Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2009

Seronoknya Raya

Salam


Hari Raya pasti datang lagi. Selepas sebulan berhempas pulas menahan diri kerana berpuasa, maka kini 1 Syawal menjelma.

Ramadhan yang telah berlalu pasti membawa beribu pengertian tentang tanggungjawab sebagai umat Islam. Selain dari menuruti amalan yang terdahulu, seharusnya ibadah berpuasa dilakukan dengan penuh tawadhok dan keinsafan.

Alhamdulillah bagi diri saya dan keluarga, selain dari sibuk menguruskan kedai Arisya Home Bakery yang secara tradisi sibuk melayani tempahan Biskut Raya, tahun ini dapat juga saya meluangkan masa mengerjakan sembahyang Terawikh di masjid berdekatan.

Kalau dulu terlalu sibuk kerana memenuhi pelbagai pesanan biskut raya, alhamdulillah tahun ini ALLAH melapangkan jiwa saya agar dapat menguruskan masa dan perniagaan dengan bantuan pekerja.


Saya sangat bersyukur kerana walaupun permintaan tempahan agak berkurangan berbanding tahun-tahun yang lalu, tetapi jualan di kedai telah meningkat. Menyedari kedudukan lokasi premis perniagaan saya yang jauh dari pu…

Don't be stress out!

Salam

Ramai rakan-rakan yang mengadu betapa mereka sangat tertekan dan lebih berdebar kerana memikirkan anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan UPSR yang bermula pada 8hb September ini. Tuisyen, buku-buku rujukan, bacaan Yaasin, sembahyang hajat dan juga `air penawar' - air zam zam, air Yasin dan juga kismis adalah antara ramuan-ramuan tambahan yang perlu dihadapi oleh anak-anak menjelang hari peperiksaan.

Sebagai ibu bapa, saya pasti niat kita ikhlas. Kita mahukan yang terbaik untuk masa depan anak-anak yang cemerlang agar mereka berjaya menikmati kehidupan yang jauh lebih selesa dari kita.

Pengalaman saya setelah 2 orang anak menduduki UPSR. terus terang saya katakan, Rosman lebih prihatin terhadap membantu anak-anak mentelaah. Yang sulong Zakuan dibantu oleh ayahnya; sebulan sebelum UPSR. Zakuan tidak dihantar ke kelas tuisyen. Anak yang ke-2; Nurul Arisya saya hantar tuisyen 6 bulan sebelum UPSR. Suami turut membantu di rumah 3 bulan sebelum actual final Exam. Anak yg ke-3; s…

Terima kasih Tun M!

Saya pernah berjanji untuk tidak menyentuh bab politik atau menulis perihal politik dalam blog ini. Tetapi kali ini saya ingin berkongsi sedikit perasaan saya tentang idola saya, seorang pemimpin ternama yang saya kagumi dan sangat saya hormati; Tun Dr Mahathir bin Mohammad.

Secara peribadi saya tidak mengenali Tun M dan Tun M jugak tidak begitu mengenali saya. Pertalian hubungan kami hanyalah atas dasar mantan Presiden UMNO dengan mantan Ketua Puteri Umno Bahagian.
@ Yayasan Kepimpinan Negara

Semalam , Tun M dilanda kesedihan kerana telah kehilangan kakak beliau Rafeah yang telah kembali ke rahmatullah. Takziah buat Tun M sekeluarga dan saya pasti kehilangan kakak yang dikasihi tetap ditangisi oleh Tun walaupun tidak kelihatan airmata berlinangan. Tetapi melihat kepada kesayuan dan kemuraman wajahnya, saya pasti Tun M menangis di dalam hati.

Saya berkesempatan berkunjung dan membacakan Al-fatihah buat jenazah yang dimandikan di rumah Dato Rahmat dan Datin Yasmin, anak saudara Tun M di Al…