Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2012

pabila mendongak ke atas ; jgn lupa menunduk ke bawah!

Alhamdulillah saya masih sihat & ceria untuk menulis di blog. Setiap hari saya akan menjalani rawatan radioterapi di waktu pagi  (9.00 am). Hari ini adalah rawatan ke-7. Rutin setiap selesai 7 kali rawatan -  adalah pesakit perlu menjalani ujian darah (blood cell count) & temujanji dengan doktor pakar  (Dr Ramesh). 
Hari pertama pendaftaran di MMCH (21hb Mei); berat badan saya: 52.5kg  dan suhu badan: 37.6C. Selepas 2 minggu rawatan; berat badan dah bertambah : 52.8kg (+300grm) dan Suhu: 37.2C  (panas badan berkurangan) Malah `blood cell count': Normal! Alhamdulillah; syukran Ya Allah. `it shows that my body has been receiving this treatment well, insyaallah'.  I am so happy & so grateful. Alhamdulillah this is really A Good news! Sebenarnya rawatan radioterapi tidaklah seteruk mana yg digambarkan. To be honest; pembedahan yg saya lalui adalah lebih teruk dan menyakitkan berbanding sessi radioterapi. Ketakutan & kebimbangan yg amat sangat menyebabkan kita hila…

Pantang Larang Pesakit Kanser

“Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan” (Al-A’raf, 7:31)

Mengikut pengamal `rawatan alternatif' Pesakit Kanser ada `list' yg panjang Senarai Makanan yg TIDAK boleh dimakan. Pantang larang ini adalah kerana untuk memastikan sel kanser tidak kembali aktif dan menyerang sistem tubuh seseorang.
Sewaktu mula mengetahui saya menghidap penyakit kanser; my dear Cikgu Hafiza telah memaklumkan kepada saya Pantang Larang Pemakanan Pesakit Kanser berdasarkan pengalaman sahabat beliau yg menghidap Kanser Lidah. Malah pencarian melalui `google' telah menemukan saya dengan pelbagai maklumat yang banyak hingga boleh memeningkan kepala.
Apabila saya telah memilih untuk melakukan pembedahan; ini bermakna saya telah memberi kepercayaan terhadap `rawatan perubatan moden' yg tipikal tetapi mempunyai rekod kejayaan yg sah! (bukan sekadar berdasarkan testimoni pesakit).
Saya masih berpantang; Tidak makan `seafood'…

Alhamdulillah ... segalanya dipermudahkanNYA

Minggu pertama telah selesai 3 rawatan Radioterapi; semua proses rawatan hanya mengambil masa selama 10-30 minit. Tak lama; tapi setiap sesi rawatan merupakan satu pengalaman yg agak `mendebarkan'. Setiap kali selesai rawatan,  saya pasti menangis. Sehinggakan staff MMCH ketawakan saya. Terus terang saya katakan; saya memang takut. Terlalu banyak berfikir dan terlalu banyak  persoalan yg bermain di minda. apakah implikasi rawatan radioterapi yg bakal saya hadapi?  Sakit? kulit terbakar atau melecur? Muntah? cirit-birit .... huuuh penat sungguh melayan perasaan!
Berbekalkan wirid zikrullah ayat-ayat syifa'; selain memperbanyakkan Al-Fatihah & selawat : itulah `kekuatan' saya sebaik melangkah masuk ke Hospital Mount Miriam. Saya percaya saya tidak `berkeseorangan'. ALLAH SWT sentiasa bersama saya. ALLAH pasti mendengar setiap rintihan dan doa saya, saya pecaya ALLAH Maha Adil; Maha Kasih Sayang. ALLAH SWT telah menentukan taqdir dan saya perlu `melaluinya' denga…

Amalan Pemakanan: tiru macam saya!

Selama ini saya tidak suka makan ubat dan saya jarang mengamalkan mengambil suppliments seperti vitamins. Saya percaya pada amalan hidup sihat dan sering memastikan makan makanan yang dimasak sendiri menggunakan  bahan2 yang fresh segar dan telah `dinyahtoksik'. Saya juga mengamalkan minum jus utk mendapatkan vitamin tambahan yg original. Menukar penggunaan garam bukit dan minyak canola atau pon minyak bunga matahari. 2 bulan yang lalu, rutin pemakanan saya mula berubah. Setelah mengetahui saya mengidap Kanser Uterus (andometrium) maka saya mula mengambil berat tentang kandungan Oksigen & Asid dalam badan serta cuba mengelakkan makanan yg mengandungi `growth factor'.

Sel Kanser tidak boleh hidup jika badan kita mendapat oksigen yg mencukopi. Pesakit Kanser malah sesiapa yg tidak mahu ada sel kanser membiak perlu menambahkan diet `antioksida' yg tinggi. Kandungan antioksida yg tinggi terdapat dalam semua jenis `berries' ; spt: strawberi; blueberi; acai beri; resberi, …

Mc Donald vs Radioterapi

Hari ini 23hb Mei 2012; adalah hari rawatan pertama saya untuk Radioterapi di Mount Miriam Cancer Hospital; Pulau Pinang. Ditemani my sister Siti Safinaz; kami berdua sampai di MMCH pd pukul 3.20ptg. Sebelum ini saya telah hadir untuk sessi kaunseling dan `plan' . Perbincangan dengan Doktor Rakesh Raman telah menetapkan saya perlu menjalani 25 sessi rawatan Radioterapi dan 2 sessi rawatan `Brachyterapi'.
Hujan renyai-renyai pastinya turun bersama Rahmat ALLAH SWT; dan saya berdoa agar segala urusan saya dipermudahkan. Bak kata sahabat saya Maiza: hang anggap jeh Radioterapi nih macam pi SPA'  .Tidak punya pengalaman menyebabkan kita hanya bersandarkan pada cerita pesakit lain atau dari bahan bacaan termasuk maklumat dari buku Kanser Wanita yg ditulis oleh Dr Mohd Rushdan Mohd Noor. To be honest saya tidak tahu apa yang saya jangkakan. Sakitkah? Cirit-birit? muntah? demam? terbakar kulit? kesukaran membuang air .... hmmm dalam kepala bermain 1001 persoalan; dalam hati hany…

Sharing is Sedeqah : U re never alone

Sesiapa yg mengidap penyakit Kanser atau apa jua penyakit Kronik; akan mengalami gangguan emosi. Kita cuba untuk menjadi seorang yg `kuat' dan tabah; tapi hakikatnya kita hanyalah insan biasa, yang punya iman setipis kulit bawang dan punya aqal yang sentiasa dikuasai oleh nafsu bisikan syaitan. Dah lah nak kena pkiaq pasai penyakit & kesakitan yg kita hadapi. Dok nak kena pkiaq hal-ehwal rumahtangga; keluarga; anak-anak; kerjaya malah adakalanya telah bermula masalah Kewangan. Maklumlah, bila kita sakit; perbelanjaan harian `berubah' & bertambah.
Heii Ladiesssss!!! Rilex. Kita hanyalah insan biasa. Kita bukan Superwoman! Take a step at one time. Bila kita sakit ; itu tidak bermakna kita keseorangan. Cuba berbincang dengan keluarga dan orang tersayang. Mohon bantuan dari sahabat & jiran tetangga. 
Pada mulanya saya sendiri merasakan diri keseorangan, saya rasa `segala-galanya' seolah-olah `menentang' saya. (everything goes against me!) Segala masalah, musibah &…

Wanita Perlu ada ILMU KANSER

Buku WAJIB Baca! Buku tentang Kanser yang sering menyerang anggota tubuh Wanita telah ditulis dengan bahasa yang mudah difahami oleh seorang Doktor Pakar yang sangat berpengalaman merawat pesakit Kanser.  Penulis - Dato Dr Rushdan  adalah seorang Gynae-Onco dari Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar Kedah (kebetulan Pakar  yg melakukan pembedahan terhadap saya tempoh hari). Buku ini menerangkan dengan sebegitu `detail' berkenaan permasalahan Kanser Wanita. Saya percaya ramai di kalangan wanita hari ini mempunyai pengetahuan yg salah tentang Kanser menyebabkan kita kurang memberi perhatian terhadap `simptom-simptom pelik & luar biasa yg dialami' oleh tubuh badan sendiri.
Ramai pesakit kanser yg tidak punya ILMU tentang penyakit yg dihadapi. Inilah punca Kenapa kita sentiasa tercari-cari dan selalu terdorong untuk mengikuti setiap saranan yg dicadangkan oleh sesiapa jua, walaupon mereka tidak pernah melalui pengalaman sebagai Pesakit atau Keluarga Pesakit Kanser.


Setiap Penyak…

Berat mata memandang ................. hmmmmm

Assalamualaikum wbt:
Sewaktu mula-mula mengetahui saya menghidap Penyakit Kanser; saya bertekad untuk menyembunyikan berita ini dari `semua orang'. Maklumlah saya agak femes jugak di Kedah dan mempunyai ramai kenalan di seluruh Malaysia. Malu & takut akan dicemuh masyarakat dgn persepsi yg bukan-bukan. Walaupon kita beragama ISLAM; tp malangnya masih ramai tidak memiliki `jiwa & pemikiran ISLAM'.
Stigma orang Melayu; Penyakit; Musibbah adalah merupakan `balasan' dari ALLAH SWT  kerana `kejahatan & dosa' yg kita telah lakukan. Bagaimana dengan Penyakit yg menimpa Nabi Ayob a.s? Baginda menderita penyakit kulit yg kronik selama 18 tahun. Ditimpa kemusnahan harta benda serta kehilangan keluarga. Adakah itu balasan dr ALLAH SWT kpd HambaNYA yg Solleh?
`Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kpd kamu (ujian dan cubaan) seperti yg tlh berlaku kpd orang2 yg terdahulu drpd kamu? Mereka tlh ditimpa kepapaan (kemusnahan har…

segalanya mula berubah ...........

Assalamualaikum wbt: Ungkapan yang sangat tepat untuk menggambarkan situasi hidup sy ketika ini. Penyakit ini datang  pada saat waktu `usia' kematangan saya. Agaknya kalau saya mengidap kanser ketika usia 30-an atau 20-an; i cant imagine how will i react. Alhamdulillah ; Allah beri ujian ini kpd saya & keluarga;  Allah `beri petunjuk' untuk mempermudahkan segala urusan rawatan yg perlu sy jalani. Pada hari ini; saya sudah lebih bertenang; kerana saya Redho dan pasrah kpdNYA.
Secara tidak sengaja saya telah melakukan pemeriksaan kesihatan kerana hendak mengerjakan Umrah. Sifat prihatin telah mendorong saya untuk melakukan pemeriksaan kesihatan yg sgt detail sehingga pihak hospital dapat mengesan sel kanser yang ada di  `endometrium'; walaupon saiznya kecil.
Ramai bertanyakan simpton-simpton yg saya alami. Kaum keluarga & sahabat handai  mulai gusar dan sedar tentang `kemunculan' Penyakit Kanser yg semakin serius khususnya di kalangan wanita. To be honest; saya …

5550 : Onko

Assalamualaikum wbt: Nanti akan sy kongsikan pengalaman sy mengerjakan Umrah dan pengalaman melalui Ct Scan; pembedahan dan jugak TEMPOH 3 minggu sewaktu berehat menunggu hari ini: 14hb Mei 2012. 
Hari ini adalah hari perjumpaan dengan Gynae-Onco  (pakar kanser wanita) di Hospital Sultanah Bahiyah. Sy mendaftar dan diberi nombor 5550. Kali ini pemergian saya ditemani oleh sepupu saya Cikgu Shafiza Salleh; ibu beliau adalah adik kpd ayahnda saya. Perjumpaan kali ini untuk membincangkan `hasil ujian makmal' bagi  pembedahan saya tempoh hari. Alhamdulillah; sel kanser `Adenocarcinoma' bersaiz 3cm hanya berada di `Endometrium' (uterus). Tidak merebak ke kawasan lain. Syukur. Ianya dapat dikesan di peringkat awal `stage 1A'. Tetapi jenis kanser saya ini dikenali sebagai G3. (tahap yg paling agresif) Maka atas nasihat Doktor; saya memerlukan rawatan lanjut yg dikenali sebagai Radioterapi. Radioterapi adalah satu rawatan pancaran radiasi `ala-ala'  X-tray; cuma dlm volume yan…

Kanser vs Umrah

Assalamualaikum wbt:
Saya mengetahui tentang penyakit Kanser ini; 4 hari sebelum bertolak untuk mengerjakan Umrah bersama kaum keluarga dan rombongan sahabat handai seramai 20 orang. Kami dijadualkan berlepas pd 30hb Mac 2012  jam 9.00 malam dari Alor Setar ke KLIA. Dan seterusnya akan berlepas ke Jeddah dgn pesawat Kuwait Air pd jam 3.00 pagi  (31hb Mac).
Oleh kerana terlalu sibuk dengan kerja dan perniagaan; saya hanya dapat mengatur kenduri DOA SELAMAT pada 27hb Mac; dan saya niatkan agar Majlis ini juga akan mendoakan keselamatan saya sewaktu mengerjakan ibadah UMRAH dan sewaktu akan menjalani pembedahan yg dijangkakan pada 18hb April 2012 (sekembali dari Mekah)
29hb Mac: sempat saya berjumpa Pakar Onkologi Dr Badrul di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar Kedah; atas bantuan sahabat saya  Dr Zaki Zamani & isterinya Dr Mahani. Pertemuan dengan Dr Badrul selama hampir 3 jam; memberikan saya banyak maklumat & nasihat perubatan malah juga kaunseling tentang bagaimana menanga…

Saya Pesakit Kanser Endometrium (uterus)

Assalamualaikum wbt:
segala puji-pujian kpd ALLAH SWT YG MAHA ESA.

Lama sudah tidak menulis di blog; sehinggakan ramai yg dah sms dan hantar mesej supaya aktif kembali menulis. Merasakan dunia FB telah mencuri tumpuan saya. FB merupakan dunia baru utk catatan pendek; sudut perkongsian ilmu yg sgt mudah diakses. Sebenarnya saya punya banyak peristiwa yg indah & menarik yg perlu dicatatkan dlm Blog ini; mudah-mudahan perkongsian pengalaman hidup saya akan menjadi satu perkongsian ilmu; dan saya benar2 mahu menyumbang dalam apa jua cara mengikut kadar kemampuan saya yg kerdil & dhoif ini.
Tanggal 25hb Mac 2012; jam 4.30 petang adalah merupakan satu detik yg tidak mungkin saya lupakan. Pd hari tersebut ; berseorangan tanpa ditemani sesiapa; saya menerima berita bahawa saya telah disahkan menghidap kanser Endometrium (uterus). `Clear Cell Adenocarcinoma - mitoses are raedily seen!'. Terkedu saya; tak tau nak kata apa; nak nangis; malu kat Doktor. So saya tahan emosi dan buat m…