05 Januari 2011

Rumah ini ada undeng-undeng tau !!!


Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Bukalah (ajarkanlah) anak-anak kamu kalimah pertama dengan “la ilaaha illa Allah”.”
[Riwayat al-Hakim]


Salam.......

Sebagai ibu kepada 2 orang `anak dara' yang meningkat dewasa & seorang anak teruna, my blood preasure turut meningkat sama! al-maklumlah cabaran kehidupan di alaf millenium mendedahkan kita dengan pelbagai kepincangan dan masalah sosial yang meruntun naluri kemanusiaan kita.

Terus terang saya katakan menjadi ibu bapa di zaman penuh kemodenan sangat berbeza dan menuntut kita menjadi ibu bapa yang lebih bijak, peka dan sentiasa terlibat dengan setiap aktiviti anak-anak khususnya yang sedang meningkat remaja.

Bukankah `Alam Remaja' adalah satu peringkat usia yang sangat kritikal dan mencabar kebijaksanaan dan kreativiti ibu bapa untuk menangani dan membimbing anak-anak yang sedang berEvolusi?




My two daughters Nurul Arisya (14) dan Hana Afeeza (13); membesar di `depan mata saya' (under my very close supervission) manakala yang sulong; Mohd Noor Zakuan kini sedang menuntut tahun kedua di Universiti Malaysia Pahang.

Zakuan menghabiskan pembelajaran tingkatan 1 hingga tingkatan 5 di Sekolah Agama (Berasrama) Yan Kedah. Menghantar beliau bersekolah di asrama, merupakan satu keputusan bijak w'pon pada awalnya tidak mendapat sokongan keluarga. Menyoroti pengalaman sendiri sebagai pelajar di Sekolah Menengah Sains Kuantan (SEMSAS); saya percaya pendidikan di sekolah berasrama lebih menyeluruh dan fokus jika dibandingkan dengan sekolah harian biasa. Pelajar terhindar dari gangguan TV; Radio; Internet dan penggunaan HP yg tidak terkawal. Zaman kami dulu memang tak daklah gangguan HP sebab HP pon belum wujud!


Sebagai ibu bapa muda (Young Parents) adakalanya kita belum bersedia untuk memikul beban dan tanggungjawab untuk membesarkan seorang anak yang sedang meningkat remaja. Selain dari memikirkan keperluan pembelajaran persekolahan, kita juga perlu bertanggungjawab terhadap aspek pengisian kerohanian yang wajib diberikan kepada anak-anak con: Pendidikan Tauhid, Fekah, Fardhu Ain, Qiraati dan sebagainya. Dan saya percaya, Zakuan mendapat pendedahan yang mencukupi sewaktu beliau di Sekolah Agama Yan.




Dari Jabir r.a katanya:”Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja.”
(Muslim)

Berbincang dgn sahabat yg mempunyai anak-anak remaja memberi saya idea & sedikit pedoman untuk dijadikan panduan ; Bagaimana untuk menjadi Ibu Bapa yg `bijak'.

Seorang sahabat berpesan: `adakalanya kita menjadi Sahabat kpd anak-anak. Tetapi ada ketika kita WAJIB menjadi Ibu & Bapa'.
Maksudnya: kita sentiasa perlu bersikap lemah lembut dan penyayang; menjadi sahabat & kawan kepada anak-anak kita. Tetapi apabila menyentuh bab Agama, disiplin & tanggungjawab; kita perlu tegas; kalau perlu rotan .. maka kena rotanlah kan!

Dunia hari ini adalah dunia IT. Penggunaan HP & internet sangat effisien tetapi ianya perlu dikawal. Malahan rancangan TV & Astro 24 jam yg menghidangkan pelbagai rancangan dalam & luar negara; ada yg sesuai untuk tontonan anak-anak manakala Banyak yg perlu diSENSOR!

WAHAI ANAK-ANAKKU ......................
Rumah ini ada undang-undang:


1. Solat (selalunya berjemaah)

2. Penggunaan Hp hanya setakat jam 8 mlm. Hp perlu diserahkan dlm keadaan ON supaya sy boleh tlg jawab semua sms yg masuk selepas jam 8 mlm. believe it or not; macam-macam saya jumpak!!!!

3. Internet 1 JAM: Tahun ini (2011) Arisya akan menduduki peperiksaan PMR, dan insyaallah tahun hadapan 2012 giliran si bongsu; Hana. Maka Penggunaan Internet hanya terhad kpd sejam seorang setiap hari.

4. Password : Mereka Wajib memberitahu password akaun Twitter & Yahoo Messenger (YM) supaya mudah saya memantau pergerakan mereka di alam siber!

5. BerInternet di ruangan terbuka con: Meja Makan; supaya saya boleh menjengok & nampak apa jua yg tertera di skrin laptop.

Saya difahamkan ada pelbagai software yg boleh diaplikasikan utk memudahkan ibu bapa memantau segala aktiviti siber anak-anak. Pada hari ini; sy masih belum mengambil tindakan sebegitu kerana sy masih boleh duduk disamping mereka setiap kali mereka `berinternet'.

Zaman kita dulu amat berbeza jika dibandingkan dengan zaman anak-anak sekarang. Kalau bertegas sangat; takut anak lari dari rumah. Kalau berlembut pula nanti takut depa jd `spoill kids'. Namun selain dr usaha, setiap kali solat jangan lupa berdoa agar Allah swt mengurniakan kita anak-anak yg beriman dan solleh.

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Takutlah akan Allah dan berlaku adillah terhadap anak-anakmu. ” [
Riwayat al-Bukhari dan Muslim]


`Rabbi Habli minassolihiiin'
Ya Allah kurniakan kami anak-anak yg solleh
[doa amalan Nabi Ibrahim a.s]



Tiada ulasan:

ADAKAH GULA MENYEBABKAN KANSER ?

Salam .. hari ini saya nak kongsikan catatan blog  yang ditulis oleh (my gynae-onco) YBhg. Dato Dr  Rushdan Noor   Pakar Kanser Wanita da...