Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2009

Jerung vs ikan bilis.

Salam,


Ramai orang mengeluh betapa susah untuk kekal `bertarung' dalam pasaran terbuka. Adalah sukar untuk memulakan langkah perniagaan tetapi lebih sukar untuk `sustain' - kekal dalam arus pasaran yang terbuka.



Di pasaran terbuka , Yang Besar akan memakan Yang Kecil, Yang Kuat akan mendominasikan pasaran dan Yang Lemah akan terpaksa Katop Kedai.




Satu ketika heboh tentang rungutan suara kebimbangan peniaga kecil dan peruncit (kedai-kedai runcit) tentang pembukaan pelbagai Hypermart , pasaraya gergasi berkonsepkan pemborong! Dan perlu diingat, Pasaraya Gergasi adalah jugak satu bentuk penjajahan kuasa besar terhadap ekonomi negara kita! Ianya bukan sahaja mampu menelan peruncit dan peniaga kecil malah Kuasa Besar ini mampu membunuh semua peniaga jika tiada kawalan oleh pihak berkuasa!

Adakah kita sekadar mampu melihat spesis kita terus pupus dan hilang ditelan Jerung Impot?

Seharusnya sebagai Peniaga, kita perlu berpersatuan. Menyertai persatuan dapat membantu kita menyuarakan sega…

Beranikah anda?

Salam

Sahabat saya, Anuar Alawiyah begitu teruja untuk memulakan langkah menjadi seorang usahawan. Beliau ingin membuka sebuah restoran berkonsep `kopitiam' atau `cafe'. Sebagai sahabat, saya menyokong setiap idea dan cadangan kerana semua idea perniagaan adalah bagus dan tiada siapa berhak menentukan samada idea tersebut boleh berjaya atau tidak!
Apabila kita ingin menceburkan diri dalam perniagaan, tidak salah untuk kita bertanya pendapat dan mendengar pelbagai pengalaman orang lain. Ini sangat penting.
Bak kata orang tua-tua: `Yang baik dijadikan tauladan, Yang jahat dijadikan sempadan.' Kita tidak perlu terpengaruh dengan semua cerita suka duka dan jatuh bangun perniagaan orang lain. Tetapi penting untuk kita berfikir dan mengkaji kenapa seseorang itu boleh berjaya atau gagal dalam perniagaan.
Alhamdulillah , saya dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang berjaya dalam perniagaan `makanan dan minuman'. Ramai ahli keluarga saya memiliki warung, gerai dan juga restoran yang …

Bank dan Pelanggan!

Salam,


Petang tadi (12hb Ogos 200) saya telah menghadiri majlis `Customer Appreciation Cocktail' yang dianjurkan oleh bank CIMB khas untuk pelanggan korporat bagi negeri Kedah dan Perlis di Hotel Star City, Alor Setar.


Mengenangkan jemputan Puan Masliza, berulang kali menelefon, saya terpaksa menggagahkan diri hadir bersendirian. Secara jujur saya tidak mengenali sesiapa pun dalam majlis tersebut but i really enjoying myself with all the food served on the buffet line. Malah kami dihadiahkan dengan sebatang pen yang cantik sebagai tanda penghargaan. Thank you CIMB.


Dalam hati saya berkata: sepatutnya aku yang kena belanja pegawai bank CIMB sebab meluluskan pinjaman, tapi aku pulak yang diraikan!


Bank menghargai pelanggan:
Tahukah anda, sebagai seorang peminjam, anda telah menjadi pelanggan kepada sebuah bank? Dan sebagai peminjam, kita berhak menilai dan memilih kemudahan pinjaman yang menguntungkan. Maksudnya, sebagai pelanggan bank, anda perlu tahu apakah caj atau kadar faedah yang …

Belum cuba belum tau

Salam

Nak berniaga apa?

Ini lah pertanyaan yang sering ditanyakan oleh setiap orang yang hendak berniaga atau baru bercadang nak mulakan perniagaan. Apa bidang perniagaan yang boleh buat duit' ?

Dalam catatan saya yang lalu, saya telah mencadangkan agar kita buat sesuatu yang kita tahu. Maksudnya kita mesti ceburi bidang yang kita ada kemahiran, pengetahuan dan pengalaman. Adalah sukar kalau kita ingin menceburi bidang perniagaan yang baru tanpa mempunyai idea, kepakaran dan juga ilmu tentang bisnes tersebut.

Pada tahun 1999, saya pernah melawati sebuah kilang membuat asam milik seorang usahawan muda bumiputra. Maaf saya lupa nama syarikat tersebut. Tetapi yang menariknya : Bagaimana beliau terlibat dalam industri pengeluar asam (jeruk) yang saya rasa satu bidang yang jarang diusahakan oleh orang Melayu.

Menurut pemilik kilang itu, sewaktu mula hendak menceburkan diri dalam bidang perniagaan, beliau telah mencari pelbagai maklumat tentang potensi industri yang boleh memberi hasil luma…

Berniaga

Salam
ramai rakan yang mencadangkan agar saya berkongsi tips perniagaan bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai wanita khususnya generasi muda untuk menceburkan diri di bidang ini. My business partner told me:`i think you should share your experiences and educate others to be an entrepreneur but please write in a simpler language'. Malah saya sering dijemput untuk memberi motivasi kepada bakal usahawan dan berkongsi pengalaman mengharungi suka duka cabaran berniaga. Tidak semudah yang disangkakan kerana saya tidak mewarisi sebuah entiti perniagaan keluarga malah tidak mempunyai pengalaman berniaga.
Age is not a factor:
Kalau dulu, jika ditanya saya akan menjawab; Kalau nak berniaga biarlah bermula pada usia yang muda. Kalau dah umur 40... i think u better forget it!

Alasan saya mudah: Apabila kita sudah berumur (40 above) tenaga kita berkurangan, tahap kesihatan kita juga menurun dan penyakit pula bertambah. Sedangkan bidang perniagaan memerlukan semangat juang yang tinggi dan komi…