06 Januari 2014

2014: Alhamdulillah i am still alive & healthy

Assalamualaikum & selamat menyambut tahun baru 2014.
Alhamdulillah kerana ALLAH masih mengizinkan saya untuk menikmati kehidupan di dunia. Masih berpeluang melihat anak-anak bersekolah dan membesar di depan mata. Terlalu banyak nikmat hidup sepanjang usia saya 44 tahun. Dan pengalaman melalui proses perubatan & rawatan untuk sakit Kanser Endometrium adalah momen yang sangat bermakna bagi saya.
Saya mohon maaf kerana laman Blog ini sudah lama tidak dikemaskinikan .. penuh berhabuk & bersawang . In Sha ALLAH akan saya cuba untuk kembali aktif. Berkongsi pelbagai peristiwa terutama perkembangan kesihatan saya dan amalan pemakanan.

menonton wayang bersama keluarga adalah antara aktiviti santai yang paling saya suka!

Saya telah menjalani pembedahan dan rawatan Radioterapi untuk penyakit Kanser Endometrium pada tahun 2012. Alhamdulillah selepas selesai rawatan hingga ke hari ini saya sentiasa sihat & tidak mengalami masalah kesihatan. Saya hanya perlu menemui Onko Dr ismail untuk rawatan & pemeriksaan susulan. Walau bagaimana saya sangat sensitif tentang hal yang berkaitan dengan kesihatan tubuh badan. Saya masih lagi mendapat khidmat nasihat secara berkala dengan Dr Ismail di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar kerana dalam tempoh 2 tahun selepas rawatan kita masih belom boleh diistiharkan sebagai `bebas kanser'. Keberangkalian untuk sel kanser kembali aktif dan menyerang organ adalah tinggi namun begitu saya bersyukur kerana telah dapat menjalani hidup seperti biasa dan normal.
Sepanjang tempoh hampir 2 tahun (semenjak April 2012) hingga hari ini; saya telah menemui ramai sahabat  dan ahli keluarga yang turut mengalami nasib yang sama. Mereka positif kanser. Pada Mei 2012 Suami kepada sepupu saya meninggal dunia  (secara mengejut) akibat Kanser usus. Diikuti oleh seorang lagi ahli keluarga kami yang meninggal akibat Kanser Paru-paru (setelah 2 tahun menjalani rawatan) Seorang sahabat (senior SEMSAS) Kak Aini Hayati telah meninggal dua akibat Kanser Payu Dara yg telah merebak ke Otak.Yang terkini sepupu saya Azlina Ariffin telah disahkan Kanser Rectum  (tahap 4) .

kenangan bersama arwah Kak Aini Hayati & Onko Dr Ismail

Saya agak emosi sedikit bila mengetahui sahabat handai & keluarga terdekat turut mengalami musibah yang sama. Cuba membantu mereka dengan berkongsi pengalaman semoga dapat memberi kekuatan mental untuk mereka berjuang menentang penyakit misteri ini.

Hanya Pesakit Kanser dapat `menenangkan' hati pesakit kanser yang lain. Adakalanya kami hanya berpelukan sambil menangis berkongsi kesedihan ......... tiada kata-kata yang mampu menggambarkan isi hati dan perasaan kami. Kepada pesakit kanser .. saya mengharapkan agar anda tidak keseorangan menanggung kesedihan. `Reach Out' .... tolonglah ... luahkan perasaan. berkongsi kesedihan dan ketakutan. Kita semua hanyalah manusia biasa, Tiada manusia yang sempurna, kuat dan tabah. Tak perlu menjadi `superwoman'. Menangislah semahu-mahunya.. Menangislah jika itu mampu merawat laramu ...

Selamat Tahun Baru 2014; moga kita terus diberikan kekuatan & kesabaran menempuh ujian ini. Keep reminding yourself: `Kita orang yang hebat'.  In Sha ALLAH belajarlah untuk Redho dengan ALLAH SWT; ALLAH Maha Mengetahui yang terbaik buat kita semua.

Tiada ulasan:

ADAKAH GULA MENYEBABKAN KANSER ?

Salam .. hari ini saya nak kongsikan catatan blog  yang ditulis oleh (my gynae-onco) YBhg. Dato Dr  Rushdan Noor   Pakar Kanser Wanita da...