Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2014

Watsapp Group: Cancer Survivors

Assalamualikum sahabat; Alhamdulillah saya telah berjaya mengadakan sebuah watsapp grup yang dianggotai oleh pesakit kanser dari pelbagai latarbelakang jenis kanser yang dihidapi. Kebanyakan mereka saya temui dan kenali adalah merupakan pembaca di blog ini yang cuba untuk   `reach out'. Grup ini diadakan sebagai sebuah kumpulan sokongan secara `online'. Alhamdulillah keahlian yg bertambah setiap hari membolehkan kami berkongsi rasa, bertukar pendapat dan berbincang tentang pelbagai perkara. Dan yang paling penting sekali kami dapat berkongsi ilmu dan pengalaman cara menangani krisis sewaktu sedang melalui proses perubatan  penyakit Kanser yang dihidapi.

Izinkan saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat baru & lama, yang turut mengalami situasi & duka lara menjalani pelbagai proses rawatan berjuang untuk sembuh & bebas dari penyakit Kanser! We Are Cancer survivors and remember; We Are Never Alone. Salam ukhwah & terima kasih saya kepada: Saadiah Hashi…

iSIHAT Mac 2014 - sebuah perkongsian

Berkongsi kisah dan catatan Blog ini ke majalah iSIHAT adalah merupakan satu penghormatan buat saya. Ianya dilakukan dengan niat perkongsian kecil ini dapat memberi semangat dan menjadi inspirasi kepada pesakit kanser yang lain. In sha ALLAH dengan teknologi perubatan & maklumat yang semakin canggih dan `advanced' ... kita harus terus berikhtiar untuk mencari ubat dan kaedah rawatan terbaik, Kanser pastinya bukan lagi penyakit yang membawa maut, malah ramai pesakit Kanser yang `survive' dan dapat menikmati kehidupan normal seperti orang lain. 




 Nasihat saya .. dapatkan sebanyak maklumat yang tepat dan temuilah kami .. U re NOT alone. We re Cancer survivors. Thank you ALLAH. Kehidupan ini kini dilihat dari perspektif yang berbeza. Kanser telah banyak mengubah pemikiran dan sikap saya. Saya lebih menghargai kehidupan dan setiap saat yang dilalui sangat bermakna & penuh keinsafan. Moga ALLAH  redho dengan saya.