10 Oktober 2012

KANSER: its over now ... TQ ALLAH

Semalam saya ada appointment dengan my gynae onko: Dr Badrul & Dr Ismail. Pertemuan kali ini adalah untuk membincangkan keputusan makmal hasil dari CT Scan Contrast yg saya lakukan 2 minggu lalu. Ini adalah ujian pertama selepas pembedahan & rawatan Radioterapi yang telah saya  lalui. 

Perasaan saya? Saya yaqin saya sudah sembuh dari kanser  kerana Alhamdulillah selepas mengamalkan CELLFOOD secara serius; kecergasan & kesihatan saya kembali normal malah saya rasa lebih sihat. Ha ha ha ... memang nak promo pon ... CELLFOOD!

Apa kata Doktor? 
Alhamdulillah saya disahkan sihat dari sel kanser. Malah Dr Badrul sangat positif bahawa  Kanser TIDAK akan kembali lagi menyerang organ atau sel dalam badan saya. Insyaallah ... Isn't That Great News!!!  TQ Allah .... Wa iza mariztu fahuwa yashfin. ALLAH yang memberikan penyakit; dan ALLAH jua yg menyembuhkan!


Hari ini saya telah bertemu dengan ramai pesakit kanser; samada di kalangan keluarga, sahabat atau strangers. To be honest saya memahami situasi mereka. Sedih, confused; marah, hilang keyakinan diri, stress, depresi dan pelbagai emosi yang bercampur aduk yang sukar untuk digambarkan. 

Setiap kali saya berjumpa Doktor untuk appointment: dia akan tanya: `mai sorang ke? Dan saya akan menjawab: `i am the driver & i am the patient!'  . 


Saya sangat memahami tanggungan emosi pesakit kanser. Mestilah saya faham ... kan ke saya telah melaluinya. Walaupon secara `fizikalnya' saya keseorangan  (saya pi hospital untuk pembedahan & rawatan drive kereta sendiri tau) . Tetapi sebenarnya; bila ditoleh sejenak: saya punya support system yang sangat baik!

Sistem Sokongan bukan sahaja datang dari pasangan hidup (suami/isteri); saya punya sahabat baik dan keluarga yang membantu serta menyokong saya dari segi moral dan kewangan. 

TERIMA KASIH teman, sahabat & keluarga. TQ Maiza, Afiza, Nani, Wan Zaharah, Dr Zaki Zamani & Dr Mahani, Dr Razak Othman,  Dato Sue, Dato Sha, Dato Bibah, PS Bibi; Norazmin, Dato Radzi & DS Mahani, Tok Mail, Tok Pin, Ustaz Hj Rani, Ustazah Hjh Kak Om, Kak Muzni; Kak Khatijah, Rakan-rakan UiTM Arau yg datang menziarahi saya. TQ to all my EXSAS colleague : kak Ku, SAM, sahabat K69 yg sanggup mengunjungi saya dr Kuantan, dari KL: nuar, joxe, yaxe, Datin NZ, Dura, Rini, Saba, Din, Pek Ron, Rakan FB yg tak henti-henti memberi nasihat; tips; panduan serta senantiasa mendoakan saya. 

Kepada kedua ibu bapa saya; anak-anak saya, my sister Ct Safinaz & Sahar; my brother Kamarul, ibu & ayah mertua, Kak Ina; Idah, Ct Rohani, Mak Ngah, Mak Tam, Pak cik Effendi, Shafiza, jiran tetangga, sahabat lama & sahabat baru, dan ramai lagi yg tak dapat saya nyatakan nama satu persatu: Jazakallah, moga ALLAH SWT membalas segala budi baik anda semua. Setiap kali saya membaca Al-Fatihah & surah Yassin akan saya sedeqahkan kpd junjungan besar Rasulullah SAW, keluarga & sahabat Baginda; buat diri saya, keluarga & TEMAN-TEMAN saya. Hanya itu yg mampu saya lakukan utntuk membalas jasa & budi kalian semua.

Buat rakan yang menghidapi Kanser atau apa jua penyakit kronik; bertenanglah dalam menghadapi ujian hidup. Percayalah ALLAH Maha ADIL dan tidak akan menganiayai kita. Pesan saya Solat Tahajjud jangan tinggal; buatlah 2 rakaat Tahajjud + witir. Kalau tak mampu witir 2 rakaat + 1 rakaat; memadai lakukan 1 rakaat shj. Dalam Tahajjud ada banyak fadhilat & khafiahnya. Percayalah..... Janji ALLAH itu benar.........


Sahabat yg baik anugerah ALLAH SWT. Terlalu banyak nikmat yg saya perlu syukuri; kenapa perlu bersedih.. DUNIA ini sememangnya  tidak layak untuk ditangisi.


3 ulasan:

norbashima berkata...

Alhamdullilah..syukur....I'm so happy for you...:D

Zuraini Kamal berkata...

tq Noba; alhamdulillah tq tq tq

Tanpa Nama berkata...

Zuraini kamal yg mana kat fb

ADAKAH GULA MENYEBABKAN KANSER ?

Salam .. hari ini saya nak kongsikan catatan blog  yang ditulis oleh (my gynae-onco) YBhg. Dato Dr  Rushdan Noor   Pakar Kanser Wanita da...