30 Mei 2012

Pantang Larang Pesakit Kanser

Mengikut pengamal `rawatan alternatif' Pesakit Kanser ada `list' yg panjang Senarai Makanan yg TIDAK boleh dimakan. Pantang larang ini adalah kerana untuk memastikan sel kanser tidak kembali aktif dan menyerang sistem tubuh seseorang.
Sewaktu mula mengetahui saya menghidap penyakit kanser; my dear Cikgu Hafiza telah memaklumkan kepada saya Pantang Larang Pemakanan Pesakit Kanser berdasarkan pengalaman sahabat beliau yg menghidap Kanser Lidah. Malah pencarian melalui `google' telah menemukan saya dengan pelbagai maklumat yang banyak hingga boleh memeningkan kepala.

Apabila saya telah memilih untuk melakukan pembedahan; ini bermakna saya telah memberi kepercayaan terhadap `rawatan perubatan moden' yg tipikal tetapi mempunyai rekod kejayaan yg sah! (bukan sekadar berdasarkan testimoni pesakit).

Saya masih berpantang; Tidak makan `seafood' dan juga daging. Oleh kerana saya pesakit `kanser uterus/rahim' maka doktor berpesan untuk mengelak makanan berasaskan soya; kerana ianya mengandungi Estrogen' yg boleh menggalakkan pertumbuhan sel kanser. Larangan soya hanya utk pesakit Kanser Rahim, Ovari & prostat.
Satu tips yg sgt praktikal sy nak share kpd semua: Bila kita SAKIT & baru menjalani pembedahan/rawatan yg serius; JANGAN berpantang! Sangat penting untuk dptkan selera makan anda kembali; sekurang-kurangnya sebulan supaya badan anda kuat; kemudian baru cerita FASA PANTANG LARANG utk pemulihan jangka panjang. Adakalanya kalau byk sangat pantang larang; pesakit boleh mati; sebab STRESS.

Selepas pembedahan (major op); saya makan seperti biasa, kecuali daging, udang, sotong & ketam. Sambal belacan ngan ayaq asam; saya `belasah' jeh. Milo & teh pon saya minum. Kalau asyik nak makan bubur nasik , sup ayam dan ayaq suam ....... hari-hari,   hmmm boleh muntah! 
Jangan terlalu berpantang, kerana Kanser tidak akan terjadi dlm waktu yg singkat disebabkan pemakanan. Malah ada `vegetarian' yg mendapat Kanser.

Ramai yg mengatakan bahawa saya kelihatan sihat, ceria & pulih dgn segera. Malah sebulan selepas pembedahan saya sudah pun memandu kereta ke Sungai Petani. Percayalah, ALLAH SWT menciptakan tubuh kita yang sempurna dengan sistem penyembuhannya yg tersendiri. Tetapi kalau kita TIDAK makan bagaimana tubuh badan ingin membina semula sel-sel yang telah mati & hilang sewaktu proses pembedahan.

Hari ini saya telah pun selesai menjalani 6 sesi Rawatan Radioterapi di Penang. Pesan Doktor Rakesh; `elakkan dari makan Daging, yang lain semua u boleh makan!'

Radioterapi adalah sejenis rawatan utk membunuh sel kanser yg ada di dalam darah & tubuh badan pesakit. Bukan sahaja sel kanser yg mati malah sel darah & sel-sel badan yg baik juga turut musnah. Sewaktu rawatan, badan akan mengalami sedikit perubahan akibat suhu radiasi yg panas. Pesakit akan terasa mual, pening dan mungkin hilang selera makan.

Jangan diturutkan hati. Sekiranya anda rasa hilang selera, minum Susu. Samada susu kambing atau susu lembu. Walaupun `susu lembu' TIDAK sesuai kpd pesakit kanser, tapi ingat: dalam tempoh rawatan, tubuh badan memerlukan segala nutrien yg sangat penting utk memulihkan kesihatan dan membina sistem imunisasi tubuh dengan segera. Saya minum `Enercal Vanilla' dan Alhamdulillah, apabila perut kita tidak `kosong' tidak masuk angin, maka kita tidak akan terasa loya dan selera makan akan kembali. Trust me!! I have been there. It works for me; Insyaallah it might works for u too!

Doktor hanya  membekalkan saya ubat utk darah tinggi (u know i ada BP), ubat utk tulang & kalsium. Oleh itu saya mengambil pelbagai supplimens yg sy rasakan perlu & sesuai utk diri sendiri. Ketika menjalani radioterapi,  sy telah menghentikan segala supplimens B17. 

Nabi s.a.w bersabda:
”berubatlah kamu dengan dua jenis ubat yakni madu dan al-Quran”. (HR Ibnu Majah)

Setiap 4 jam sehari saya amalkan madu + habatussauda + air zam-zam diiringi doa & selawat syifa'. Saya juga meminum susu `enercal vanila' dan adakalanya susu kambing HIGOAT. Selain dari mengambil Planet Barley (daun hijau barli) untuk mengurangkan panas badan; saya juga mengambil Spirulina Perfect dan Multivitamin Double X Amway untuk menambahkan nutrien dalam tubuh.

Tidor mesti cukop, kerana waktu tidur adalah waktu tubuh kita melakukan `self-healing'. Maka pastikan anda mendapat tidur yang baik & mencukopi.  Its the most important! Kalau tidur kita baik, badan kita punya cukop rehat, emosi kita akan lebih stabil, Maka Penyakit akan segera SEMBUH!  (kalau tak leh tidoq, ambik xanax)

To keep the body in good health is a duty, otherwise we shall not be able to keep our mind strong & clear : quote

29 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bila I baca apa yang u tulis, teringat I masa 4 tahun yang lalu mengalami masalah yang sama cuma I tak lalui pengalaman radiology & chemo. After the 1st 3 years free from cancer, dah mula langgar pantang sikit-sikit (tak vegetarian anymore) coz my physician kata even vegetarian dapat cancer sebab vegetarian tak boleh makan semua group of vege in one day utk penuhi keperluan the starving cells.
Take care and keep on writing. Sometimes, I need to be reminded too.

Love,
Kak Muzni

norbashima berkata...

Salam Zue.....Noba pun ambil Spirulina Elken..very very gud indeed...pantang tu still pantang especially daging almost 8 yrs dah tak sentuh langsung...seafood pun noba consume sekadar merasa aje...till then you take care ya dear friend...:D

-nobashima-

Zuraini Kamal berkata...

Dear kak muzni:
yg mana perlu pantang memang kita `pantang' cuma jgn so drastiklah kan. especially yg baru selesai operation & kena pulak another treatment like radio & kimo.
kesian tengok ramai yg berpantang sampai kurus kering dan tak larat melalui sesi radio & kimo yg pjg. we will take care of our health bcoz we know our body better! good luck to u too

Zuraini Kamal berkata...

Noba:
belom berkesempatan nak berseembang melalui tel; my sis house line maxis very2 bad ha ha ha
good luck to u; wish me the best ya

armouris berkata...

terjumpa info ni, juga pasal madu lebah … sharing is caring :) - Pencipta Anda Yang Syorkan Madu!!

Noridah berkata...

Kenapa berhenti makan supplimens B17?

Tanpa Nama berkata...

ye, saya pun nak tanya yang sama, kenapa berhenti ambil B17?

Zuraini Kamal berkata...

sy berhenti ambik B17;
pertama sebab : sy ada better product CELLFOOD
kedua: B17 ada cynide; tak tahan ngan perut sy; gastrik teruk

Tanpa Nama berkata...

Salam.saya pun baru disahkan ada kanser rektum pada tahun ini pada masa umur 41 tahun.bagus dapat baca blog puan kerana dpt juga info tntg pesakit kanser.buat masa sekarang saya berpantang makanan tetapi tak makan sebarang suplemen kerana baru lepas dua bulan dibedah.

Zuraini Kamal berkata...

tanpa nama: wslm
sehingga hr ini sy tidak berpantang tp sy mengamalkan cellfood secara serius utk memastikan level oksigen dlm badan optima: zuraini kamal

Tanpa Nama berkata...

Transfer factor insyaAllah boleh membantu.

Ratina Hipni berkata...

Salam...mak sy tlh d sahkn kanser usus..bila sy google sy menjadi keliru dgn mknan yg perlu d pantang..kalau puan ada pendapat blh tak puan kongsi dgn sy...

Zuraini Kamal berkata...

Ratna; add me kat FB senang nak bersembang

Tanpa Nama berkata...

Salam kak,
Sy xean. . Mgalami nasib yg sm. . Tp sy msi d stage 2. , kekadang sy mls na wat rwtn. . Aka phm kn knp. ,

Tanpa Nama berkata...

Salam.saya baru je lepas menjalani pembedahan buang rahim dan.telur. Nak tau lah apa sebenarnya pesakit kanser tak.boleh makab n boleh mkan. Please tell.me

Tanpa Nama berkata...

salam...saya juga mengalami kanser usus yang serius dan kekadanag rasa macam sudah tiada harapan lagi untuk sembuh..slps itu ada kawan saya yang syorkan saya ambil ubat kanser keladi tikus ..dia sebelum ini mengidap kanser paru-paru dan telah sembuh dgn bantuan ubat ini..setelah saya amalkan ubat kanser ini alhamdulillah segala puji bagi allah yang memberikan kesembuhan..saya telah sembuh dan juga berpantang saya amalkan..

para pesakit kanser yang sedang mencari cara pengubatan yang paling berkesan,saya cadangakn anda ambil ubat ini..anda boleh rujuk di sini >>

www.ubatkanser.com

semoga membantu kalian semuia.

nana zainies berkata...

Salam,saya anis telah disahkan doktor mghidap breast kanser pd 1 mac 2013 pd umur 31 tahun,sudah buat operation & skang Br buat kimo yg prtama dn ada 5 kali lg kimo & 20 kali radiotrafi, kdg2 saya pening kepala nk mkn apa, ada ckp soya boleh makan ada ckp xboleh

Zuraini Kamal berkata...

nana zainies... makanlah ... dan berubat. ikhtiar itu perlu.

Tanpa Nama berkata...

Saya nak tanya apakah tanda-tanda barah usus?

Tanpa Nama berkata...

Ubat tu bentuk pil ke? Brand apa ye?

Tanpa Nama berkata...

Cellfood tu dlm bentuk cecair kan?

Suaida Yusoff berkata...

Salam..saya nak beri cadangan untuk mencuba produk berasaskan Transfer Factor yang berfungsi sebagai mengajar sistem ketahanan imun badan kita dan memusnahkan terus virus dalam badan agar kesihatan terjamin..dijamin berkesan untuk rawatan leukimia,kanser dan banyak lagi..insyallah..try sngt2 produk ni..insyaallah dapat membantu..banyak testimonial yang berjaya dalam rawatan kanser dng menggunakan Transfer Factor..

boleh tengok testimonial yang berjaya disini..

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=428201323964680&set=a.428198847298261.1073741829.428178340633645&type=1&theater

atau visit http://4lifefortune.blogspot.com/

terima kasih..

Tanpa Nama berkata...

Ble sya minta no tel nak kongsi bgmana kena kanser rektum sb sy pnmcm ada simptom kanser rektum cuma ble bt pemeriksaan...apa tanda2 kita terkena kanser rektum ble kongsi ke?

Tanpa Nama berkata...

Blh tak sy nk add puan jgk kt fb.. sy nk brsembang..cmner yer nk cr nama puan dlm fb.. sy br je lps operation sebuln yg lps..

hyrieSCI SCI berkata...

Mak saya just detect thyroid cancer s.4, kn pantang sm mcm cancer lain ker.. Dia blm wat opt lg..

Tanpa Nama berkata...

Saya bru 2 mggu operation kanser usus.15 cm dr potong usus besar.dulu mmg ad mslh buang najis tp skrg acpkali dlm sehari.sye mkn kladi tikus, b17, 7plus, produk sarimah serta mkn soft diet.msih lg ssah hati.nk pencen awal.umur akak 50.ape pdpt umum?

Zuraini Kamal berkata...

kak ... saya dah pon pencen awal .. berehat menikmati sisa-sisa hidup dlm suasana yg sangat sederhana.. jaga kesihatan dan fokus pada kerja yg saya ingin lakukan. tak mau pkiaq banyak sangat. tenaga & usia yg ada saya nak gunakan utk kerja2 yg sy teringin lakukan

Tanpa Nama berkata...

Mungkin blh amalkan daun belalai gajah juga

Tanpa Nama berkata...

Salam boleh x saya tau daun belalai gajah macam mana dan cara makan mcm..

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...