Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2016

it was 4 years ago .............

Sewaktu  mula-mula disahkan Kanser saya cuba merahsiakan dari keluarga & kawan2. Saya `malu' hendak bercerita kepada sahabat sebab saya pasti akan kedengaran  suara-suara  `negatif dan sumbang'  apabila berbicara tentang Kanser:
Ada yg berkata itulah `hukuman dari  ALLAH SWT'  terhadap `kejahatan dan dosa' yang telah kami lakukan.  (saya malas nak bincang isu ini). Yang paling sukar apabila `tiada yg memahami' bahawa Pesakit Kanser sangat sensitif dan  amat memerlukan `bahu utk menangis' dan `telinga utk mendengar' segala luahan isi hati kami, terpaksa melalui detik-detik  sukar ini. Sewaktu menjalani Rawatan kami memang akan `sangat-sangat  kurus' mungkin sebab kami kehilangan  selera untuk makan - maklumlahkan ... stress pon ado! Sekiranya anda ingin melawat sahabat yang sedang menjalani rawatan kerana Penyakit Kanser:

Tolong jangan ingatkan kami Tentang TABAH dan KUAT: kalau kami tak tabah dan tidak kuat semangat dah lama kami terjun bangunan.

Bagaimana bercakap dengan Pesakit Kanser

Salam sahabat: saya ingin memberi sedikit tips Bagaimana hendak  `menyantuni'  Pesakit Kanser. Apa yang Perlu  diperkatakan apabila anda ingin  menziarahi saudara atau sahabat yang mengidap Kanser. Bagaimana  kita membantu Sahabat & keluarga Pesakit Kanser:

1. Ziarah dengan Niat Ukhwah `Lillahita'ala' (utk mendapat Redho ALLAH SWT) - jangan menjadi Doktor (wpon anda seorang ;Doktor) Juz be A Friend! Tolonglah Jangan bagi Nasihat - Tak Perlu bagi CADANGAN tentang pemakanan ataupon rawatan. Kecuali jika Pesakit Minta Pandangan anda. Adakalanya kami dah letih mendengar medical advice dari Pakar Perubatan dan Onko. Nasihat saya apabila datang berziarah biarlah secara santai. Please talk about something else: sembang santai je. Kalau dah tak de idea nak sembang takut silap cakap yang boleh menyentuh perasaan Pesakit Kanser maka Berdiam sahaja adalah lebih baik. Juz LISTEN to us! Beri ruang kepada  Pesakit Kanser bercerita meluahkan perasaan. Dan anda hanya perlu mendengar de…