalah DIRI  kita sendiri. U must let yourself to be cured in order to heal...
Percayalah kepada ALLAH SWT: Wa iza mariztu fahuwa yashfin : setiap penyakit pasti ada ubatnya; dan kalau belom ajal kita; pasti kematian belum tiba.



Bismillah.

Qur'an As Shu'ara 26:80

"And when I am ill, it is He Who cures me;"
(Abdullah Yusuf Ali)
 "and, whenever I am sick, heals me,"
(Arthur J Arberry)
 "and when I fall ill, is the One who restores me to health,"
(Muhammad Asad)
"And when I sicken, then He healeth me,"
(Marmaduke Pickthall)
"and when I am sick, it is He Who cures me;"
(Royal AlBayt Institute Translation)
"and when I become sick, He heals me,"
(Mufti Muhammad Taqi Uthmani) 

 "And when I am ill, it is He who cures me"
(Ibrahim Walk) 


1 ulasan:

kepalosomak.gmail berkata...

Salam kak....saya suka baca blog akak...sbb saya juga seorg penghidap kanser iaitu kanser ovari...blog akak banyak memberi semangat buat saya...macam mana saya nak hubungi akak...saya sangat tertekan dikala ini kak...hidup terasa begitu menyiksakan buat saya....saya ingin sangat berhubung dgn akak

ADAKAH GULA MENYEBABKAN KANSER ?

Salam .. hari ini saya nak kongsikan catatan blog  yang ditulis oleh (my gynae-onco) YBhg. Dato Dr  Rushdan Noor   Pakar Kanser Wanita da...