27 Oktober 2009

Rihul Ahmar








Salam,


Saya sekadar ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya baru dapat tentang Rihul Ahmar yang telah disampaikan oleh Tok Guru kepada kami semalam. Pernahkah anda mendengar tentang Rihul Ahmar atau Angin Ahmar atau dalam bahasa moden : STROKE?


Pada hari ini, kalau diperhatikan di sekeliling kita pasti ada Mak Long, Pak Ngah, Wa, Tok Chik malah kini golongan yang muda pun diserang Angin Ahmar atau Stroke. Selalunya pesakit yang mendapat serangan Stroke akan hilang keupayaan diri dan mengalami lumpuh pada bahagian tertentu pada tubuh badan.


Semalam sebelum memulakan kelas `mengaji' Tok Guru telah mengajarkan kami Doa Angin Ahmar. Satu doa yang sangat panjang dan menurut Puan Hajah Che OM : Rasulullah SAW telah berpesan kepada sahabat-sahabat baginda supaya mempelajari doa tersebut dan mengajarnya kepada umat Islam yang lain agar mereka mendapat manafaat serta terpelihara diri dari serangan penyakit Rihul Ahmar (Angin Ahmar) . Insyaallah.



SEJARAH ANGIN AHMAR:

Penyakit Angin Ahmar ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri, telah ada semenjak zaman Nabi Sulaiman a.s..Semasa baginda menerima mengadap segala rakyatnya termasuk segala jin, manusia dan binatang, tiba-tiba baginda merasa ujub atau bangga diri; dalam hatinya berkata siapakah makhluk Allah yang tidak mahu tunduk kepadanya.


Seketika itu juga menjelma satu makhluk seperti lembaga manusia, yang besar, gagah dan hebat serta garang. Nabi Sulaiman terkejut dan menggeletar lalu bertanya kepada lembaga itu siapakah dia, dan mengapa ia datang. Lembaga itu menjawab bahawa dia bernama Ar-Raihul-Ahmar (Angin Ahmar) iaitu penyakit yang amat berbahaya dari lain-lain penyakit. Ia diberi kuasa untuk mendatangkan kesakitan kepada anak cucu Adam, termasuk boleh meresap masuk ke dalam urat saraf dan darah, dan juga otak seseorang hingga hilang akal.


Nabi Sulaiman segera mengarahkan panglima-panglimanya agar membunuh Ar-Raihul-Ahmar itu; namun lembaga itu menjawab bahawa tiada sesiapa makhluk yang boleh membunuhnya, lalu segera menghilang. Angin Ahmar itu masih ada hingga zaman Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam dan zaman kita sekarang. Pada zaman Nabi Muhammad cucu baginda iaitu Saiyidina Hassan bin Ali pernah terkena penyakit rongga dan keluar darah. Ketika itu turun Malaikat Jibril dan memberitahu baginda bahawa Hassan terkena penyakit Angin, lalu baginda bertanya adakah ubat penawarnya. Jibril menjawab ada lalu ghaib. Sebentar kemudian Jibril kembali dan memberitahu Rasulullah, bahawa Allah SWT telah mengurniakan Doa mustajab bagi sesiapa yang membacanya walau pun sekali seumur hidupnya. Baginda pun membaca doa ini; lalu dengan sebentar itu juga sembuhlah Saiyidina Hassan, boleh berdiri dan sihat walafiat. Baginda lalu menganjurkan kepada para sahabat agar mengajarkan Doa ini kepada umat Islam sekalian.


Mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar ini hendaklah berusaha mengamalkan membaca Doa ini seberapa kerap, terutama selepas solat. Setengah ulama menulis Doa tersebut dengan dakwat pada mangkuk atau pinggan putih; kemudian dibasuh dengan air lalu sebahagiannya diminum dan sebahagiannya disapukan pada anggota yang terkena penyakit tersebut. Yakinilah doa ini, kerana dengan keyakinan itu insya-Allah mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar itu akan segera sembuh, terutama bagi yang belum terlalu berat penyakitnya.


Amalkanlah membaca Doa ini selalu, paling kurang sekali seumur hidup, insya-Allah akan terhindar dari penyakit yang berbahaya ini.




DOA MOHON DIJAUHI DAN DISEMBUHKAN DARI PENYAKIT ANGIN AHMAR










Wallahuaklam!

22 Oktober 2009

Syurga di Telapak Kaki Ibu


Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”


Salam

Baru-baru ini saya ada terjumpa dengan seorang sahabat yang meluahkan perasaan ketidakpuasan hatinya dengan penuh emosi. Kedua suami isteri itu bercerita mengenai perancangan ibu mereka yang akan mengerjakan Haji tidak berapa lama lagi.


Menurut si anak (suami) , ibunya ke Mekah atas jemputan si adik seorang Engineer yang bergaji besar. Dan mereka dijangka akan mengikuti Pakej Haji yang bernilai RM19, 000 seorang. Oleh kerana mereka pergi bertiga, maka jumlah keseluruhan yang perlu ditanggung oleh si Engineer tersebut adalah sebanyak RM 57, 000.00. Itu belum termasuk perbelanjaan runcit selama berada di Tanah Suci.


Si ibu mempunyai 4 orang anak yang kesemuanya sudah berkeluarga. Memikirkan beban perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh sang anak si Engineer, maka si ibu telah meminta kepada tiga orang anaknya yang lain untuk memberi sedikit `sumbangan'.


Sahabat saya itu tersangatlah `naik hangin' satu badan kerana menurut beliau si Ibu telah meminta beliau menyumbang sebanyak RM 2000 , satu jumlah yang paling besar jika dibandingkan dengan adik-adik yang lain.


`Mentang-mentanglah mak aku tengok kami nih `berada' sikit, pakai kereta besar sikit ... dia mintak kat kami banyak'

`adik aku nih pun satu, dah tau tak dak duit Janganlah berlagak nak join Pakej, nih dah menyusahkan orang'


Kedua suami isteri yang sangat beremosi terus meluahkan segala yang terbuku di dalam sanubari. Marahkan si adik yang nak membawa ibu bersama mengerjakan Haji dan marahkan si Ibu yang meminta sumbangan anak-anak mengikut kategori `kemampuan' anak-anak berdasarkan gaya hidup mereka.


Oleh kerana kami bersembang di wad hospital, maka saya tidak bercadang untuk berkhutbah memberi nasihat kepada mereka berdua. Lagipun keduanya sekadar meluahkan rasa kecik hati terhadap si Ibu tanpa meminta pandangan saya.


Saya ke wad tersebut menziarahi anak kecil kedua suami isteri yang dimasukkan ke hospital kerana demam. Kedua suami isteri sempat jugak merungut, dah 5 hari anak mereka di hospital swasta tersebut, bil sudah mencecah hampir 5 ribu ringgit.


Dalam hati saya berkata; Subhannallah hanya ALLAH sahaja yang Maha Mengetahui. Saya beristighfar memohon keampunanNYA agar saya tidak salah menafsir dan menjatuhkan hukuman. Bukanlah saya ingin mempertikaikan tindakan kedua suami isteri tersebut, tetapi kenapa tergamak si anak untuk tidak memenuhi hajat si Ibu sedangkan mereka mampu? Kenapa perlu berbalah dan mempertikaikan jumlah sumbangan yang perlu diberi?

Apalah nilai RM2 000 , jika dibandingkan dengan segala jasa pengorbanan si Ibu melahir dan membesarkan. Wallahuaklam!



Dari Ibnu Mas’ud r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, :”Manakah amal yang lebih utama?” Beliau menjawab,:”Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah.”

(Bukhari)





bersama sahabat saya Afiza Ahmad di Secret Recipe , sembang sosial alam maya. Kemudahan Wi-fi memudahkan urusan. Segalanya berada di hujung anda!!


10 Oktober 2009

Open House!

Bersama sahabat handai yang sudi menghadiri Jamuan Hari Raya



Salam


Tentu ramai yang masih sibuk menghadiri Jamuan Hari Raya dan Jemputan Rumah Terbuka. Pada 7 Syawal yang lalu - 26hb September , saya dan keluarga sempat juga meraikan tetamu sempena meraikan Aidilfitri.


Jamuan Hari Raya atau Open House adalah merupakan satu cara atau trend untuk merayakan Hari Raya Aidilfitri bersama sanak saudara dan rakan taulan. Selalunya ramai akan menganjurkan Open House selepas hari raya pertama atau selepas Raya Enam (selepas puasa sunat) .


Setiap tahun saya akan memikirkan tarikh, menu dan senarai undangan untuk Rumah Terbuka yang kami adakan. Seronok kerana dapat meraikan tetamu dan yang penting sekali inilah masanya untuk saya beramah mesra bersuai-kenal bersama jiran tetangga.


Walaupun ramai jiran tetangga yang pulang ke kampung halaman suasana Aidilifitri di Taman Suasana Permai tetap terasa meriahnya. Syawal diraikan penuh rasa syukur dan keluarga saya akan menggamatkan suasana malam raya dengan dentuman mercun dan bunga api.
Ha ha ha inilah acara yang pasti kami adakan setiap malam raya bermain bunga api bersama anak-anak dan sanak saudara. Bak kata Saloma: `Dam dam dum bunyi mercun.... Seronok dan meriah terkenang nostalgia zaman kanak-kanak dahulu.



sahabat saya Sharifah Bahiyah turut hadir bersama keluarga



Kejiranan saya di Suasana Permai agak sunyi dan sepi kerana hampir seluruh jiran tetangga sibuk bekerja. Adakalanya kita hanya sempat berbalas senyuman dan sekadar bersahutan melalui tingkap dan pagar. aktiviti kunjung mengunjung sempena Aidilfitri sukar dilakukan kerana kebanyakan jiran tetangga pulang berhari raya bersama keluarga di kampung. Maklumlah orang muda perlu akur untuk pulang menziarahi yang tua.


Lucu bila dikenangkan, selama ini kawasan kejiranan kami hanya sekadar bertukar salam dan senyuman tapi malu untuk bertegur sapa dan bertanya khabar. Malah ada rumah jiran yang belum pernah saya jenguk dan tidak sempat bertandang. Alahai... Masa membatasi setiap langkah kita.


Tetapi kini suasana Raya telah berubah. Terasa kemesraan dan jalinan ukhuwah yang lebih rapat. Kami sesama jiran tetangga telah saling mengenali bukan sekadar Nama. Adab kunjung mengunjungi dan Jamuan Rumah Terbuka telah memberi ruang untuk kita mengenali tetangga. Ini sangat penting kerana kita hidup bermasyarakat!
Hampir kesemua jiran berdekatan yang diundang hadir bersama keluarga ke Jamuan Hari Raya kami tanpa rasa malu dan segan. Saya percaya amalan mengadakan Jamuan dan kenduri seharusnya diteruskan demi mengeratkan silaturahim sesama tetangga dan sahabat handai. Sambil menjamu selera, niat berkenduri pasti diberkatiNYA dan mendapat ganjaran pahala.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”:Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.!”




Tok Salmah - 94 tahun


Tahun ini pertama kalinya Tok (nenek saya) dapat menghadiri Jamuan Hari Raya bersama cucu dan cicitnya di kediaman kami. Alhamdulillah di usia hampir 94 tahun, Tok Mah (Salmah) masih sihat dan berselera menikmati Nasi Tomato. Semoga beliau diberi kesihatan yang baik dan umur yang panjang.




20 September 2009

Seronoknya Raya


Salam


Hari Raya pasti datang lagi. Selepas sebulan berhempas pulas menahan diri kerana berpuasa, maka kini 1 Syawal menjelma.


Ramadhan yang telah berlalu pasti membawa beribu pengertian tentang tanggungjawab sebagai umat Islam. Selain dari menuruti amalan yang terdahulu, seharusnya ibadah berpuasa dilakukan dengan penuh tawadhok dan keinsafan.


Alhamdulillah bagi diri saya dan keluarga, selain dari sibuk menguruskan kedai Arisya Home Bakery yang secara tradisi sibuk melayani tempahan Biskut Raya, tahun ini dapat juga saya meluangkan masa mengerjakan sembahyang Terawikh di masjid berdekatan.


Kalau dulu terlalu sibuk kerana memenuhi pelbagai pesanan biskut raya, alhamdulillah tahun ini ALLAH melapangkan jiwa saya agar dapat menguruskan masa dan perniagaan dengan bantuan pekerja.



Saya sangat bersyukur kerana walaupun permintaan tempahan agak berkurangan berbanding tahun-tahun yang lalu, tetapi jualan di kedai telah meningkat. Menyedari kedudukan lokasi premis perniagaan saya yang jauh dari pusat bandar Alor Setar dan tidak dikelilingi oleh gedung-gedung perniagaan yang hebat-hebat, tetapi ianya tetap menjadi destinasi persinggahan khususnya pelanggan tetap dan penduduk berdekatan dengan kawasan Mergong dan terus menyokong produk keluaran ARISYA HOME COOKIES.


Terlalu banyak nikmat hidup yang telah saya kecapi dan saya merasa amat diRahmati kerana ALLAH tak pernah `lupa' kepada saya - hambaNYA. ALLAH kurniakan rezeki yang halal untuk saya dan keluarga dan menjadi tanggungjawab kita untuk menjalankan tanggungjawab kita demi memenuhi tuntutanNYA.


Dalam Rukun Islam, kita diwajibkan sembahyang lima waktu sebagai tanda syukur terhadap segala kurniaNYA. Rasa syukur seharusnya dizahirkan bukan sahaja melalui lisan (ucapan Alhamdulillah) tetapi seharusnya dilahirkan melalui perbuatan - sembahyang.


Senjata umat Islam itu Doa. Doa itu adalah Solat. Usaha dan berdoa, insyaallah akan diberkati.


Keseronokan mengerjakan ibadah Terawikh walaupun sunat ianya membolehkan saya mengunjungi rumah ALLAH - Masjid. Bersembahyang di Masjid sudah pasti kita akan bersembahyang secara jemaah. Dan fadhilat sembahyang jemaah itu sangat besar. Walaupun `jemaah wanita' tidak digalakkan bersembahyang di masjid kerana takut menimbulkan fitnah, tetapi dunia pada hari ini dengan adanya lampu yang mencukupi dan suasana hidup yang aman dan selamat, apa lah salahnya untuk kita bersama mengimarahkan Masjid bagi mengerjakan sembahyang secara berjemaah.


Selamat Hari Raya Aidil fitri maaf zahir dan batin

zue

06 September 2009

Don't be stress out!






Salam

Ramai rakan-rakan yang mengadu betapa mereka sangat tertekan dan lebih berdebar kerana memikirkan anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan UPSR yang bermula pada 8hb September ini. Tuisyen, buku-buku rujukan, bacaan Yaasin, sembahyang hajat dan juga `air penawar' - air zam zam, air Yasin dan juga kismis adalah antara ramuan-ramuan tambahan yang perlu dihadapi oleh anak-anak menjelang hari peperiksaan.

Sebagai ibu bapa, saya pasti niat kita ikhlas. Kita mahukan yang terbaik untuk masa depan anak-anak yang cemerlang agar mereka berjaya menikmati kehidupan yang jauh lebih selesa dari kita.

Pengalaman saya setelah 2 orang anak menduduki UPSR. terus terang saya katakan, Rosman lebih prihatin terhadap membantu anak-anak mentelaah. Yang sulong Zakuan dibantu oleh ayahnya; sebulan sebelum UPSR. Zakuan tidak dihantar ke kelas tuisyen. Anak yang ke-2; Nurul Arisya saya hantar tuisyen 6 bulan sebelum UPSR. Suami turut membantu di rumah 3 bulan sebelum actual final Exam. Anak yg ke-3; saya hantar setahun bertuisyen sebelum the Final Exam.

Sebagai ibu, sudah tentu saya mengharapkan anak-anak saya cemerlang dalam apa jua peperiksaan yang dihadapi. Tetapi secara peribadi saya tidak terlalu mengharapkan keputusan yang mengejutkan! Maksud saya; saya redha kalau anak-anak tidak dapat 5 A. Malah both my children yang terdahulu hanya scored 4A 1B. Alhamdulillah.

Dalam mendidik anak-anak, saya tidak terlalu menekankan pencapaian akademik, tetapi saya telah tanamkan arah tuju masa depan mereka. My son Zakuan mempunyai personaliti yang agak pendiam. Sedari kecil saya dapat rasakan beliau tidak berbakat berniaga, maka saya motivate him to focus more on subject atau bidang yang diminati. Alhamdulillah pada hari ini dia dah pun memilih bidang Engineering.

Both my two girls, sebab tak berapa `cemerlang dalam kelas' maka saya expose mereka terhadap bidang perniagaan. Beri mereka ruang membantu dan saya encourage them to berniaga, bermula di peringkat sekolah rendah lagi.

Nasihat saya; sebagai ibu bapa kita Jangan terlalu mengharap, takut nanti kita akan kecewa jika pencapaian tidak memenuhi sasaran. Yang penting beri ruang untuk anak-anak kita explore more knowledge kerana bidang kerjaya sangat luas dan UPSR tidak membantu membentuk personaliti anak-anak. UPSR bukan pengukur kecemerlangan anak-anak kita. UPSR hanyalah sekadar satu ukuran untuk anak-anak kita terpilih ke sekolah asrama penuh.

Sebagai bekas pelajar SBP (Sekolah Berasrama Penuh) dan Rosman MRSM, kita tahu SBP dan sekolah harian biasa, kini sama taraf. Tahap sistem pendidikan Malaysia sangat bagus malah pelajar harian biasa adakalanya lebih cemerlang dari pelajar SBP atau MRSM.


Secara jujurnya saya pun tak berapa pasti samada i am a good parent or not. Dalam mendidik anak-anak kaedah saya amat berbeza berbanding dengan kedua ibu bapa saya.
Ibu bapa saya `memaksa' saya pasal belajaq, sebab tu saya cemerlang masa sekolah rendah.
Malangnya semasa bersekolah menengah di Sains Kuantan, saya berasa sangat `Merdeka' dan saya tidak serius belajaq!....... sebab tu saya jadi macam nih. He he he sekarang baru sibuk nak buat degree and master!

Kecenderungan dan minat anak-anak sebenaqnya boleh dipupuk sedari awal. Contoh Mak saya `paksa' saya bantu di dapur, pada hari ini saya rajin dan minat memasak hinggakan boleh buka bakery dan food biz.

As for me (mungkin saya salah ya):
Saya treat my children seolah-olah depa faham apa mesej saya. Oleh kerana saya seorang usahawan, maka saya cuba dedahkan anak-anak tentang usaha dan kerjaya saya ini. Bermula dari sekolah rendah umor 7 tahun saya dah beri motivasi tentang perniagaan.

Kepada anak-anak saya selalu tanya : Besar nanti nak jadi apa??
Selalu anak-anak akan memilih Idola. Con: asyik tengok Gerak Khas; maka Hana nak jadi Polis. Arisya pulak nak jadi Cikgu.

Cita-cita mereka akan berubah setiap hari bergantung kepada maklumat yang dipelajari dan apa yang dilihat.Sebab itu penting untuk bawa anak-anak `berjalan-jalan melihat dunia agar mindanya terbuka'


Tapi pada hari ini, my daughters dah ada impian dan cita-cita sendiri. Sorang nak ambil alih my bakery dan Restaurant dan yang sorang lagi nak venture dalam Hotel Management.

So saya pun dah mula encourage them to take Business Management or apa jua kursus yang berkaitan.
Saya fikir-fikir ........ nak buat Degree dalam Business Admin, tak perlu dapat 5A dalam UPSR dan 8A dalam PMR or 9A dalam SPM.

Pernah saya termenung sejenak dan berfikir; betulkah aku ni nak anak-anak TOP SCORER untuk masa depan mereka lebih terjamin or sebenaqnya untuk aku `cerita' kat orang Kejayaan Anak-anak saya?????

Maka selepas berfikir dan mendapat jawapan: I really want my children to be successful in their life, dan saya `tahu' Jalan menuju kejayaan itu tidak sesukar mana, maka bermula dari saat itu saya dah tidak stress out lagi.

Pada hari ini peluang pendidikan di negara kita terbuka luas. Pelbagai institusi pengajian tinggi telah wujud; IPTA, IPTS. Kemudahan pendidikan bertaraf Sijil, Diploma, Ijazah, Sarjana dan kursus-kursus kemahiran jangka pendek disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta.

Secara peribadi saya merasakan selain dari berusaha memberikan pendidikan terbaik, adalah juga penting untuk kita membimbing anak-anak agar mereka tidak terjebak dalam masalah dadah dan lain-lain masalah sosial yang baleh merosakkan masa depan mereka.

Kepada Mohd Noor Zaquan, Nurul Arisya dan Hana Afeeza ; saya selalu pesan: BERUSAHA DAN BERDOA, DOA itu solat.. maka Mintak kat ALLAH insyaallah ALLAH bagi.

wassalam!

04 September 2009

Terima kasih Tun M!




Saya pernah berjanji untuk tidak menyentuh bab politik atau menulis perihal politik dalam blog ini. Tetapi kali ini saya ingin berkongsi sedikit perasaan saya tentang idola saya, seorang pemimpin ternama yang saya kagumi dan sangat saya hormati; Tun Dr Mahathir bin Mohammad.


Secara peribadi saya tidak mengenali Tun M dan Tun M jugak tidak begitu mengenali saya. Pertalian hubungan kami hanyalah atas dasar mantan Presiden UMNO dengan mantan Ketua Puteri Umno Bahagian.

@ Yayasan Kepimpinan Negara


Semalam , Tun M dilanda kesedihan kerana telah kehilangan kakak beliau Rafeah yang telah kembali ke rahmatullah. Takziah buat Tun M sekeluarga dan saya pasti kehilangan kakak yang dikasihi tetap ditangisi oleh Tun walaupun tidak kelihatan airmata berlinangan. Tetapi melihat kepada kesayuan dan kemuraman wajahnya, saya pasti Tun M menangis di dalam hati.



Saya berkesempatan berkunjung dan membacakan Al-fatihah buat jenazah yang dimandikan di rumah Dato Rahmat dan Datin Yasmin, anak saudara Tun M di Alor Setar. Tun M, kelihatan agak kurang bermaya dan ceria, hinggakan terpaksa `dibantu' keluar dari kereta.



Melihatkan keadaan Tun M, saya dapat rasakan beliau tidak lagi segagah dahulu. Terus terang saya katakan, saya sangat menyanjungi dan menghormati kepimpinan beliau. Sebagai manusia, Tun M tidak maksum. Beliau bukan Nabi malah beliau tidak pernah mengaku dirinya Ustaz ataupun Tok Guru. Tun M hanyalah seorang pejuang bangsa yang sangat sayangkan Bangsa Melayu dan memilih untuk berjuang dalam UMNO.

Beliau agak `outspoken' dan berani untuk menyuarakan rasa hati dan pemikiran beliau demi untuk memartabatkan bangsa Melayu. Keberanian dan kekuatan kepimpinan beliau, menjadikan bangsa Melayu dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain malah negara kita Malaysia sangat mahsyur dan tercatat dalam peta dunia.


Kalau dulu, bila bercakap tentang Asia, dunia hanya mengenali China dan Singapura, kini ramai yang datang ke Malaysia sebagai pelancong, pelabur dan pedagang. Malah ada juga yang datang sebagai pesakit kerana percaya kepada pakar perubatan kelahiran Malaysia.

Saya sedih apabila mendengar dan membaca pelbagai kutukan, cacian, makian malah ramai khususnya anak muda yang mengkritik peribadi dan kepimpinan beliau selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Adakalanya kritikan dan kutukan itu keterlaluan dan tidak sepatutnya dizahirkan orang Melayu sebangsa dan seagama dengan Tun M. Sewaktu saya ke Mekah dan Madinah, pemandu teksi dan pegawai imigresen menyebut `Malaysia - Mahathir Good'.... kenapalah kita selaku rakyat Malaysia perlu lagi mengutuk dan terus-terusan menghentam beliau.


Yang berlalu biarlah berlalu. Kita kini sudah ada pemimpin negara yang baru. Apalah dosa Tun M sehinggakan kita sudah tidak nampak kebaikan yang beliau telah sumbangkan kepada Bangsa dan Negara.


Tun M tidak pernah `melacurkan' anak bangsa dan rakyat Malaysia. Kita tidak perlu mengemis menjadi buruh dan amah di negara asing. Bahkan kita dijemput dan ditawarkan menjadi Jurutera, Pakar Bedah, Fashion Designer malah ada yang telah berjaya menggapai angkasa raya.

Apalah dosanya Tun M, hinggakan kita perlu mengungkit dan mengorek setiap lubang kesalahan dan menutup segala pintu kebaikan dan kejayaan yang telah diciptanya.

mazuwin; anuar alawiyah ; Tun M; Azita ilya; Afiza Ahmad & myself


Tidakkah kita, selaku anak bangsa memberi beliau ruang untuk menikmati sisa hidup dalam suasana tenang tanpa perlu merasa kecewa terhadap anak bangsa yang tak tahu mengenang jasa dan tak pandai berterima kasih?


Maafkan saya sekiranya saya sangat beremosi. Saya bukan taksub terhadap Tun M, tetapi saya hanyalah seorang anak Melayu yang dilahirkan dalam keluarga biasa, tetapi berpeluang mendapat pendidikan di Sekolah Berasrama Penuh menikmati pendidikan bertaraf `elit' dan sempurna bagi melahirkan bijak pandai Melayu.


Ibu bapa saya bukanlah Aristokrat malah bukan pula jutawan Korporat, tetapi dengan konsep pendidikan yang memberi penekanan terhadap anak Melayu luar bandar, saya kini mampu memiliki Diploma dan juga Ijazah malah berjaya dalam bidang perniagaan serta berpeluang menikmati kehidupan yang selesa malah jauh lebih baik dari kedua ibu bapa saya.


Salahkah saya untuk menjadi seorang Melayu yang berterima kasih kepada pemimpin negara dan bersyukur kehadrat ALLAH SWT. Marilah bersama kita mendoakan kesejahteraan Tun M, semoga beliau dianugerahkan ALLAH SWT dengan Husnul Qatimah (penyudah yang baik).


Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Pemimpin pilihan di antara kamu semua ialah orang-orang yang kamu cintai (suka), mereka juga mencintai kamu. Kamu semua mendoakan mereka untuk kebaikan begitu juga mereka mendoakan untuk kebaikan kamu. Adapun pemimpin-pemimpin yang jahat di kalangan kamu ialah orang-orang yang kamu benci mereka, dan mereka pun benci kepada kamu. Kamu melaknat mereka dan mereka juga melaknat kamu. Auf bin Malik bertanya kepada Rasulullah, “Apakah kita tidak boleh menentang mereka? Sabda baginda,”Jangan menentang mereka selama mereka masih mendirikan sembahyang di kalangan kamu.”

TERIMA KASIH TUN MAHATHIR MOHAMMAD:

Terimakasih Tun M kerana tidak menghancurkan ekonomi Malaysia seperti Ferdinand Marcos Presiden Philipina dan tidak memecahbelahkan kaum dan rakyat sebagaimana tersiksanya rakyat Chechnya. Terima kasih kerana Islam masih suci dan dihormati tidak dimodenkan sebagaimana Kamal Ataturk memodenkan Turki. Terima kasih kerana walaupun menjadi Perdana Menteri yang berkuasa selama 22 tahun; Tun M tidak mengaut kekayaan dan mengumpul harta peribadi sebagaimana Moammar Gadafi memiskinkan Libya.

Terima kasih Tun M kerana wawasanmu; Malaysia berbangga dengan kereta Nasional - Proton Saga. Memberi peluang kepada Doktor Muzzafar menjadi Angkasawan pertama menggapai Angkasaraya. Terima kasih Tun M; kerana membolehkan nama Malaysia terpahat di seluruh dunia; di Gunung Everest; di Kutub Utara; di pelusuk peta dunia rakyat Malaysia menempa jaya & cemerlang dlm pelbagai bidang kerjaya.

Ke mana jua kita pergi; tak pernah kita dipandang hina seolah kita amah Indonesia & buruh kasar Mat Bangla! Saya bersyukur kerana Allah swt memberi ruang & peluang utk sy mengenali insan Agung teristimewa: Tun Mahathir Mohammad.

Terima kasih ALLAH kerana menganugerahkan Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Malasyia. kami rasa bersyukur dan amat bertuah!

28 Ogos 2009

Jerung vs ikan bilis.


Salam,


Ramai orang mengeluh betapa susah untuk kekal `bertarung' dalam pasaran terbuka. Adalah sukar untuk memulakan langkah perniagaan tetapi lebih sukar untuk `sustain' - kekal dalam arus pasaran yang terbuka.




Di pasaran terbuka , Yang Besar akan memakan Yang Kecil, Yang Kuat akan mendominasikan pasaran dan Yang Lemah akan terpaksa Katop Kedai.





Satu ketika heboh tentang rungutan suara kebimbangan peniaga kecil dan peruncit (kedai-kedai runcit) tentang pembukaan pelbagai Hypermart , pasaraya gergasi berkonsepkan pemborong! Dan perlu diingat, Pasaraya Gergasi adalah jugak satu bentuk penjajahan kuasa besar terhadap ekonomi negara kita! Ianya bukan sahaja mampu menelan peruncit dan peniaga kecil malah Kuasa Besar ini mampu membunuh semua peniaga jika tiada kawalan oleh pihak berkuasa!



Adakah kita sekadar mampu melihat spesis kita terus pupus dan hilang ditelan Jerung Impot?


Seharusnya sebagai Peniaga, kita perlu berpersatuan. Menyertai persatuan dapat membantu kita menyuarakan segala rungutan dan keluhan kepada pihak kerajaan dengan lebih berkesan. Persatuan dapat membantu ahli-ahli dan membentuk satu kumpulan peniaga yang besar dan kuat.


Pihak kerajaan perlu memainkan langkah yang lebih agresif untuk `memiliki' kepentingan dalam syarikat gergasi impot. Contoh: sekiranya Giant atau Carefour ingin bertapak di Malaysia perlu wujud dalam bentuk `win-win situation ' atau `smart partnership' dengan rakyat tempatan. Dengan cara ini, kita akan dapati peniaga-peniaga kecil dan peruncit dapat bertapak dan mungkin berpindah operasi ke Pasaraya Gergasi .



sekian wassalam!

23 Ogos 2009

Beranikah anda?





Salam

Sahabat saya, Anuar Alawiyah begitu teruja untuk memulakan langkah menjadi seorang usahawan. Beliau ingin membuka sebuah restoran berkonsep `kopitiam' atau `cafe'. Sebagai sahabat, saya menyokong setiap idea dan cadangan kerana semua idea perniagaan adalah bagus dan tiada siapa berhak menentukan samada idea tersebut boleh berjaya atau tidak!

Apabila kita ingin menceburkan diri dalam perniagaan, tidak salah untuk kita bertanya pendapat dan mendengar pelbagai pengalaman orang lain. Ini sangat penting.

Bak kata orang tua-tua: `Yang baik dijadikan tauladan, Yang jahat dijadikan sempadan.' Kita tidak perlu terpengaruh dengan semua cerita suka duka dan jatuh bangun perniagaan orang lain. Tetapi penting untuk kita berfikir dan mengkaji kenapa seseorang itu boleh berjaya atau gagal dalam perniagaan.

Alhamdulillah , saya dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang berjaya dalam perniagaan `makanan dan minuman'. Ramai ahli keluarga saya memiliki warung, gerai dan juga restoran yang berjaya hingga ke hari ini. Malah seorang sahabat saya telah berjaya mengendalikan 2 buah restoran berkonsep Nasi Kandar yang memberi pulangan sebanyak RM 4 juta setahun! Dan beliau sering berkata; `i know i should be getting more if i give more attention at my Nasi Kandar Biz!'

Maksudnya; sekira beliau boleh memberi penumpuan yang lebih terhadap perniagaan restoran Nasi Kandarnya itu , mungkin hasil jualannya lebih dari RM4 juta.

Berniaga kedai makan bukan mudah. Konsep dan lokasi adalah faktor utama penentu kejayaan sesebuah restoran. Adakalanya kita berasa hairan, bagaimana sebuah restoran atau kedai makan yang jauh terpencil, contoh seperti Restauran Mempelam di Jejawi Perlis sangat terkenal dan ramai pelanggan. Pelaris kah?


Pelaris:

Sebagai umat Islam kita tidak boleh percaya kepada kuasa jampi serapah dan perkara-perkara yang boleh membawa kepada kekufuran dan khurafat. Tetapi saya percaya pada Sains dan Doa.


Ilmu Sains Pengurusan mengatakan: setiap perniagaan perlu memiliki lokasi yang betul dan tepat. Dan kita perlu `jual' apa yang pelanggan `mahu'.


Contoh (don't do this) :
Kalau kita nak buka restoran Masakan Melayu di kawasan populasi Cina, saya pasti ianya sukar kerana mungkin ada isu sensitiviti terhadap masyarakat Melayu yang beragama Islam. Ataupun membuka restoran yang berkonsepkan Moden dan Makanan `ala-Barat' di kawasan kampung!

Pernah satu ketika restoran gergasi Mc Donald gagal dan terpaksa menutup operasinya yang terletak di kawasan Rehat R & R Kulim-Butterworth Expressway kerana kegagalan lokasi untuk mudah dikunjungi oleh pelanggan. Bayangkan sebuah organisasi yang besar dan mempunyai keupayaan pemasaran yang hebat masih gagal menarik perhatian pelanggan.


Kejayaan sesebuah perniagaan bukan bergantung kepada saiz sesebuah organisasi dan premis perniagaan. Even `How much is your investment?' will not guarantee your success. Yang penting anda mesti tahu menilai apa kehendak pasaran sasaran anda. Kita tidak boleh berniaga `syok sendiri'. Bermaksud ; kita sebagai pengusaha restoran perlu peka dengan keperluan dan selera pelanggan. Kena tahu memenuhi kehendak dan permintaan pelanggan.


Tidak salah untuk mencuba konsep perniagaan yang baru, tetapi kita perlu sedar bahawa tanggungjawab itu amat berat. `Its very costly to educate our client'. Bukan mudah untuk mengajar pelanggan menerima konsep perniagaan yang ingin kita perkenalkan.


Adakalanya kreativiti itu perlu tetapi harus memikirkan sensitiviti masyarakat setempat kerana Malaysia adalah sebuah negara yang majmuk, rakyatnya berbilang bangsa dan agama!



A businessman & a businesswoman is a risk taker.

Wassalam

13 Ogos 2009

Bank dan Pelanggan!


Salam,


Petang tadi (12hb Ogos 200) saya telah menghadiri majlis `Customer Appreciation Cocktail' yang dianjurkan oleh bank CIMB khas untuk pelanggan korporat bagi negeri Kedah dan Perlis di Hotel Star City, Alor Setar.


Mengenangkan jemputan Puan Masliza, berulang kali menelefon, saya terpaksa menggagahkan diri hadir bersendirian. Secara jujur saya tidak mengenali sesiapa pun dalam majlis tersebut but i really enjoying myself with all the food served on the buffet line. Malah kami dihadiahkan dengan sebatang pen yang cantik sebagai tanda penghargaan. Thank you CIMB.



Dalam hati saya berkata: sepatutnya aku yang kena belanja pegawai bank CIMB sebab meluluskan pinjaman, tapi aku pulak yang diraikan!


Bank menghargai pelanggan:

Tahukah anda, sebagai seorang peminjam, anda telah menjadi pelanggan kepada sebuah bank? Dan sebagai peminjam, kita berhak menilai dan memilih kemudahan pinjaman yang menguntungkan. Maksudnya, sebagai pelanggan bank, anda perlu tahu apakah caj atau kadar faedah yang dikenakan, nilai cagaran yang diminta dan apa jua insentif yang ditawarkan oleh bank tersebut kepada kita.

Ramai orang merungut betapa sukarnya hendak mendapatkan kemudahan pinjaman dan pelbagai skim bantuan yang disediakan oleh pihak perbankan dan institusi kewangan. Memang bukan mudah untuk bank meluluskan permohonan pinjaman sekiranya kita tidak memenuhi kriteria yang dikehendaki.


Kenali Pegawai Bank:

Saya memiliki perniagaan di Alor Setar, tetapi mendapat kemudahan pinjaman kewangan dari Bank Islam di Yan Kedah. Bagi pembelian rumah kedai dan rumah kediaman, saya mendapat pembiayaan dari Bank CIMB Kangar. Secara logiknya kenapa perlu kita `merantau' jauh sedangkan terdapat cawangan bank berdekatan dengan kita.


Inilah yang dikatakan `jaringan' , kenalan atau Know Who akan memudahkan segala urusan yang dirancang. Mengenali pegawai bank adalah perlu bagi seorang usahawan. Tidak ramai yang memiliki modal tunai yang mencukupi untuk sesuatu urusan, maka kita boleh memohon untuk mendapatkan pinjaman dan bantuan dari institusi kewangan serta perbankan. Ada pelbagai kemudahan yang ditawarkan, dan pegawai bank dapat memberi khidmat nasihat yang lebih tepat.


Saya tidak akan menyentuh aspek kriteria yang diperlukan oleh pihak bank dalam meluluskan sesuatu permohonan, tetapi yang ingin saya simpulkan ialah; apabila kita mempunyai hubungan yang baik dengan pihak bank, urusan kita menjadi lebih mudah dan cepat. Sangat penting bagi kita untuk mempunyai kenalan yang boleh membantu meluluskan pinjaman!


Selain dari prospek perniagaan yang menguntungkan, pihak bank perlu mengenali peminjam serta yakin terhadap keupayaan peminjam untuk membayar hutang. Masalah utama usahawan Melayu khususnya orang muda, adalah komunikasi dan kurang kemahiran perhubungan awam. (bad PR and communication failure!)


Alasannya: Malu atau segan. Malangnya sifat inilah yang membunuh potensi usahawan Bumiputra untuk berdaya maju. Sudah tiba masanya seorang usahawan atau `businesman' mempunyai keyakinan diri serta pandai bergaul dengan semua pihak yang terlibat dalam bidang perniagaan. Selain mengenali pembekal dan pelanggan, sebagai ahli perniagaan kita jangan malu atau `gerun' untuk mengenali dan berurusan dengan pegawai malahan pengurus bank!

Percayalah, selain dari kertas kerja yang baik dan profail syarikat yang meyakinkan, kelulusan sesuatu pinjaman juga bergantung kepada `personaliti' dan penampilan peminjam tersebut.

Mana tahu, mungkin satu hari nanti anda juga akan menerima undangan untuk menghadiri majlis jamuan yang dianjurkan pihak bank sebagai tanda penghargaan kerana menjadi seorang pelanggan yang dihormati!


wassalam!

11 Ogos 2009

Belum cuba belum tau


Salam


Nak berniaga apa?


Ini lah pertanyaan yang sering ditanyakan oleh setiap orang yang hendak berniaga atau baru bercadang nak mulakan perniagaan. Apa bidang perniagaan yang boleh buat duit' ?


Dalam catatan saya yang lalu, saya telah mencadangkan agar kita buat sesuatu yang kita tahu. Maksudnya kita mesti ceburi bidang yang kita ada kemahiran, pengetahuan dan pengalaman. Adalah sukar kalau kita ingin menceburi bidang perniagaan yang baru tanpa mempunyai idea, kepakaran dan juga ilmu tentang bisnes tersebut.


Pada tahun 1999, saya pernah melawati sebuah kilang membuat asam milik seorang usahawan muda bumiputra. Maaf saya lupa nama syarikat tersebut. Tetapi yang menariknya : Bagaimana beliau terlibat dalam industri pengeluar asam (jeruk) yang saya rasa satu bidang yang jarang diusahakan oleh orang Melayu.


Menurut pemilik kilang itu, sewaktu mula hendak menceburkan diri dalam bidang perniagaan, beliau telah mencari pelbagai maklumat tentang potensi industri yang boleh memberi hasil lumayan dan kurang persaingan. Hasil carian maklumat tersebut, beliau mendapati Malaysia mengimpot asam atau jeruk dalam nilai kuantiti yang besar setiap tahun kerana kurang pembekal tempatan. Maksudnya, asam atau jeruk yang dimakan oleh rakyat Malaysia adalah dari luar negara yang boleh diragui tahap kebersihan dan kesucian produk tersebut dan boleh mendatangkan keraguan kepada pengguna Muslim.


Atas alasan ini, beliau akhirnya bertekad untuk menjadi pengeluar asam dan jeruk bagi memenuhi permintaan dan keperluan rakyat Malaysia melalui bimbingan dan bantuan teknologi dari MARDI.


Ini merupakan satu contoh pengusaha yang tidak mempunyai pengetahuan teknikal dalam industri yang diceburi tetapi beliau telah mengkaji potensi perniagaan tersebut sebelum membuat keputusan untuk terlibat secara serius.


Minggu lepas, saya sempat bersembang dengan sepasang suami isteri sahabat saya, Norini dan Azahari yang baru memulakan perniagaan dalam bidang Konsultasi. Ini adalah satu bidang perniagaan baru khusus kepada mereka yang mempunyai kemahiran akademik dan memerlukan seseorang yang kreatif serta innovatif dalam mempersembahkan idea-idea mereka. Seorang konsultan akan memberi cadangan dan idea menurut `formula' yang telah mereka cipta hasil dari pembelajaran dan pengalaman hidup tentang aspek pengurusan.

Sejajar dengan kehendak negara dalam membangunkan Modal Insan (human development) maka keperluan terhadap bidang pengendalian kursus dan latihan sangat besar. Sesiapa yang mempunyai kelayakan dan kredibiliti yang baik boleh menjadi konsultant yang diyakini dapat membantu memperbaiki firma-firma dan jabatan kerajaan untuk meningkatkan prestasi kerja kakitangan mereka. Ini sangat penting dalam aspek pengurusan sumber manusia.



Know Who and Know How:

Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan Know How? Pengetahuan, pengalaman , kemahiran dan juga kepakaran itulah Know How.


Perniagaan mesti dimulakan dengan Know How. Tetapi untuk lebih berjaya dan mengembangkan perniagaan kita, saudara Azahari mengeluh kerana beliau tidak mengenali sesiapa atau istilah popularnya; Know Who.


Know Who: Kononnya dalam bidang perniagaan kita perlu mengenali seseorang yang mempunyai kuasa (power and authority) dalam membuat keputusan dan ini memudahkan sesebuah kontrak perniagaan terlaksana.


Dalam bahasa bisnes Know Who itulah yang dikatakan `networking' , jaringan perniagaan. Dalam catatan saya bertajuk: Berniaga, saya ada sentuh kriteria ini. Sebagai orang bisnes, samada kecil atau besar, baru atau lama, kita perlu membina `networking' kita sendiri. Kita perlu belajar mengenali orang yang terlibat dalam dunia perniagaan yang ingin kita ceburi.


Sertai kumpulan atau kelab:

Kalau kita tidak mengenali sesiapa, kita kena mulakan langkah untuk mengenali mereka. Saya telah mencadangkan Berkawan dengan Orang Bisnes. Cara yang paling mudah sertailah kumpulan, persatuan, pertubuhan atau kelab. Contoh saya sendiri merupakan ahli Persatuan Usahawati Negeri Kedah. Melalui persatuan kita mengenali ramai orang, bukan sahaja yang sama bidang malah dari pelbagai latarbelakang yang berbeza tetapi mempunyai minat yang sama ; Bisnes.
Melalui persatuan atau kelab kita bukan sekadar bertukar `bisnes-card' malah kita boleh bertukar pendapat, berbincang dan kita juga boleh membina jaringan perniagaan kita tersendiri.


Who Are You?

Pepatah Melayu ada berkata: Kalau tak kenal, maka tak cinta. Saya percaya pihak yang ingin berurusan dengan kita (potential client), akan memberi kita peluang perniagaan (kontrak) atas dasar kepercayaan (trust). Client mesti yakin kepada potensi kita dalam melaksanakan sesuatu kontrak, sebelum menyerahkan kita dengan sesuatu tugasan.

Mulakan hari anda dengan membina jaringan perniagaan anda sendiri, tiada jalan pintas dan mudah, tetapi yang penting gunakan setiap sumber yang anda miliki.

`somewhere, somehow, u know someone! sometimes u just being ignorance!

Dengan pelbagai teknologi facebook, emails group , twitter dan pelbagai media, kita boleh berhubung dengan bekas rakan sekolah, rakan universiti dan pelbagai rangkaian dan kumpulan di seluruh negara malah mempunyai akses terhadap pertubuhan dunia. Gunakanlah jaringan ini untuk memajukan perniagaan anda!



a business is an opportunity!

wassalam

zuraini hj kamal





08 Ogos 2009

Berniaga


Salam
ramai rakan yang mencadangkan agar saya berkongsi tips perniagaan bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai wanita khususnya generasi muda untuk menceburkan diri di bidang ini. My business partner told me:`i think you should share your experiences and educate others to be an entrepreneur but please write in a simpler language'.
Malah saya sering dijemput untuk memberi motivasi kepada bakal usahawan dan berkongsi pengalaman mengharungi suka duka cabaran berniaga. Tidak semudah yang disangkakan kerana saya tidak mewarisi sebuah entiti perniagaan keluarga malah tidak mempunyai pengalaman berniaga.

Age is not a factor:
Kalau dulu, jika ditanya saya akan menjawab; Kalau nak berniaga biarlah bermula pada usia yang muda. Kalau dah umur 40... i think u better forget it!

Alasan saya mudah: Apabila kita sudah berumur (40 above) tenaga kita berkurangan, tahap kesihatan kita juga menurun dan penyakit pula bertambah. Sedangkan bidang perniagaan memerlukan semangat juang yang tinggi dan komitmen masa yang tiada batasan!



Itu dulu........... that was my answer before i learned from OPRAH WINFREY TALK SHOW at Astro 702. Wanita pada usia 30, 40 dan 50- an, masih boleh berjaya dalam bidang perniagaan kerana usia tidak pernah menghalang potensi diri seseorang untuk cemerlang.

Saya percaya aset utama dalam perniagaan adalah diri kita sendiri. Usaha yang tekun, amanah dan disiplin diri yang kuat, disertakan doa insyaallah kita pasti mencapai segala impian dan cita-cita. Ingatlah; usia bukan satu ukuran penentu kejayaan sesebuah perniagaan. Anda boleh bermula atau menceburkan diri pada waktu dan ketika yang anda sendiri rasakan sesuai. You design your own destiny.
Kepada rakan-rakan sebaya, yang dah boring bekerja (untuk orang lain), sudah tidak berminat untuk makan gaji, sekiranya anda rasakan bahawa sudah tiba saat dan ketika untuk memulakan perniagaan sendiri - to be your own boss, jangan takut dan jangan ragu. Yang penting cari maklumat dan ilmu perniagaan, kenali risiko yang dihadapi dan belajar membuat keputusan yang bijaksana.

Secara jujurnya, walaupun saya memiliki Diploma dalam bidang Perniagaan, apa yang dipelajari secara teori tidak memberi gambaran menyeluruh tentang bidang perniagaan secara khusus. Ini kerana, bidang perniagaan adalah satu bidang yang sangat luas dan dan tidak terbatas. Tidak ada satu kaedah atau formula yang boleh diaplikasikan untuk menjamin kejayaan sebagai seorang usahawan atau businessman!

Ada pepatah Cina mengatakan: `selain dari usaha dan modal, kita perlukan sedikit LUCK atau ONG (tuah) untuk berjaya dalam bisnes.'

Berkawan dengan busineswoman:
Minat berniaga telah mula dipupuk semenjak dibangku sekolah lagi. Pada usia 9 tahun saya telah membantu jiran menjual nasi lemak di sekolah. Adakalanya saya menjual kuih yang dibuat oleh emak saya yang sangat minat memasak dan mencuba resepi baru. Walaupun emak saya seorang guru tetapi kerana ada permintaan, maka beliau akan membuat puding jagung atau puding telur untuk saya jual kepada rakan-rakan di sekolah.

Sekitar tahun 1996 selepas kelahiran anak ke-2 Nurul Arisya, saya tidak bekerja. Masa yang terluang membolehkan saya menghadirkan diri ke pelbagai program jualan langsung dan bengkel-bengkel perniagaan. Kebetulan kenalan saya Wan Nor Zaharah baru memulakan kedai menjual Kacamata: `Eyemaster' berkonsepkan franchais dan seorang lagi sahabat Kak Hasiah menjadi Francaisi Marrybrown Fried Chicken di Kedah. Merekalah `jaringan perniagaan' saya yang pertama.
Seorang sahabat pernah berpesan: `zue hang kalau nak meniaga, mula-mula hang pi berkawan dengan orang meniaga'.
Oleh kerana saya nak meniaga, maka saya pun berkawan dengan Wan Nor Zaharah dan Kak Hasiah. Malah saya pernah membantu di kedai Zaharah selama sebulan secara percuma, sekadar belajar suasana berniaga.

Kenali agensi kerajaan dan swasta:
Atas nasihat kawan-kawan saya pun pergi menemui pegawai MARA berbincang tentang bimbingan dan khidmat sokongan yang diberikan kepada bakal usahawan. Baru saya sedar pihak kerajaan melalui pelbagai agensi seperti MARA, KEDA, SIRIM, MADA, Jabatan Pertanian dan pelbagai unit agensi ada menyediakan bermacam-macam skim bimbingan khusus untuk melahirkan usahawan yang berjaya. Kita perlu berusaha untuk mendapatkan maklumat agar kita boleh memanafaatkan segala peluang yang telah disediakan oleh pihak kerajaan.
Sebagai seorang yang tidak punya wang (modal) dan tiada pengalaman, saya merasa amat bertuah kerana pihak MARA menyediakan pelbagai bantuan dari aspek khidmat nasihat, bantuan mesin, latihan teknikal dan juga bantuan kewangan.

Apa itu Francais:
Melihat kejayaan sahabat saya menjadi francaisi kepada Eyemaster dan Kak Hasiah membuka outlet Marrybrown Fried Chicken di Alor Setar, ianya mendorong saya untuk memahami konsep Francais.

Nelson's Cup and Corn:
Sebagai orang yang ingin memiliki perniagaan sendiri tetapi tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan berniaga, konsep francais adalah pilihan yang terbaik untuk menjadi usahawan. Memiliki perniagaan secara francais, bermakna kita telah pun memiliki sebuah perniagaan berdasarkan konsep dan jenama yang telah pun berjaya di pasaran. Contoh terbaik seperti Mc Donald dan Kentucky Fried Chicken.

Oleh kerana saya tidak memiliki sumber kewangan yang besar dan tidak mempunyai kepakaran tertentu, maka saya telah memilih menjadi usahawan francais kepada `Nelson's. Sebuah perniagaan kecil menjual jagung dan ais krim!
Pada mulanya saya agak `sceptikal' (was-was) dan malu untuk menjual jagung rebus dan ais krim. Maklumlah saya pernah bekerja berpangkat pengurus, seorang eksekutif yang bijak seperti saya, manakan selayaknya menjual jagung dan ais krim. Tetapi setelah mengikuti kursus dan latihan praktikal di kiosk-kiosk kecil di pasaraya, baru saya sedar apa itu perniagaan!

Dont judge the book by its cover:
Adakah anda tahu, sebuah kiosk kecil di ruang legar yang menjual minuman, jagung dan ais krim menjana jualan sehari mencecah RM1000 - RM2000 bergantung kepada lokasi? Bayangkan berapa kutipan mereka sebulan, RM30 - RM 60 ribu. Jika dibandingkan dengan gaji saya dahulu selaku Pengurus Jualan dan Pemasaran yang hanya sekitar RM3 ribu - RM 6 ribu sebulan, lebih baik saya jadi tokey jual jagung rebus, tapi memang lah tak `glamour you!'.


moral of the story; Jangan memperlekehkan setiap jenis perniagaan walaupun hanya menjual goreng pisang di tepi jalan atau penjual warung nasi lemak di kaki lima. Anda akan terkejut kerana hasil kutipan jualan peniaga ini jauh lebih baik dari pendapatan bulanan sesetengah kita.
Baru-baru ini, saya telah mengunjungi gerai nasi sahabat saya yang terletak di simpang lampu isyarat jalan pekan Langgar, Kedah. Kak Mahdiah telah berkali-kali menjemput saya makan di gerai beliau yang katanya dibuat secara kecil-kecilan sahaja. Memang kecil gerainya dan hanya menyediakan ruang makan yang terhad, tetapi bila ditanya berapa jumlah kutipan jualan beliau sehari hasil menjual nasi campur dan minuman, Kak Mahdiah berbisik, RM1 ribu sehari. Kalau dicongak sebulan gerai beliau mampu menjana RM 30 ribu. Lumayan kan.

Pesan saya kepada yang ingin memulakan perniagaan:
1. Pilihlah bidang perniagaan yang anda tahu. Kalau anda tahu memasak, bolehlah buka restoren atau warung. Kalau anda mempunyai kepakaran selaku Optometris, macam sahabat saya Wan Nor Zaharah, maka boleh lah bukak kedai cermin mata. Tepuk dada tanyalah selera.

2. Pastikan anda memiliki kemahiran untuk mengendalikan perniagaan tersebut. Kalau tak reti, pi lah belajaq dengan orang yang berpengalaman. Anda boleh belajar sambil bekerja atau belajar secara latihan praktikal. Ini membantu anda memahami situasi sebenar perniagaan yang bakal dimiliki.

3. Bijak menguruskan kewangan. Kita perlu faham konsep berniaga. Walaupun kita adalah pemilik atau pun tokey kedai, pastikan setiap wang jualan dimasukkan ke akaun bank setiap hari. Wang hasil jualan tidak boleh digunakan untuk kegunaan peribadi. Kita selaku pemilik perlu mendapat gaji atau upah untuk mendisiplinkan diri agar tidak menyalahgunakan wang perniagaan tersebut.

4. Amanah; tuntutan ini bukan sahaja perlu kepada pekerja atau staf tetapi selaku pemilik, seorang usahawan perlu memahami konsep amanah yang sebenar. Selaku orang Islam, tanggungjawab kita berat, berniaga bermatlamatkan keuntungan tetapi ingatlah; Matlamat tidak menghalalkan cara. Maka berhati-hati dalam melakukan urusniaga. Insyaallah apa jua yang kita laksanakan dengan penuh tanggungjawab akan mendatangkan hasil yang diberkati.

Dari Hakim bin Hizam r.a dari nabi s.a.w sabdanya:”Dua orang yang berjual beli, masing-masing mempunyai hak untuk memilih (untuk meneruskan jual beli atau tidak) selama kedua-duanya belum berpisah. Jika keduanya berlaku jujur dan berterus terang menjelaskan (keadaan barang yang dijual belikan), maka mereka diberi berkat dengan jual beli mereka; tetapi jika mereka berdusta dan menyembunyikan (kecacatan masing-masing), hilanglah berkat jual beli mereka.”

Wassalam!









31 Julai 2009

K69 - Tq for the Precious Memories


Teringat kata-kata tok saya: Jauh perjalanan , luas pemandangan, banyak pengalaman!

Pengalaman mematangkan diri, rintangan menjadi rencah memperbaiki kelemahan diri sendiri. setiap musibah yang dihadapi akan menjadikan kita manusia yang lebih baik.


Salam

Apabila direnung kembali perjalanan kehidupan saya yang membesar di seluruh negara, maklumlah bapa saya seorang pegawai tentera udara, menyebabkan kami sering melalui kehidupan berpindah randah. Saya pernah bersekolah rendah di Kuantan Pahang dan di Labuan Sabah.





Sekolah Menengah Sultan Hj Ahmad Shah, Kuantan Pahang. Selama 5 tahun saya `dewasa' bersama rakan-rakan di sini!


Sempat juga menempuh alam persekolahan yang sangat mencabar kerana saya berpeluang untuk bersekolah di Sekolah Menengah Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS) ; sebuah sekolah berasrama penuh nun jauh di Kuantan sedangkan ibubapa saya menetap di Kuala Lumpur. Dan kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma in Business Studies di Arau, Perlis.


Huh satu perjalanan yang panjang dan meletihkan. Namun ianya mengajar saya erti hidup berdikari dan membentuk budaya `networking' di setiap tempat baru.


Reunion Keluarga 69-SEMSAS 2008, yang pertama saya hadiri setelah kami berpisah 22 tahun. (the last we met was during SPM result 1987)



Saya suka berkawan dan mempunyai ramai sahabat dan kenalan dari pelbagai latarbelakang yang berbeza. Berpeluang menceburkan diri dalam bidang politik secara serius selama hampir 9 tahun membuka ruang yang lebih besar bagi membina rangkaian jaringan persahabatan di seluruh negara.


Menghargai Persahabatan:


Reunion Keluarga 69' di Uptown Beach Resort Pulau Pangkor


Pada tahun lalu (2008) for the first time in my life, saya berpeluang menghadiri `reunion' perjumpaan bekas pelajar-pelajar SEMSAS SPM86. Kumpulan kami dikenali dengan Keluarga 69. Kerana kami semua lahir pada tahun 1969. Bererti tahun ini (2009) kami semua berumur 40 tahun!


semangat `rumah sukan' yang sentiasa membara, merah lambang gagah perkasa merupakan warna SOYUZ , sentiasa champion dalam bidang sukan


Tahun 2008 reunion Keluarga 69 - SEMSAS diadakan di Cherating, Kuantan. Kehadiran yang ramai membuktikan setiap orang menghargai persahabatan sepanjang 5 tahun di SEMSAS. Bertemu setelah hampir 22 tahun terpisah, saya agak malu, takut dan sedikit rasa rendah diri. Maklumlah, bersekolah di sekolah berasrama penuh yang sangat berprestij, `expectation is very high'. Hasil produk SEMSAS akan melanjutkan pelajaran ke luar negara dan universiti tempatan.


Malangnya saya terdampar di ITM Arau sekadar lulusan Diploma dalam bidang perniagaan. Menggagahkan diri dengan niat bertemu sahabat karib khususnya Sabariah dan Norini, saya menaiki kapalterbang dari Penang ke KLIA dan dari KLIA ke Kuantan, saya disambut oleh Sabariah dan suaminya. Walau apa pun prasangka dan curiga yang tersemat di hati kecil semuanya salah belaka. Apabila bertemu selain bertanya khabar diri masing-masing kami lebih banyak bercerita dan mengungkap memori silam. Banyak kenangan dan kenakalan sewaktu di alam persekolahan yang diungkit kembali.


Malah sewaktu bertemu Azahari rakan sekelas, saya sempat bertanya : `Pasaipa masa sekolah dulu hang selalu cari pasal dan asyik pekena aku?'

Azahari agak tercengang dan terkejut lantas bertanya: `eh iye ke zue? kita dulu berkelahi ke? sorry la.. aku tak ingat la? aku selalu buli ngkorang ye?

Peluang berjumpa kawan-kawan memberi ruang kami bermaaf-maafan dan menyatakan rasa terima kasih terhadap setiap detik yang dikongsikan bersama. Malah ada juga yang sempat melunaskan hutang-hutang lama...............



Retreat di Pulau Pangkor menjadikan kami lebih mesra. Hilang perasaan malu, was-was dan prasangka negatif, maklumlah dah lama terpisah masing-masing mempunyai kerjaya yang berbeza.

Pada tahun 2009 reunion telah diadakan di hotel saya: Uptown Beach Resort, Pulau Pangkor. Walaupun mengeluh jauh, tetapi ramai yang memberikan komitmen terhadap program ini. Terimakasih sahabat terhadap sokongan yang diberi, saya merasa amat dihargai. Bak kata Nani: `Jauh sungguh Pangkor ni zue.... aku kalau tak keranamu, aku tak marghi'.........


Kalau difikirkan tentang kesibukan dan urusan kerja, bisnes, politik dan keluarga, memang rasanya tak cukup 24 jam sehari, tetapi oleh kerana mengenangkan `erti persahabatan dan kekeluargaan' dan menghargai setiap detik sewaktu 5 tahun di SEMSAS, maka saya berusaha memastikan saya hadir ke setiap aktiviti reunion yang dianjurkan! malah sessi `ngeteh' bulanan di Kuala Lumpur , i try to join!


Bertemu rakan-rakan sekelas dan rakan sepermainan pasti mengimbas pelbagai nostalgia dan menyingkap rahsia hati yang adakalanya lucu bila dikenangkan kembali! Ramai merasa hairan kenapa saya terlalu `attached' kepada group Keluarga 69-SEMSASIAN. Inilah alam remaja saya. Banyak memori suka duka bersama, malah pengalaman PERTAMA bermula di sini.



Pertama kali masuk asrama, jauh dari keluarga........... merdeka!

Pertama kali naik bas ekspres : Kuantan-Kuala Lumpur-Kuantan........ adventurous!

Pertama kali dapat biasiswa ............ joli!

Pertama kali belajar makan KFC........... fun and yummy!

huh... ada jugak yang pertama kali berdating..... nostalgia di Benteng!



Dan pelbagai macam pengalaman yang adakalanya menyentuh perasaan dan sanubari. Yang pasti ianya akan terus tersemat indah menjadi memori yang terus kekal selagi nyawa dikandung badan.


Pulau Pangkor menjadi destinasi Reunion yang terindah kerana kami semua berkumpul bersama, makan bersama, berTelematch bersama, berkelah bersama... we feel like we are still sweet 17 .



Kepada sahabat baik saya Sabariah, Norini, Yati Hassan, Nur Zurina, Aisyah, Kamariah, Dura, Jamie, Banu, Fadzilah, Serina, Rahmah, Shahida Shaari terima kasih di atas pengalaman hidup yang sempat dikongsi sewaktu di dorm, dalam kelas atau masa atas bas ekspres. Buat Khairul Akmaliah thank you for `singing' with me in class. (i will never forget: SUMMER OF 69 - Brian Adams)

Geng Apollo yang sekelas dengan saya seperti Maslina, Nora, Nazaris : i enjoyed our moment together!

Kenangan bersukan bersama kak kamalawati, marzita, aiza, marlihah, Norsassatunaha, Noraini tak mungkin saya lupakan! To my newly-found best frenz: nani, che are, rosniah, nana, djune ; its never too late to know each other well. Masih banyak memori yang hendak diperkatakan!

Johan, Azahari, Yusaini, Rushdan, Amran, both Taufik, Munir, Zaidey, Iqbal dan Dzulhata, terima kasih kerana `mewarnai' kehidupan saya dan buat semua yang tak dapat saya senaraikan terimakasih di atas persahabatan kita!

dari kiri: nur zurina, arzita, Cikgu Rohaida, myself and salawati


Buat guru-guru dan tenaga pengajar; Ayahnda dan Bonda PK, Puan Eton, Cikgu Rohaida, Noraini `basic', Cikgu Amran, Ustaz Rodzi, Cikgu Mat Noor England dan semua yang telah mengajar kami, restuilah perjalanan hidup kami, halalkanlah setiap ilmu yang diajarkan semoga hidup kami diberkati dan hayat kami diredhai.


Kepada the hard-working commitee: Anuar Alawiyah, Dato' Naj, Salawati, Yaxe, Hasnul, Shahrul and all commitee members yang berusaha `menjejak kasih' dan tanpa jemu sentiasa mempromosikan `Reunion Keluarga 69'. Pelbagai cara dan kaedah digunakan untuk mencari sahabat yang telah lama menghilang! Kewujudan rangkaian internet, facebook, sms, emails telah memudahkan pencarian dan akhirnya ramai dapat dijejaki walaupun tak semua dapat melapangkan diri hadir ke majlis `reunion' yang diatur. Teruskan usaha murni anda. Semoga ikatan ukhwah kita terus subur dan mekar terjalin.


Back then i never had the chance to say : I Love u guys. Thanks for all the precious moment together, i treassured in my heart!


semuanya pemalu & so naive ...


SEMSAS : HIDUP BERJASA!

Soyuz 1982 - 1986

17 Julai 2009

Al-Fatihah ...




Rupa-rupanya di sini Allahyarhamah Hajah Saharah `menghilang', sedang asyik menawar harga belian pakaian buat cucu-cucu di kampung, katanya. Sewaktu di Jabal Rahmah



Salam


Petang tadi saya telah menerima satu panggilan dari nombor yang tidak saya kenali. Pemanggil telah memperkenalkan diri sebagai `anak Mak Teh' . Beliau telah memaklumkan kepada saya tentang kepulangan Hajah Saharah ke rahmatullah. Semoga roh beliau dicucuri rahmatNya. Innalilah................

Makcik Saharah adalah salah seorang peserta rombongan umrah yang bersama kumpulan kami dalam rombongan Bas No 1. Beliau ke Mekah ditemani suaminya. Keduanya merupakan pasangan yang paling `tua' di antara jemaah rombongan kami.


Bergambar di Ladang unta bersama makcik hajah saharah, my fren Ari dan anak-anaknya, lovely girls!



Sewaktu mengerjakan umrah, saya tidak berkesempatan berkenalan rapat dengan setiap jemaah rombongan. Maklumlah apabila sudah sampai di Madinah dan Mekah, kita lebih menumpukan kepada kerja-kerja ibadah mengikut kesesuaian dan mengatur program sendiri. Tambahan pula sewaktu di Mekah, saya dan pasangan Hajah Saharah terpisah disebabkan penempatan hotel yang berbeza.


Hajah Saharah dan suaminya bergambar kenangan di Gua Hira'


Kami hanya rapat sewaktu bersama di dalam bas mengikuti program lawatan. Disebabkan faktor usia dan fizikal yang lemah, makcik Saharah sering ketinggalan dan selalunya saya akan menemani beliau. Oleh kerana pasangan ini tidak membawa kamera, maka saya telah menawarkan diri untuk mengambil `photo' mereka setiap kali kami mengadakan ziarah (lawatan) malah saya berjanji akan mengirimkan photo tersebut sekembalinya kami ke Malaysia. Maklumlah... orang tua-tua mana nak teringat bawa kamera kan...


Di Jabal Uhud


Sewaktu di Madinah, selain dari peristiwa `kehilangan seliparnya', saya teringat kenangan kami berdua sewaktu mengunjungi Masjid Quba' dan Masjid Miqat Zulhulaifah (Bir Ali). Kami berdua akan saling membantu sewaktu mengambil wudhuk dan setiap kali selesai bersembahyang Makcik Hajah Saharah akan meminta saya membaca doa dan beliau akan mangaminkannya.



Saya masih ingat pesanan akhir Makcik Saharah sewaktu kami bersalaman `perpisahan' di airport Pulau Pinang, beliau berulang kali berpesan kepada saya untuk mengirimkan gambar-gambar yang dirakamlan sewaktu di tanah suci. Malah Makcik Saharah tidak lupa menjemput saya sekeluarga untuk bertandang ke rumah beliau di Trong , Perak sekiranya saya dalam perjalanan ke Pulau Pangkor.


me, my son zaquan and Makcik Hajah Saharah di Maqam Saidina Hamzah





Terakhir kali; beliau menalipon saya ialah sewaktu menerima kiriman gambar umrah pada akhir bulan Mei yang lalu. Beliau kedengaran sangat gembira kerana saya telah menunaikan janji. Beliau turut berpeluang untuk berkongsi pengalaman indah mereka berdua - suami isteri sewaktu di tanah suci bersama keluarga tercinta melalui gambar-gambar yang sempat dirakamkan.


Walaupun sedih dan terkejut dengan berita pemergian beliau, saya rasa amat bersyukur kerana telah berjaya menunaikan hajat beliau untuk menatap photo-photo kenangan dan saya amat berharap ianya dapat `mengembirakan' hati Hajah Saharah di saat-saat akhir hayatnya. Cuma saya agak terkilan kerana saya berhajat untuk mengunjungi beliau di Trong tetapi tidak kesampaian.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmatNya dan menempatkan roh beliau dikalangan orang-orang yang solehah.


Al-Fatihah.


15 Julai 2009

Catatan Umrah IV



Salam...


Mendalami ilmu:


Sewaktu di Baitullah, saya telah berjanji untuk `berubah', mestilah from bad to good. Apabila kita menganalisa diri sendiri (muhassabah diri) kita sedar dan akui tentang kedhaifan ilmu agama, amalan yang sangat-sangat sedikit , keutamaan mendirikan Rukun Islam khususnya menunaikan yang wajib setiap hari.

Di rumah, saya cuba pastikan untuk berjemaah bersama anak-anak perempuan Nurul Arisya dan Hana Afeeza serta bibik Mun. Anak-anak pun dah rajin untuk berpuasa sunat rejab dan kami berpuasa beramai-ramai.


Saya berpesan kepada anak-anak: `kalau mami mati, mami mintak Arisya dan Hana membacakan surah al-fatihah setiap hari semoga ianya sampai kepada mami di dalam kubur, janji tau!'


Pustaka Salam:

Menyedari kekurangan ilmu saya pun sudah mula belajar mencari bahan rujukan di toko-toko buku agama. Ada sahabat yang menyarankan saya ke Shahab Perdana dan Pekan Rabu. Malah seorang sahabat saya sahabat saya Hajah Afiza pernah bertanya: `zue... aku nak tanya hang sat, sejak bila hang rajin pi Pekan Rabu?........ hang pi cari apa'

Antara toko-toko buku yang dikunjungi, saya suka ke Pustaka Salam yang berdekatan dengan Bangunan Peruda. Kedai ini mempunyai koleksi buku-buku agama yang agak banyak dan lengkap. Selain dari kitab-kitab dan buku-buku panduan, di sini juga ada menjual koleksi CD bacaan surah oleh pelbagai Qari malah buku-buku cerita berunsur dakwah seperti karya Prof Dr Muhd Kamil, Travelog Haji dan Travelog Dakwah, juga turut dijual.


Selain daripada buku, banyak majlis-majlis ilmu diadakan hampir disetiap Masjid secara mingguan atau bulanan. Malah jadual aktiviti ada dihebahkan melalui paparan banner atau poster. Selama ni saya tak pernah kisah pun! Aduh sibuknya saya dengan urusan perniagaan sehinggakan mengambil mudah tentang urusan agama.


I will do it different way:

Makin dipelajari, makin banyak pula tersingkap ilmu dan rahsia Allah SWT. Saya sering berkata: if i have the chance i will do it differently. Adalah penting untuk kita memahami tentang rukun haji dan umrah serta amalan sunat serta pantang larangan sewaktu dalam ihram. Kita juga perlu ambil tahu tentang fadzilat dan hikmah tempat-tempat utama beribadah sewaktu di Mekah dan Madinah. Amalan ikut-ikutan cenderung membawa kita kepada kekhilafan dan sia-sia.


Sekiranya saya diberi peluang dan jemputan untuk ke tanah suci bagi mengerjakan haji dan umrah sudah pasti saya akan melakukan beberapa perkara untuk meningkatkan kesempurnaan ibadah saya di sana insyaallah. Melalui pengamatan, pembelajaran dan setelah mendengar pelbagai pengalaman kawan-kawan dan kaum keluarga, berikut adalah beberapa tips yang ingin saya kongsi bersama:


1. Selain dari berkursus dan belajar dengan Guru-guru Agama/Alim Ulama' , kita juga boleh membeli buku-buku rujukan Panduan Sembahyang Sunat, Buku Doa yang kecil dan juga Surah Yassin terjemahan atau quran terjemahan yang kecil dan mudah untuk dibawa. Handy!


2. Cuba jadualkan sembahyang sunat yang ingin dilakukan. Contoh: Masa ke Masjid sebelum solat subuh, sunat apa yang hendak dikerjakan? Tahajud, Taubat, Tahiyatul dan Fajar.(sunat wudhuk dibuat di hotel). Sebelum dan sesudah waktu Zohor? Asar? Maghrib? Isyak? kita plan dulu.... Kalau boleh pi awai ke Masjid.. tak kelam kelibut dan banyak aktiviti boleh dilakukan (sembahyang sunat, mengaji, tawaf sunat, beriktikaf)


3. Bagi jemaah wanita: Tak semestinya memakai telekung. Ianya boleh digantikan dengan Jubah lengkap bertudung yang bertutup dagu, berstokin gelap yang tebal dan sarung tangan. Memakai seluar panjang memudahkan pergerakan kita. Kalau nak lebih selesa pastikan jenis kain Cotton jangan Nylon!


4. Sediakan sarung/beg plastik untuk isi selipar yang dipakai bagi memudahkan kita mengenali kasut selipar sendiri. Selain dari membawa beg galas gantung di leher, beg ikat di pinggang pun praktikal jugak! Saya jarang bawa beg galas, payah nak solat. Duit dan handphone saya simpan dalam poket seluar atau poket baju. Jangan lupa pakai baju singlet (lelaki/wanita) yang ada zip di dada, merupakan ruang simpan duit atau kad kunci bilik!

5. Di keliling Masjidil Haram ada banyak pintu (bernombor) Rak Kasut (bernombor), sekiranya berpasangan, pastikan anda berjanji Pintu nombor berapa? or Rak kasut nombor berapa.. Insyaallah kita tidak akan kehilangan arah dan kita tak perlu risau kehilangan pasangan! Sebelum nak tawaf kita janji atau sebelum nak saie kita janji tang mana nak jumpa kalau we lost each other...


6. Ambil kesempatan untuk membeli Quran dan wakafkan di Masjidil Haram! Sebuah quran khas Wakaf berharga RM20 sahaja... kalau beli banyak-banyak si Penjual tu.. boleh tolong hantarkan ke masjid!! insyaallah.. .
Boleh jugak beli kurma untuk disedekahkan kepada jemaah dalam Masjidil Haram sewaktu beriktikaf.


7. Selain dari pi Beli Perfume Attar SULTAN BRUNEI dan ISTERI RAJA.. Mungkin kita boleh membeli CD bacaan Quran oleh qari dari Madinah/Mekah . Antara yang sangat popular adalah QARI YOUSOF KALO' qari berumur 13 tahun!! especially juzuk 30 (surah lazim)... harga satu CD baru RM5 je.. tapi best dan syahdu amat-amat....... very-very soothing to the ears.
Dan beli banyak-banyak , balik boleh dibuat souvenir kan!!!





8. Sewaktu di Masjidil Haram, jangan gusar sekiranya terbatal wudhuk . Kerana di dalam kawasan Masjid dan dalam bangunan Masjidil Haram terdapat banyak tempat berwudhuk disediakan!! .. paip dan sink air zam zam terdapat hampir disetiap sudut masjid! Malah di tempat Saie turut disediakan!! So kalau waktu sedang bersaie tiba-tiba masuk waktu solat dan kita telah terbatal wudhuk.. maka berhenti saie, pi ambik wudhuk dan bersolatlah di lantai saie!!! Jangan panik..... tak perlu ke tandas yang jauuh untuk berwudhuk.


9. Untuk ke Taneem (tana'im) mengambil miqat jangan khuatir sebab naik teksi pun boleh, RM30 pi balik or naik Bas RM2 pi balik, perkhidmatan van pun turut disediakan. Saya pernah naik teksi sapu.... pun selamat insyaallah.. Sewaktu di Taneem pun masih boleh menukar pakaian ihram (lelaki) dan berwudhuk!


10. Untuk mengelakkan bibir pecah sapukan `lip-balm' dan untuk tumit pecah pakailah krim yang ada dijual di Farmasi. Untuk muka, bolehlah disapukan dengan `sun block' atau krim pelembap muka pelbagai jenama yang dirasakan halal, insyaallah. Tidak salah untuk memakainya sebelum kita berniat Ihram atau sewaktu kita mengerjakan tawaf sunat atau sewaktu berulang alik ke masjid.

11. Masa shopping kat Madinah or Makkah, bargain betul-betul. Tawar menawar dengan bijaksana!!! !! Malah kita boleh `survey' harga dulu. Jangan terburu-buru.


12. Sewaktu di Airport Jeddah, sekiranya berlaku kejadian EXCESS BAGGAGE (lebihan Had Timbangan - 25 KG yang dibenarkan setiap seorang), maka keluarkan beg dari tempat `check in kaunter' dan buat `Hand Carry'! Angkut sendiri bawa masuk flight sorang satu!!!

Kalau Tok Arab mintak bayaq duit kopi, sebut/tawarkan jumlah yang sangat minima con: RM100 ka.. RM50 ka....



13. Setelah selesai Tawaf Wida' hendaklah kita terus keluar dari Masjidil Haram dan pulang ke hotel serta bersegera meninggalkan Kota Mekah. Jangan dok nak pi buat sembahyang sunat, mengaji atau mengucup Hajaratul Aswad. Lakukan kesemua itu sebelum kita mengerjakan Tawaf Wida'.


Wallahuaklam
Wassalam!!

ADAKAH GULA MENYEBABKAN KANSER ?

Salam .. hari ini saya nak kongsikan catatan blog  yang ditulis oleh (my gynae-onco) YBhg. Dato Dr  Rushdan Noor   Pakar Kanser Wanita da...