Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2011

setelah kesulitan ada kemudahan

sedangkan guru sering menegur anak muridnya yang leka sedangkan si ibu sering memarahi anak-anaknya yang tidak mendengar kata sedangkan si ayah sering memukul untuk mengajar anak yang lupa kerana kasih sayang dan cinta agar yang buruk berubah rupa yang sumbing tercantum nyata yang retak tak lerai yang pecah tak berkecai

Tsunami itu bukan bala bencana sekadar satu peringatan dari Allah SWT Allah Yang Pengasih lagi Maha Penyayang tidak hanya sekadar menimpakan malapetaka dan bencana kepada umat manusia; makhluk ciptaanNYA Allah ingin memberikan peringatan dan amaran bagi mereka yang mahu mengambil iktibar dari setiap kejadian.
Mungkin seperti itu juga manusia saat ditegur oleh Tuhannya dengan cara menyenangkan dia tidak menyedari, dan apabila ditegur dengan cara yang keras dia baru memahami dan mulai bertaubat.
Allah SWT befirman: `Pada diri kalian juga terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah. Apakah kalian tidak memperhatikannya?' (Adz-Dzariyat: 21)


Renungan: Sabda Rasulullah saw: `Sesungguhnya Al…

Cintamu tiada dusta ... Tak ada 1000 janji

Cinta sang suami adakalanya berakhir dgn penceraian... Cinta pasangan yg bertunang sering putus di tengah jalan ...... Cinta pasangan berkasih ...... rapuh hanyut dipukul gelombang
Cinta kpd Allah ... kekal selamanya kerana itulah Cinta yang sejati. CINTA Allah Maha Agung kerana DIA tak pernah tinggalkan kita walaupon kita sering lupa padaNYA. Allahuakbar


Kita boleh beli katil besar dan mewah; tapi belom tentu kita boleh tidur nyenyak. Kita boleh beli lauk pauk yang enak; tapi belom tentu kita berselera nak makan! Kita boleh boleh beli ubat yang mahal dan canggih; tidak menjanjikan Sembuh dan Sihat! Nikmat Allah beri tak terhitung nilainya dengan Wang Ringgit.
Begitulah Agungnya Cinta dan Kasih Sayang Allah swt kpd kita HambaNYA yang hina.
Kita lupa memuji Allah tapi Allah beri kita kecantikan dan kehebatan Kita lupa berterima kasih kepada Allah tapi Allah tak pernah lupa beri rezeqi dan nikmat kepada kita Kita lupa meminta ampun terhadap dosa dan kesilapan kita; tapi Allah sen…

demi kasih sayang anak-anak

Bowling adalah sejenis sukan yang sihat; dan mengembirakan kerana ianya boleh menjadi satu aktiviti riadah keluarga! Malangnya Bowling juga boleh menambahkan tekanan darah BP ibu bapa.
Both my children Nurul Arisya & Hana Afeeza terlibat dlm sukan bowling dan berjaya mewakili sekolah & daerah Kubang Pasu dalam pertandingan peringkat MSSD & MSSK. Sebagai ibu; saya memberikan sokongan penuh terhadap minat & bakat yg mereka miliki. Dah itu sukan yg depa pilih; maka saya pon sokong!
Malangnya; Bowling is not CHEAP!
Selain dari latihan yg memerlukan kita berlatih di `bowling alley' yg dibayar mengikut game @ masa; kita perlu ada stokin & kasut yg sesuai. Bola tak pe; disediakan percuma!
Tapi bila anak2 dah agak serius nak join tournament; maka segala keperluan asas bowling nak kena beli. Bola Bowling jenis: Spare & Reactive nak kena ada; Beg bola; Kasut khas bowling nak kena beli; stokin mesti kena adalah kan; tuh belom lagi `skin protection; tape; easy sl…

GILA itu macam2 spesis!

Hari nih saya nak bercerita bab GILA. GILA nih pon sejenis penyakit jiwa. Dalam dunia ni ada macam2 jenis penyakit GILA. Ada org Gila Judi; ada spesis yg Gila Bekerja, kalau yg bercerai tuh dikatakan Gila Talak. Apa pon tafsiran dalam kamus; GILA sebenaqnya bermaksud seseorg itu sanggup melakukan apa saja; sepenuh jiwa raga dan menjadi sebegitu taksub & takjub! tapi GILA sebegini tak perlu masuk wad atau jumpa psikatari.
Saya suka shopping! Bukan `window' tetapi `real shopping'. Membeli belah, dah beli; blah balik umah! Saya suka membeli @ bahasa Indon `berbelanja' kerana saya rasa saya punya bakat membeli!
Saya pandai membeli ; tau di mana nak beli & apa yg patut dibeli. Omputih kata: `shopaholic! sejenis penyakit gila... Gila Berbelanja.


Kalau kaya banyak duit ; tak pe lah ...... tapi always ended `broke'.

Mak saya selalu pesan: Ukoq baju di badan sendiri. Jgn berbelanja di luar kemampuan diri.
Tapi saya tak pedulik! Bila dah mula masuk shopping mall; rasa mcm…

A DOCTOR IN THE HOUSE!

a doctor in the house; how i wish he is my doctor. But he is d' Doctor for MALAYSIA.

Hari ini (10 mac 2011) ; sy dah membeli buku `memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad : A DOCTOR IN THE HOUSE' . Keterujaan untuk mengetahui segala luahan isi hati yang dikongsikan dalam 809 helai lembaran buku yg sangat tebal dalam Bahasa Inggeris.
Sy jarang nak beli buku in English kecuali `Novels'. and i only read certain popular writters. Saya tak nak berbincang tentang isi kandungan buku ini sebab telah byk ulasan dibuat dlm suratkhabar sempena pelancaran buku tersebut.
Sy sekadar ingin berkongsi pandangan peribadi beliau yg sy dengar dr mulut beliau sendiri samada sewaktu perbincangan secara tertutup maupun pertemuan santai. Alhamdulillah; sy sentiasa berpeluang berjumpa ataupun mengunjungi Tun M samada di Alor Star Kedah ataupun di Yayasan Kepimpinan Perdana. Genius Islam abad millenium

1. Kenapa Tun M menentang pelajar Universiti utk bergiat aktif dlm politik? Tun M berpendapat; kebanyakan p…

inilah Syurga Dunia!

Kedamaian jiwa adalah anugerah ALLAH SWT


indah dan mendamaikan!

berkesempatan untuk menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan Allah Swt

Recently saya berkesempatan mengunjungi sebuah `rumah rehat' milik seorang sahabat di sebuah Perkampungan Cherengin di Janda Baik Pahang. Bagi saya jarak antara Janda Baik Pahang dan Alor Setar Kedah agak jauh; namun setelah berkali-kali `dipaksa' maka kami tidak punya alasan untuk menolak undangan tersebut!
Perjalanan ke Janda Baik dari Putrajaya hanya mengambil masa hampir 1 jam 35 minit melalui lebuhraya ke Genting Highland.





Secara jujurnya; inilah `rumah impian' saya. I always dream of having a house by the stream; well managed fruits orchard.. ada pokok durian pulak tu! Tapi kalau dapat menumpang rehat sekali sekala pon dah rasa amat bertuah dan bersyukur! Amat berbesar hati kerana `tuan rumah' telah memberi `jemputan terbuka' ; maksudnya i can come here at anytime! tapi tentulah segan kan ... ( i nih pon pemalu orghangnya)…

CINTA itu anugerah ALLAH

Sewaktu remaja atau di alam persekolahan ianya dinamakan Cinta Monyet. Tak tau pasaipa .. Adakah kita yg bercinta masa tuh asyik terkinja-kinja ? terlompat-lompat ? menggaru badan dan menggaru kepala mencari idea?? Tapi yg pasti; masa zaman remaja; cinta monyet itu cinta yg penuh `kenakalan'. Zaman saya dulu amat berbeza dengan zaman anak-anak pada hari ini.. Dulu ditahun 80'an , mana ada komputer; internet, handphone pon belum lagi tercipta!

Nak berkirim salam dan hendak bertanya khabar hanya boleh melalui surat-menyurat. Kalau bercinta satu sekolah atau se kelas, maka akan ada yg menjadi `posmen karat'. Maksudnya Posmen tak bergaji. Dan bila surat tuh surat ehem.. ehem... maka adalah yg bubuh bedak wangi sampai putih berdebu kena kat baju ... hu hu hu. Selalunya yg buat tuh .. surat dari budak pompuan lah kan.
Berkesempatan bertemu sahabat lama recently; byk cerita yg dapat dikongsikan bersama. Hari ini penyakit cinta bukan sahaja melanda Remaja; tetapi yg dah dewas…

USAH BERSEDIH; DUNIA INI TIDAK LAYAK DITANGISI

saya dah melalui fasa hidup belasan tahun; the 20's; the 30's & now i m in my 40's: Alhamdulillah this is my best moment in my life kerana sy dah memahami erti kehidupan dunia yg sebenar dan saya lebih memahami tanggungjawab serta bebanan yang dipikul utk ke alam yg kekal abadi!
kalau dulu; saya takut pabila setiap tahun usia meningkat; saya akan merasakan diri semakin tua; hilang kecantikan dan bertambah kedutan di muka. Bak kata omputih: `we grow old gracefully'.
Dulu; asyik sibuk mengejar kerjaya dan fokus terhadap `career development' . Kemudian apabila berpolitik ; asyik sibuk mengatur program & bermesyuarat. Terkejar ke sana, berlari ke sini. teringat pesan mak saya: ` a rolling stone gathers no moss' ; maksudnya: dok ligan pi mai pi mai .. habuk pon tarak!!!
Alhamdulillah pabila usia telah mencecah 40'an ; saya menjadi semakin matang. Usia bukan bermakna Kecantikan rupa paras... tetapi kehidupan itu jauh lebih besar ertinya. Saya dah ta…