20 Januari 2011

Pemaafnya Muhammad Rasulullah SAW

Setiap hari, Rasulullah S.A.W akan datang ke celahan bangunan di kota untuk mencari seorang lelaki buta berbangsa yahudi, untuk diberi makan. Rasulullah S.A.W pasti akan menyuapkan makanan ke mulut si yahudi itu setiap hari. Setiap kali baginda datang untuk menyuapkan makanan, si yahudi itu tak lepas-lepas bercakap seperti yang diwar-warkan kepada orang ramai. Sambil dia makan dari suapan Rasulullah S.A.W itu, dia bercerita;


"Ada orang bernama Muhammad, seorang gila dan pendusta. Janganlah engkau mendekatinya kelak kau akan terpengaruh dengan kata-katanya. Telah banyak orang yang mengikut Muhammad!"

Begitulah si yahudi ini setiap hari. Tetapi Rasulullah S.A.W hanya berdiam diri dan terus menyuapkan makanan. Ketika Rasulullah S.A.W wafat, Saidina Abu Bakar as-siddiq r.a menolong menyelesaikan semua kerja-kerja peninggalan Baginda. Suatu hari Abu Bakar r.a bertanya kepada Saidatina Aisyah r.ha, ada lagi atau tidak kerja Rasulullah S.A.W yang belum dibuat olehnya. Saidatina Aisyah menjawab bahawa ada seorang yahudi di kota yang Baginda selalu menyuapkan makanan kepadanya. Abu Bakar r.a pun pergi kepada yahudi itu untuk menyuapkan makanan.

Si Yahudi itu berasa pelik.
"Kamukah yang menyuapkan makanan setiap hari sebelum ini?"

Saidina Abu Bakar r.a menjawab : " Ya." "Si yahudi itu berkata lagi. " Kau tipu! Sebelum ini suapannya kecil-kecil tetapi suapan hari ini lain, tidak seperti selalu."

Saidina Abu Bakar menjawab: "Ya. Aku bukan orang sebelum ini menyuapkan makanan. Orang yang menyuapkan kamu selalu adalah seorang yang sangat mulia. Beliau telah wafat bertemu Kekasihnya. Aku adalah sahabat beliau."

Si Yahudi itu terkejut. " Siapa sahabatmu yang mulia itu, yang selalu menyuapkan makanan kepadaku?"

Saidina Abu Bakar r.a menjawab: " Beliau ialah Muhammad Rasulullah S.A.W. Beliau telah wafat, tidak dapat lagi hendak menyuapkan engkau dan aku hanyalah sebagai pengganti."


Si yahudi itu terus menangis dan memeluk Saidina Abu Bakar r.a. Dia sangat terharu dengan sifat mulia Rasulullah S.A.w. Disebabkan kemuliaan akhlak Rasulullah S.A.W , si yahudi itu terus mengucapkan kalimah syahadah memeluk Islam! Indahnya akhlak & baiknya pekertimu Ya Rasulullah!

2 ulasan:

Granny Hani berkata...

Dia yang terpilih...

Zuraini Kamal berkata...

Ya benar; dialah contoh terbaik. Dialah umat terbaik! Semoga kita bersama dpt menjejaki setiap langkahnya & tidak tercicir mdpt syafaat Baginda SAW

ADAKAH GULA MENYEBABKAN KANSER ?

Salam .. hari ini saya nak kongsikan catatan blog  yang ditulis oleh (my gynae-onco) YBhg. Dato Dr  Rushdan Noor   Pakar Kanser Wanita da...