Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2014

be strong & be selfish!

Kata-kata indah ini telah dikongsikan oleh seorang `sahabat' yang banyak membantu saya melalui detik-detik sukar sewaktu saya sedang menjalani rawatan. Mengetahui bahawa saya sedang bersedih .. beliau mengirimkan sms seperti berikut:
Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu hidup ini bukan sekadar ketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu mahalnya nilai airmata, 
Bersyukur pd org yg menyakitimu kerana dia yg membuat mu TABAH
Bersyukur pd org yg menjatuhkan kamu kerana mereka MEMPERHEBATKAN kemampuanmu, BERSYUKUR pd org yg menyiksa kamu kerana dia yg menguji KESABARAN & KETABAHANmu. Insyaallah kamu tidak akan merasa RUGI, sesungguhnya kamu termasuk dlm golongan org-org yg SABAR, ingatlah janji ALLAH itu benar.
Mengingatkan kembali detik-detik itu .... i wasn't `that strong'. Setiap hari saya menangis. Sedih keliru mengenangkan `nasib diri & memikirkan nasib anak-anak'. Takut untuk menjalani pembedahan dan rawatan serta memikirkan tentang pelbagai pe…

2014: Alhamdulillah i am still alive & healthy

Assalamualaikum & selamat menyambut tahun baru 2014.
Alhamdulillah kerana ALLAH masih mengizinkan saya untuk menikmati kehidupan di dunia. Masih berpeluang melihat anak-anak bersekolah dan membesar di depan mata. Terlalu banyak nikmat hidup sepanjang usia saya 44 tahun. Dan pengalaman melalui proses perubatan & rawatan untuk sakit Kanser Endometrium adalah momen yang sangat bermakna bagi saya. Saya mohon maaf kerana laman Blog ini sudah lama tidak dikemaskinikan .. penuh berhabuk & bersawang . In Sha ALLAH akan saya cuba untuk kembali aktif. Berkongsi pelbagai peristiwa terutama perkembangan kesihatan saya dan amalan pemakanan.
Sepanjang tempoh hampir 2 tahun (semenjak April 2012) hingga hari ini; saya telah menemui ramai sahabat  dan ahli keluarga yang turut mengalami nasib yang sama. Mereka positif kanser. Pada Mei 2012 Suami kepada sepupu saya meninggal dunia  (secara mengejut) akibat Kanser usus. Diikuti oleh seorang lagi ahli keluarga kami yang meninggal akibat Kanser…