Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2012

Kanser: U will be OK....

Baru-baru ini saya sempat melawat my senior sewaktu di SEMSAS kak Aini Hayati di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Beliau baru lepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan (tumor) di bahagian kepala. Melihatkan keadaan beliau selepas 24jam pembedahan; masih mampu melayani kami dan bersembang ceria; saya percaya beliau seorang yang sangat tabah & kuat semangat.

Sepanjang perjalanan pulang dari hospital; saya teringat suasana emosi diri sendiri sewaktu saya melalui proses rawatan dan pembedahan di hospital yang sama.
Sejujurnya; bukan mudah untuk menjadi tabah & cekal. Malahan saya pernah berkata: `Tolonglah jangan nasihatkan kami (pesakit kanser)  untuk TABAH & KUAT; kerana kalau kami LEMAH sudah pasti `dah  lama terjun jambatan Pulau Pinang' ............... hmmmmmm '
Walaupun telah hampir 7 bulan berlalu, saya telah pun selesai menjalani rawatan; dan Alhamdulillah telah disahkan pakar, (onko)  bebas dari sel Kanser; saya masih lagi terkenang setiap detik yang…