04 Januari 2011

Beli Rumah Lelong!



Assalamualaikum wbt;

Seorang sahabat Sdri Adilah; ingin mengetahui pengalaman sy membeli sebuah rumah yg telah dilelong oleh Pihak Bank & pembelian terpaksa dibuat melalui satu lelongan di Mahkamah Alor Setar; Kedah.

Sekitar bulan Mei 2009; sy amat berminat terhadap sebuah rumah yg terletak di Darulaman Heights kerana kawasan persekitaran yg agak ekslusif & damai. Mengetahui tentang lelongan rumah tersebut sewaktu sy membaca Notis Lelongan yg tertampal di pagar rumah! Saya lantas menelefon seorang sahabat & beliau berpesan supaya saya menanggalkan notis lelongan dengan harapan; saya tidak perlu bersaing dgn ramai pihak! al-maklumlah kita akan terpaksa `bid the price'. Ha ha ha bila dikenang kenakalan saya itu terasa luculah pulak!

Perkara pertama saya lakukan ialah menelefon `Agen Hartanah' yg bertanggungjawab terhadap lelongan itu. Kebetulan Nama serta nombor telefon Agen diiklankan bersama notis lelongan. Saya mendapatkan segala maklumat tentang rumah yg ingin dibeli serta bertanya tentang harga & tarikh lelongan.


Yang Saya Lakukan:

1. Telefon Agen & dapatkan maklumat rumah yg dilelong
2. Menelefon seorg sahabat (yg saya percaya) utk bertanya pendapat
3. Bersedia menghadiri lelongan & membawa bersama Bank Draft 10% dr nilaian `harga lelongan' - pihak agen akan memaklumkan berapa harga lelongan; selalunya dilelong pd harga pasaran @ nilaian Hutang tuan asal rumah kpd Bank.


Langkah Cadangan : (yg PATUT sy lakukan -tapi saya tak buat):

1. Menjemput seorang yang Arif dlm penilaian Harta tersebut
2. Memeriksa kawasan persekitaran rumah secara terperinci
3. Menjemput kontraktor utk memberikan anggaran kos baik pulih yg perlu sy belanjakan

Kesimpulannya; oleh kerana saya amat berminat terhadap rumah itu kerana ianya memenuhi gambaran rumah `impian' (my dream house), maka saya telah bertekad utk memenangi lelongan tersebut dgn anggaran harga yg sy fikirkan mampu!

Sewaktu memasuki ruang Lelongan di mahkamah, hanya pihak pembeli shj dibenarkan masuk dgn membawa bersama dokumen (kad pengenalan & Bank draft). Agen Lelongan Hartanah juga turut hadir sebagai pegawai yg menguruskan lelongan tersebut.

Selain saya terdapat 4 org lagi yg berminat terhadap premis itu. Apabila jurulelong memulakan proses membida dgn menyebut harga Lelongan. Pembeli yg berminat hanya perlu mengangkat tangan. Sekiranya ada 2 pihak yg berminat pd harga tawaran; maka harga lelongan akan dinaikkan. Dan akhirnya saya berjaya memenangi bidaan pada harga tawaran yg telah meningkat sebanyak RM20 000.

Sebagai `pemenang @ pemilik baru; sy dikehendaki menyerahkan Bank Draft sebagai wang pendahuluan terhadap pembelian tersebut. Dan pihak sy diberi tempoh selama 6 bulan untuk menjelaskan Bakinya. Oleh kerana tidak memiliki wang tunai yg banyak maka saya telah memaklumkan kpd pihak mahkamah bahawa baki harga belian akan dijelaskan melalui pinjaman bank. Alhamdulillah dgn bantuan seorang sahabat di CIMB segala urusan dpt diselesaikan dgn mudah & cepat.

Selesai urusan jual beli dgn pihak bank; saya kemudian meminta pihak peguam menguruskan proses pindah hakmilik dan membuat pembayaran cukai tanah. Sebaik shj menandatangani dokumen akujanji jual beli & pindahmilik; akhirnya `rumah idaman' itu menjadi milik saya melalui pembiayaan dari Bank CIMB.

Pesanan seorang teman: Jangan membeli rumah lelong yg diduduki oleh pemilik; lebih mudah urusan jika membeli rumah lelong yg Kosong; tidak didiami oleh sesiapa.

Alasan??
Apabila urusan jual beli selesai; ianya antara pihak kita selaku pembeli dan pihak bank yg melelong harta tersebut. Persoalannya: sekiranya penghuni TIDAK mahu mengosongkan rumah tersebut & kita dikehendaki membayar wang pampasan utk proses permindahan; tidakkah kita menanggung beban yg besar?

Nasihat saya: lakukan langkah-langkah yg sy cdgkan. Pastikan anda mengenali situasi harta yg dilelong sebelum mengambil keputusan utk hadir ke mahkamah & menawarkan harga belian.

Kepada Adilah; saya mendoakan anda `semoga berjaya'. Kepada sesiapa yg bercadang untuk membeli harta yg dilelong; jangan sekadar hanya membeli melalui gambaran iklan di akhbar ataupun internet. Tolong pastikan anda melawat premis yg ingin dibeli dan lakukan pemeriksaan secara menyeluruh.

Good Luck!

7 ulasan:

putra2207 berkata...

jumpa pakar.... spt htt://www.tuanbri.com atau http://www.pie2020.com/category.php?id_category=15 ... good luck buddy!

Zuraini Kamal berkata...

sdr azanil; sebelum kita membuat keputusan kita perlu merujuk kpd yg arif & pakar; tetapi yg paling penting dapatkan Nasihat yg JUJUR.

adilah hamid berkata...

Kak zue.. trima kasih banyak2... info ni sangat2 berguna untuk saya... pada 12/1/2011 ni saya akan ke auction tersebut.. hope saya berjaya...

Thanks kak..

dinsblog berkata...

pengalaman dan nasihat yg berguna..

Zuraini Kamal berkata...

tq sdr Din

Tanpa Nama berkata...

It's going to be end of mine day, however before finish I am reading this enormous article to increase my knowledge.

my web page; imac retina display repair bangsar imac retina display repair malaysia imac repair bangsar

Tanpa Nama berkata...

You сoulԁ defіnіtеlу see
уour exρеrtise in the wοrk you write.
The arena hopеs for evеn more passiοnate writeгs suсh as уou who arе not afraіd to say how they belіеvе.
Alwayѕ follοw your heart.

Here is my weblog; Ipad Repair Johor bahru

ADAKAH GULA MENYEBABKAN KANSER ?

Salam .. hari ini saya nak kongsikan catatan blog  yang ditulis oleh (my gynae-onco) YBhg. Dato Dr  Rushdan Noor   Pakar Kanser Wanita da...