Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2011

Tq Allah

Saya pinta KEKUATAN; Allah beri cabaran dan menjadikan saya lebih Tabah. Saya pohon KEBIJAKSANAAN; Allah anugerahkan kekusutan untuk dileraikan. Saya minta KEBERANIAN; Allah beri rintangan untuk diatasi. Saya mohon CINTA KASIH SAYANG; Allah anugerahkan kesukaran agar ada yang sudi membantu. Saya minta PERTOLONGAN; Allah beri peluang. Mungkin saya tak dapat APA yang dihajati ... tetapi Allah anugerahkan saya segala-galanya yang saya perlukan!

Ada sahabat yang bertanya; `banyak ke hadiah yang diterima; sempena meraikan Hari Kelahiran saya yang genap 42 tahun.' Terus terang saya katakan tiada hadiah yang lebih bermakna dari doa dan redho kedua ibu bapa serta kaum keluarga. Malah ramai sahabat dan teman FB yang mengucapkan `selamat' serta mendoakan saya dan keluarga.

Apa lagi yang saya perlukan dalam hidup?
Alhamdulillah di usia sebegini saya telah memiliki segala yang saya perlukan dan tiada lagi yang lebih saya inginkan melainkan redho keluarga dan redho Allah swt.
Terima…

AGE is juz A Number; Happy Birthday!!!

Life does begins at 40! hi hi hi Dah lalui usia belasan tahun (teenagers); orang kata `era memberontak' atau rebellious. Kemudian menginjak ke angka 20-an; masa nih baru nak celik mata. Baru nampak dunia. Hidup kena `struggle' ; orang pon pandang hina; maklumlah kerjaya baru nak mula; kete pon belom mampu milik! Dan waktu ini; mengejar cita-cita dan membina impian untuk masa hadapan. Hmmmm kadang-kadang seronok jugak; sebab masa nih belum ada banyak tanggungjawab.

Pabila usia menginjak 30-an; tanggungan bertambah, terasa berat jugak bahu nak memikul. Hutang pon bermula .... anak-anak sudah mula punya `list perbelanjaan tersendiri' adoiii ... penat gak poket! Masih kena teruskan usaha untuk membina keluarga yang sempurna dan mampu milik!
29 April 2011; saya dah mencapai umor 42 tahun. Kita tidak boleh menentang hukum alam. Apabila usia meningkat; banyak yang dah mula berkurangan!
Tenaga dah kurang; muka pon tak berapa nak tegang; mata dah kurang nampak; gigi pon dah banyak berl…

I LOVE U; Zuraini

Sayangi diri anda sendiri sebelum menyayangi insan lain!
Kalau kita naik flight; pramugari selalu berpesan: `save yourself first; before u save others; maksudnya pastikan diri anda selamat terlebih dahulu; sebelum anda bertindak menyelamatkan nyawa orang lain!
Teringat pesanan Dr Azizan; seorang pakar motivasi: `setiap pagi bila anda bangun dari tidur; ucapkan TERIMA KASIH pada diri anda sendiri; THANK YOU ZURAINI KAMAL!


Malangnya; kita sering mendahulukan orang lain dari diri sendiri. Kita menyayangi `orang lain' dahulu sebelum menyayangi diri sendiri. Kita suka jaga hati `orang lain' walaupon hati sendiri terluka jiwa sendiri melara.
“Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radiallahuanhu, pembantu Rasulullah SAW, dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: Tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dunia hari ini yang penuh dengan pelbagai cabaran & tekanan; memaksa kita untuk mem…

life does begin at 40 .......... adoiiii

Saya seorang yang sangat menjaga kesihatan dan penampilan diri. Yes i am a vein woman! but who isn't??.........
Saya percaya kepada gaya hidup sihat dan sangat aktif semenjak di bangku sekolah. Sering mewakili sekolah; daerah dan juga negeri dalam acara sukan dan kejohanan olahraga. Malah sewaktu di ITM Arau saya bermain hoki; ping pong; tennis; softball dan pelbagai aktiviti ko-kurikulum yang lain termasuk seni silat gayung! Hingga kini pada usia 40-an saya masih lagi bersenam dan bersukan walaupon tidak secara serius.


Makan? i love to eat and i appreciate good food!
Minat memasak menyebabkan saya jarang makan di luar. Apabila memasak; kita boleh memilih bahan-bahan yang lebih organik; kurang berlemak. Bila menggoreng saya menggunakan minyak masak jenis `canola' , bunga matahari atau minyak jagung! Malah garam untuk memasak pon saya guna `garam bukit' (rock salt 100% natural) . Honestly I am a health-conscious person.

Saya pastikan anak-anak serta keluarga menik…

sapa yang tak dak masalah ...

Bumi mana yang tak basah ditimpa hujan.... lautan mana yang tak bergelora dipukul ombak

Siapa yang tak dak masalah ........ ???
Yang bekerja ; ada masalah tentang bos dan rakan sekerja malah ada yang terlibat dalam `politik di tempat kerja' Yang jadi bos; akan ada masalah dengan anak buah Yang jadi BIG Bos @ `tokeh' (pemilik syarikat) pasti ada masalah tentang pekerjanya ...
Yang tak bekerja; lagi bermasalah: sebab `penganggur' akan sentiasa dihimpit keresahan & kebimbangan yang tak berkesudahan!
Yang solo; memikirkan bila nak kawin? dengan siapa nak kawin? dan pelbagai 1000 persoalan Yang berkeluarga; memikirkan masalah tanggungjawab yang adakalanya sangat membebankan
Masalah hari ini; kita cuba selesaikan untuk hari ini sahaja; esok kita fikirkan masalah yang lain pula. Dan setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya; fikir dengan tenang dan waras; jika tidak ketemu maka dapatkan bantuan khidmat nasihat dari orang yang kita percaya dan kita hormati; insyaallah Allah akan b…

JUS PELAM HOMEMADE - Original

Saya suka makan buah pelam @ mangga; samada masak ; apatah lagi mangga muda dicicah garam belacan, memang best! kena pulak kuah rojak Mak Bee yang famous tuh ... huh sedap! Kadang-kadang terbeli banyak buah sampai tak sempat nak makan; dan ianya rosak sebab terlalu ranum. Sayang kalau nak dibuang; maka kita boleh pelbagai @ `modify' buah tersebut untuk dijadikan Jus Pelam yang enak dan menyegarkan (refreshing!)
Pada usia sebegini; saya telah mengubah gaya hidup dan pemakanan keluarga agar menjadi lebih berkhasiat demi kesihatan yang `execellent!'

2-3 biji pelam masak (manis @ masam pon tak pe) kalau ranum lagi baik Blender isi pelam bersama: ayaq gula + perasa mangga SUNQUICK + ayaq masak. nak thrill lebih; blend bersama ais kiub! nak likat @ cayaq - tambah ayaq la. Perasa nak manis @ kurang manis - tambah ayaq gula. hidangkan sejuk masukkan ais kiub. nak sedap lagi minum bersama keluarga.
Dilarang minum sorang-sorang. Jangan lupa baca Bismillah Selamat mencuba!

Nasi Briyani Kukus; ZK

Saya suka makan nasik briyani yang dimasak bersama ayam; dimakan bersama Dalca.. hmmm enak sekali. Orang Johor panggil Nasik Bryani Gam. Apa pun namanya; pada hari ini tak banyak kedai yang menjual Nasik Briyani yang dimasak bersama ayam di dalamnya.. Oleh kerana saya suka makan maka terpaksa saya ambik inisiatif untuk belajaq masak. Alhamdulillah; seorang sahabat dari langkawi sanggup berkongsi Rahsia memasak Nasik Bryani yang enak menggunakan Resepi dari India!
Tapi saya `modified' sikit resepi tersebut ; sesuaii dengan citarasa saya sendiri: Kalau sesiapa yang berminat; boleh try ... jom kita berkongsi ilmu; mudah-mudahan kita boleh membahagiakan keluarga dengan ayaq tangan kita; insyaallah........ (tapi kalau bibik tolong masak pon tak pe...)


Beras Basmathi (dibasuh bersih) utk bahan rempah: Jintan putih 1/2 camca + jintan manis 1/2 camca + kunyit serbuk 1/2 camca dicampur bersama rempah kari ayam 3 sudu Besar & serbuk cili 1 sudu Besar. tumis bersama: daun kari + kulit kayu …

Takut ke ........

Takut ?? Mesti ada sebab kita takut? Apa yang Menakutkan kita ........
Masa kecik-kecik dulu; macam-macam yang saya Takut. Takut lalu kat kubur; sebab nanti nampak hantu. Takut makan leher ayam ; nanti leher senget masa nak bersanding. Takut nyanyi kat dapur; kawin ngan orang tua. Takut tengok Polis; nanti kena masuk jel. Tapi yang paling saya takut ialah Rotan Mak saya!
Mak saya Cikgu Bahasa Inggeris ; garang sungguh! Siapa tak kenal ngan Teacher Makhzom .. famos in Kuantan and Labuan bah... Paling saya takut kena tibai (pukul) dengan mak saya sekiranya saya tak dapat TOP 3 dalam setiap peperiksaan penggal persekolahan....
Ada sekali waktu darjah 3; saya dapat nombor 6 dalam kelas. Ketaq lutut takut nak balik rumah sebab kena bawak balik `report card'. Alamatnya saya lari keliling rumah 10 round dikejar mak saya ; sebelum kena tibai ngan rotan! Peristiwa itu menjadikan saya seorang ibu yang sangat berbeza pendekatan dengan anak-anak. I try not to be My Mother! tak gamak nak me…

we are NO SUPERWOMEN!

Wanita sering menjadi mangsa keadaan. 1,000000 (sejuta) harapan diletakkan di bahu seorang wanita! Kita mesti menjadi Isteri yang baik & solehah; Ibu yang cekap; pandai memasak & penyayang; Menantu yang baik pekerti ; Idola masyarakat; pekerja yang cemerlang; ikon anak-anak ; sahabat yang prihatin. Wow ... a very high expectation!
Bertuahnya seorang suami yang memiliki teman hidup; seorang isteri yang tabah; cekal; kuat; gigih berusaha malah diibaratkan seorang SUPERWOMAN! Isteri yang bekerja bertungkus-lumus mencari rezeqi; membantu membayar segala macam bil, hutang-piutang bank dan kad kredit. Menjaga rumahtangga dan melayani kerenah anak-anak ; belom dicampoq ngan nak layan kerenah suami!
Wahai Kaum Hawa; sedarlah.. kita hanya Wanita biasa. Punya hati punya jiwa yang perlu dijaga Wanita biasa yang bukan besi ; bukan juga tembaga dalam dada punya naluri halus yang mudah terasa adakalanya tewas dan gugur jua airmata tanda hati sakit; jiwa melara hiba malangnya tiada yang …