Hari ini 23hb Mei 2012; adalah hari rawatan pertama saya untuk Radioterapi di Mount Miriam Cancer Hospital; Pulau Pinang. Ditemani my sister Siti Safinaz; kami berdua sampai di MMCH pd pukul 3.20ptg.
Sebelum ini saya telah hadir untuk sessi kaunseling dan `plan' . Perbincangan dengan Doktor Rakesh Raman telah menetapkan saya perlu menjalani 25 sessi rawatan Radioterapi dan 2 sessi rawatan `Brachyterapi'.
Hujan renyai-renyai pastinya turun bersama Rahmat ALLAH SWT; dan saya berdoa agar segala urusan saya dipermudahkan. Bak kata sahabat saya Maiza: hang anggap jeh Radioterapi nih macam pi SPA' .Tidak punya pengalaman menyebabkan kita hanya bersandarkan pada cerita pesakit lain atau dari bahan bacaan termasuk maklumat dari buku Kanser Wanita yg ditulis oleh Dr Mohd Rushdan Mohd Noor. To be honest saya tidak tahu apa yang saya jangkakan. Sakitkah? Cirit-birit? muntah? demam? terbakar kulit? kesukaran membuang air .... hmmm dalam kepala bermain 1001 persoalan; dalam hati hanya ALLAH SWT Yang Maha Mengetahui.
Sebelum memulakan rawatan saya perlu ke tandas untuk membuang air kecil, kemudian diminta meminum 3 gelas air. Tujuan meminum air adalah untuk memenuhi ruangan pundi kencing supaya usus terangkat dan menjauhi kawasan rawatan agar tidak tercemar dengan radiasi. Ini dapat membantu mengurangkan pelbagai komplikasi terhadap organ dalaman yang berdekatan seperti `bladder & usus'.
beginilah `rupa' rawatan yang saya lalui |
Dengan berpakaian lengkap yg saya pakai dari rumah, saya diminta baring dan tidak boleh bergerak. Ya ALLAH permudahkanlah urusanku ini. Mulut terkumat kamit, lidah tidak berhenti berzikir & berdoa, itulah sahaja bekalan yg saya bawa, yakin bahawa ALLAH SWT shj yg mampu menyembuhkan penyakit, dan rawatan yg diambil hanyalah sekadar usaha dan ikhtiar untuk sembuh. Saya pasrah. Saya mohon belas ehsan ALLAH SWT; ENGKAU ampunilah daku; kasihanilah aku. Alhamdulillah rawatan tersebut selesai dalam masa hanya 10 minit sahaja.
Memang tak rasa apa pon! Sebaik sahaja saya keluar dari bilik rawatan; airmata saya jatuh berguguran. To be honest; saya gagal mengawal emosi. Kenapa saya menangis? Saya amat-amat bersyukur terasa segunung beban telah diangkat dan hati terasa amat lapang dan lega. Sungguh; saya bukanlah seorang wanita yang tabah & kuat; saya sekadar `meminjam' kekuatan dr ALLAH SWT, memaksa diri untuk tersenyum dan ketawa bagi mereda perasaan jiwa yg gundah gulana. Terlalu banyak persoalan yang bermain di minda, terlalu banyak tanggungjawab yg dipikul adakalanya tak tergalas dan sungguh membebankan.
"Rabbi yassir wala tu 'assir, rabbi tammim bil khoir", yang bermaksud, "Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan".
selepas selesai rawatan saya pi makan Mc Chicken |
Sebelum pulang ke rumah; saya diingatkan sentiasa minum banyak air kerana badan akan terasa panas. Hindarkan dari meminum jus, makan buah-buahan dan sayuran (fiber) kerana dikhuatiri saya mengalami dirrhea cirit-birit. Kulit di kawasan rawatan akan mengalami alahan dan kepedihan. Doktor menasihatkan agar tidak terlalu risau tentang perkara tersebut dan jangan disapu losyen atau krim. (tapi sy nak petua lah: sapu minyak zaitun tau)
Pesan sahabat saya Hafiza Dont worry - Insyaallah kita mohon kpd ALLAH SWT agar segala2nya sembuh seperti sediakala. Mengamalkan doa syifa' menjadikan saya amat tenang dan penuh yaqin bahawa ALLAH SWT memberi penyakit dan DIA yang menyembuhkan.
Pesan sahabat saya Hafiza Dont worry - Insyaallah kita mohon kpd ALLAH SWT agar segala2nya sembuh seperti sediakala. Mengamalkan doa syifa' menjadikan saya amat tenang dan penuh yaqin bahawa ALLAH SWT memberi penyakit dan DIA yang menyembuhkan.
وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ
"Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku." (Surah Asy-Syu'ara : Ayat 80)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan