09 Jun 2012

hidup perlu diteruskan!

Agak lama tidak berkongsi cerita di blog; hari ini saya sedang berehat setelah selesai menjalani 12 sesi rawatan radioterapi.  Tidak ke mana-mana sekadar beristirehat menerima kunjungan tetamu; sahabat & sanak saudara yang sudi mengunjungi saya bertanya kabar. Alhamdulillah; masih ramai yg mengambil berat & prihatin dengan  keadaan kesihatan diri ini.

To be honest; saya berdiam diri kerana recently saya tidak berapa sihat; mungkin kesan dari rawatan Radioterapi mulai dirasakan. Perut agak tidak selesa dan sering berulang ke tandas. Selera makan juga semakin hilang; namun saya paksakan diri untuk makan setiap waktu apabila perut terasa lapar & kosong. Doktor Rakesh Raman yg merawat saya di Mount Miriam; telah menasihatkan saya untuk berhenti meminum susu sekiranya mengalami `diarrhea'.  Sebaliknya beliau mencadangkan saya makan pisang dan `yogurt' supaya perut tidak dibiarkan kosong.

Selain dari masalah `diarrhea',  saya juga merasakan `senak' di kawasan usus, mungkin disebabkan perut kosong. Kelmarin my uncle (pakcik Effendi) telah membelikan saya pelbagai jenis `cereal' seperti coco crunch dan cereal milo untuk dimakan bagi mengelakkan `gastrik'. Saya pon dah jemu asyik makan `moi'  (bubur nasi). Saya suka makan `moi'. Malah saya lebih mudah makan bubur nasi jika dibandingkan dengan nasi. Mungkin selera saya berubah disebabkan oleh `kondisi' tubuh yg agak lemah. Namun saya masih menggagahkan diri,  memandu dari Penang ke Alor Setar setiap hujung minggu untuk pulang menjenguk anak-anak di rumah.
Hari Isnin  (esok lusa) ; insyaalah akan ke Penang untuk menyambung rawatan. Doakan saya untuk terus kuat dan tabah bagi menjalani rawatan Radioterapi. Masih ada lagi 13 rawatan yang perlu saya jalani. Kalau ikutkan hati; hmmmm ............ memang nak lari! 

ADAKAH GULA MENYEBABKAN KANSER ?

Salam .. hari ini saya nak kongsikan catatan blog  yang ditulis oleh (my gynae-onco) YBhg. Dato Dr  Rushdan Noor   Pakar Kanser Wanita da...