berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul |
Sewaktu mula-mula mengetahui saya menghidap Penyakit Kanser; saya bertekad untuk menyembunyikan berita ini dari `semua orang'. Maklumlah saya agak femes jugak di Kedah dan mempunyai ramai kenalan di seluruh Malaysia. Malu & takut akan dicemuh masyarakat dgn persepsi yg bukan-bukan. Walaupon kita beragama ISLAM; tp malangnya masih ramai tidak memiliki `jiwa & pemikiran ISLAM'.
Stigma orang Melayu; Penyakit; Musibbah adalah merupakan `balasan' dari ALLAH SWT kerana `kejahatan & dosa' yg kita telah lakukan. Bagaimana dengan Penyakit yg menimpa Nabi Ayob a.s? Baginda menderita penyakit kulit yg kronik selama 18 tahun. Ditimpa kemusnahan harta benda serta kehilangan keluarga. Adakah itu balasan dr ALLAH SWT kpd HambaNYA yg Solleh?
`Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum
sampai kpd kamu (ujian dan cubaan) seperti yg tlh berlaku kpd orang2 yg
terdahulu drpd kamu? Mereka tlh ditimpa kepapaan (kemusnahan
hartabenda) & serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman
bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang2 yg beriman yg ada
bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah
sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar &
berpegang teguh kpd ugama Allah).' (Al-Baqarah: 124)
Saya memang `brutal' mcm strong & tabah; tetapi sebenaqnya saya sangat `fragile'. Tengok filem `Mohabbatein' 10 kali; 10 kali saya akan nangis. Heroin belom nangis; saya dah bengkak mata! Saya bukan Superwoman, I am juz an ordinary human being. Saya hanyalah insan biasa yg punya naluri dan jiwa yg sangat rapuh. Saya memerlukan sokongan rakan; kaum keluarga dan sahabat handai.
Saya perlu membina keyakinan & kekuatan diri mental & fizikal; sebelum saya bersedia berkongsi dengan semua orang. Bermula dengan sahabat Afiza, Wan Nor Zaharah, Maiza dan Nani, saya mula berkongsi dengan keluarga terdekat. Tq Doktor Zaki Zamani yg tak jemu-jemu berpesan supaya saya berkongsi berita ini dengan keluarga: `u cannot face this alone' . Maka hari ini saya sudah kuat & bersedia utk berkongsi dengan `dunia' agar pengalaman saya boleh memberi kekuatan kpd pesakit lain dan boleh dijadikan panduan buat semua yg masih sihat; insyaallah.
To be honest; saya tidak memerlukan simpati; tiada apa yg hendak ditangisi. Bukankah saya manusia pilihan ALLAH SWT utk diuji? Dan bukankah ALLAH telah berjanji Balasan terhadap orang-orang yang Sabar & Redho adalah SYURGA? Bukankah JANJI ALLAH ITU BENAR?
Sewaktu bersolat di Hijir Ismail di bawah pancur emas: Saya telah berdoa: `Ya Allah aku berterima kasih atas penyakit kanser ini; dan sekiranya ENGKAU dapati aku bersabar dgnnya; dan BalasanMU adalah Syurga; Ya ALLAH aku redho'. Namun ku pinta padaMU Ya ALLAH; berilah aku kekuatan & kesabaran'
Sahabat saya sewaktu di Sains Kuantan (SEMSAS K69) sdri anuar & sdr azahari yg dtg dr kuantan |
Pada hari ini; saya menerima pelbagai ucapan DOA, nasihat, tips, panduan melalui sms, email dan FB. Sahabat saya Muzni & kak Khatijah telah sudi berkongsi pengalaman mereka sebagai pesakit kanser yg telah sembuh dan pulih. Ramai yang menelefon utk bertanya kabar dan mendoakan saya. Dan ramai yg sudi datang menziarahi saya. Tq semua; saya sangat menghargainya.
Doakan saya sahabat. Doakan agar ALLAH menganugerahkan saya kekuatan & kesabaran. Doakan semoga ALLAH permudahkan segala urusan saya. Doakan agar ALLAH Rahmati & mengasihi saya setiap detik waktu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan