Semalam saya bersama pembantu rumah `mun' telah ke Tesco Alor Setar untuk membeli barangan keperluan dapur. Semenjak dua menjak nih, Tesco menjadi Lokasi pilihan kerana pasaraya besar ini menawarkan hampir semua keperluan rumah termasuk barangan kering dan basah. Ini bermakna selain dari membeli barangan letrik dan pakaian, di Tesco kita juga boleh membeli keperluan harian termasuk ikan dan ayam yang belum dimasak!
Kehidupan alaf baru menyebabkan setiap orang menceburi bidang pekerjaan yang berbeza waktu kerja dan waktu cuti. Maka kita pun tepaksa memilih waktu yang sesuai untuk membeli barangan keperluan rumah dan dapur. Kalau dulu kita terpaksa bangun pagi-pagi untuk ke pasar membeli ikan, ayam, daging dan sayur-sayuran. Teringat saya kepada ayah dan ibu yang adakalanya terpaksa keluar seawal 6 pagi - sesudah subuh untuk ke pasar borong membeli keperluan dapur pada harga yang murah.
Tetapi kini, kita tidak perlu bersusah payah sebegitu. Kewujudan pasaraya ONE STOP CENTRE memudahkan segala urusan. Siapa sangka kita boleh beli daun kesom; daun serai; daun pudina malah pelbagai ulam-ulaman di gedung pasaraya. Maklumlah kawasan perumahan tak sempat nak bercucuk tanam; kalau tanam pun adakalanya tidak menjadi. Nak beli ikan ; udang; ayam dan bahan masakan yang lain tak perlu bergegas ke `market' kerana semuanya boleh dibeli di Supermarket setiap hari dlm waktu operasi yg panjang sampai ke 10 malam!
Zaman moden alaf baru ... siap duit je ... semuanya boleh dibeli!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan