18 Januari 2011

dulu lain sekarang lain



ha ha ha teringat saya kpd `ajaran' my mom: Dia seorang Guru - `semenjak zaman British lagi!! Dia mengajar kami (the children) dengan penuh disiplin & penuh ketegasan. Tiada Kompromi.

Kami selalu makan rotan; Lempangan (bukan lempeng!) dan jugak pulasan telinga!! Saya memang sentiasa kena dapat TOP 3 dalam peperiksaan penggal persekolahan; kalau lower than that alamatnya kompom `lari keliling rumah dikejar talipinggang' .



Mak saya memang terkenal dengan `Teacher Garang'. Bapa sy seorang Pegawai Tentera Udara - can u imagine his dicipline level?


Me & My children - am i the greatest mom?

anak-anak saya; .......... saya tak `gamak' nak ikut kaedah mak abah. Honestly i dont know How to be like my parent. To be frank, it's not my priority anymore.. bukan sebab saya tidak mementingkan akademik; cuma saya telah melihat kehidupan hari ini dgn perspektif yg berbeza & horizon yg terbuka. Pendekatan yg berbeza mengikut kesesuaian zaman. Berjaya dlm hidup tak semestinya berpaksi kpd EXCELL dlm ACADEMIC! i might be right & i might be wrong.. tp itulah prinsip saya. Dan saya ubah pendekatan saya dlm mendidik anak-anak.

Namun begitu Ibu Bapa tetap menjadi idola saya; Abah sentiasa mengamalkan solat berjemaah dan kini itu yg saya cuba lakukan. Bersolat berjemaah byk hikmahnya. Selain ganjaran pahala solat 27 kali ganda dr solat berseorangan; kekuatan berdoa secara berjemaah; insyaallah akan lebih dimakbulkan.

Kpd guru anak-anak saya; memang saya sering bpesan `ajar & didiklah - hukumlah asalkan tak cacat cela! Insyaallah sy tidak pernah mpersoalkan tindakan guru2 kpd anak2 saya. Saya faham bukan mudah mdidik anak2 di alaf millenium ini. Adakalanya di hadapan ibu bapa, anak2 mpunyai perwatakan berbeza & nampak sentiasa manis tidak berbuat salah.


Alhamdulillah; hubungan saya & anak2 agak rapat.. sehingga hari ini w'pon mereka dah besar remaja, saya masih blh mcium kedua pipi & dahi mrk. Amalan yg sy lakukan agar kasih syg kami sentiasa segar & berpanjangan.


Sebagai ibu saya hanya boleh berdoa agar anak-anak saya menjadi insan yg berguna kpd bangsa & agama. Tiada ibu bapa yg boleh mengatakan mereka mempunyai kaedah yg betul mendidik anak2. Kita semua tidak tahu apa yg berlaku di masa hadapan. Tapi apa yg kita tanam hari ini akan kita tuai hasilnya nanti. Anak-anak kita insyaallah akan membesar dlm lingkungan didikan yg telah kita bentuk & sematkan dlm diri mereka.


Berusaha & berdoa; insyaallah : `Rabbi habli minassolehiin'........ (Ya Allah kurniakanlah aku anak2 yg solleh : doa Nabi Ibrahim a.s)

13 Januari 2011

Doa Uwais al-Qarni



Nabi berpesan kepada Umar dan Ali, “Akan lahir dikalangan Tabiin seorang insan yang doa dia sangat makbul nama dia Uwais al-Qarni dan dia akan lahir dizaman kamu”.

Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali adalah orang2 yang telah disenaraikan sebagai “al-Mubasyirun bil Jannah” - mereka dah dijamin masuk syurga. Nabi seterusnya berkata kepada Umar dan Ali, “Dizaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doa beliau sangat makbul. Kamu berdua pergilah mcarinya. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul dizaman kamu, maka carilah dia. Kalau berjumpa dengannya mohon supaya dia berdoa untuk kamu berdua.”

Umar dan Ali bertanya kepada nabi “Apakah yang patut saya mintak dari Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah? Nabi menjawab “Kamu mintak kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian”.

Uwais al-Qarni telah muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Memang mereka tunggu dan cari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu dengan Uwais al-Qarni.

Dari pandangan mata luar, tidak mungkin dia orang yang nabi maksudkan. Kerana orang itu pada pandangan umum dan orang-orang yang datang bersama kabilah menganggapkan dia seorang yang tidak sempurna akal. Seperti seorang yg kurang siuman. Tetapi dia ada sesuatu yg istimewa.


Asal usul Uwais al-Qarni

Asalnya Uwais berpenyakit sopak. Badannya putih, putih penyakit yang jelek & mengaibkan. Walaupun dia sopak tetapi dia seorang yang soleh, terlalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia sangat tekun mencari keredhaan ibunya. Bapanya telah meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Dia berpenyakit sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaga dia sehingga dewasa.

Satu hari ibunya memberitahu Uwais bahawa dia ingin pergi mengerjakan haji. Lalu disuruh Uwais berikhtiar supaya membawanya ke Mekah untuk menunaikan haji. Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak mampu untuk menyediakan segala keperluan & perbelanjaan untuk ibunya. Pada zaman itu kebanyakan jemaah Haji bertolak dari Yaman ke Mekah akan menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang diatasnya “Haudat”.

Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, ianya selesa tetapi mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan kemudahan tersebut. Dia tidak punya unta, nak sewa pun pasti dia tidak mampu.

Ibu Uwais semakin uzur dan mendesak Uwais sambil berkata kepada : “Anakku mungkin ajal ibu sudah menghampiriku , tak lama lagi aku akan pergi meninggalkanmu. Ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji”.

Uwais mendapat ilham bagaimana untuk memenuhi keinginan si Ibu tua. Lalu dibelinya seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Didirikannya sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi (Dia membina sebuah rumah untuk lembu itu di atas bukit). Setiap hari dia mendukung anak lembu untuk naik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia mendukung lembu itu turun dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dikerjakan Uwais setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit sebelum memberi lembu itu makan.

Perbuatannya yang aneh itu telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan tanggapan buruk terhadap Uwais. Mereka mengatakan beliau tidak waras. Membina rumah lembu di atas bukit, kemudian setiap hari mengusung lembu; petang bawa naik, pagi bawa turun bukit. Perbuatannya itu mempunyai alasan yang baik. Akibatnya lembu yang beratnya 20kg, selepas enam bulan telah bertambah gemuk menjadi 100kg. Otot-otot (muscle) tangan dan badan Uwais menjadi kuat hingga mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit.

Selepas lapan bulan; kini tiba musim haji. ternyata apa yang dilakukan Uwais semata-mata hanyalah sebagai satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Di belakang; dia memikul bebanan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan mabit di Padang Arafah dengan mudah. Dia turut memangku ibunya dan berjalan pulang semula ke Yaman dari Mekah.

Sampai di rumah ibunya bertanya:“ Uwais, apa yang kamu mohon sepanjang kamu berada di Mekah?”. Uwais menjawab “Saya berdoa agar Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”. Ibunya bertanya lagi “Bagaiman pula dengan dosa kamu”. Uwais menjawab “Dengan terampunnya dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga akan masuk syurga”. Ibunya berkata lagi “Ibu mahu kamu berdoa agar Allah hilangkan penyakit sopak kamu itu”. Uwais kata “Saya keberatan untuk berdoa kerana ini adalah kurniaan Allah. Kalau kita tidak redha dengan takdir Allah, maka saya bukan seorang hambaNYA yang bersyukur. Ibunya menambah “Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, Ibu perintahkan engkau berdoa”.

Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang diminta ibunya agar Allah sembuhkan penyakit sopak yang dihidapinya itu. Tetapi kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya; maka dia berdoa “Tolonglah Ya Allah kerana ibuku menyuruh aku berdoa, aku bermohon hilangkan segala yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit” . Dengan izin Allah penyakit sopaknya itu sembuh. Kecuali yang tinggal warna putih sebesar duit syiling di tengkuknya.

Rasulullah SAW memilikki Khatam Nubuwah iaitu tanda kenabian, (tanda pada nabi bersinar) Uwais pula mempunyai tanda tompok putih pada tengkuknya. Ini disebabkan oleh Doa Uwais memohon agar supaya Sopak itu tidak dihilangkan kesemuanya. Bagi Uwais, Sopak itu merupakan anugerah. Nabi ada menyebut secara jelas tentang tanda putih itu kpd Umar dan Ali. Seandainya kamu nampak akan Tanda putih bulatan sopak di belakang tengkuknya itulah: Uwais al-Qarni.

Akhirnya Sayidina Umar dan Sayidina Ali dapat bertemu dengan Uwais dan meminta kpd beliau untuk mendoakan agar Allah swt. mengampun semua dosa-dosa mereka.

Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Umar dan Ali, dia berkata: “Aku datang ini dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat nabi kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku. Aku datang adalah semata-mata untuk menunaikan wasiat itu”. Maka Uwais pun mendoakan mereka berdua.

06 Januari 2011

Marah Pada Siapa ??


Suatu hari Syaqiq al-Balkhi membeli sebiji buah tembikai untuk isterinya. Dengan gembira, si isteri membelah buah itu untuk dimakannya. akan tetapi malangnya tembikai itu tidak elok dan tidak manis langsung rasanya. Maka marahlah isteri Syaqiq.


"Engkau marah kepada siapa?" Tanya Syaqiq. "Apakah engkau marah kepada si penjual, si pembeli, kepada petani yang menanam atau marah kepada Si Penciptanya?"

Isteri Syaqiq diam sahaja tidak dapat menjawab.

"Ayo jawab!" Kata Syaqiq.

Kemudian Syaqiq berkata: "Kalau engkau marah kepada si penjual, tidak kena. Sekiranya dia yang membuat tembikai itu, sudah tentu dia hanya ingin menjual yang baik-baik saja. Kalau engkau marah kepada si pembeli, tidak kena juga. Dia telah berusaha membeli yang terbaik. Kalau marah kepada si petani, juga tidak kena. Sekiranya boleh membuat tembikai, nescaya hanya tumbuh yang baik-baik saja. Tidak lain marahmu itu hanyalah kepada Si Penciptanya. Bertaqwalah engkau kepada Allah dan redha terhadap semua ketentuan-Nya."


Mendengar itu, isteri Syaqiq menangis dan bertaubat. Dia pun redha terhadap semua ketentuan Allah atas dirinya.

`Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat; maka tidak ada seorang pun yang dapat menahannya. Dan Apa saja yang Allah tahan maka tidak seorang pun yang sanggup untuk melepaskannya sesudah itu" [FATHIR: 2]

05 Januari 2011

Rumah ini ada undeng-undeng tau !!!


Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Bukalah (ajarkanlah) anak-anak kamu kalimah pertama dengan “la ilaaha illa Allah”.”
[Riwayat al-Hakim]


Salam.......

Sebagai ibu kepada 2 orang `anak dara' yang meningkat dewasa & seorang anak teruna, my blood preasure turut meningkat sama! al-maklumlah cabaran kehidupan di alaf millenium mendedahkan kita dengan pelbagai kepincangan dan masalah sosial yang meruntun naluri kemanusiaan kita.

Terus terang saya katakan menjadi ibu bapa di zaman penuh kemodenan sangat berbeza dan menuntut kita menjadi ibu bapa yang lebih bijak, peka dan sentiasa terlibat dengan setiap aktiviti anak-anak khususnya yang sedang meningkat remaja.

Bukankah `Alam Remaja' adalah satu peringkat usia yang sangat kritikal dan mencabar kebijaksanaan dan kreativiti ibu bapa untuk menangani dan membimbing anak-anak yang sedang berEvolusi?




My two daughters Nurul Arisya (14) dan Hana Afeeza (13); membesar di `depan mata saya' (under my very close supervission) manakala yang sulong; Mohd Noor Zakuan kini sedang menuntut tahun kedua di Universiti Malaysia Pahang.

Zakuan menghabiskan pembelajaran tingkatan 1 hingga tingkatan 5 di Sekolah Agama (Berasrama) Yan Kedah. Menghantar beliau bersekolah di asrama, merupakan satu keputusan bijak w'pon pada awalnya tidak mendapat sokongan keluarga. Menyoroti pengalaman sendiri sebagai pelajar di Sekolah Menengah Sains Kuantan (SEMSAS); saya percaya pendidikan di sekolah berasrama lebih menyeluruh dan fokus jika dibandingkan dengan sekolah harian biasa. Pelajar terhindar dari gangguan TV; Radio; Internet dan penggunaan HP yg tidak terkawal. Zaman kami dulu memang tak daklah gangguan HP sebab HP pon belum wujud!


Sebagai ibu bapa muda (Young Parents) adakalanya kita belum bersedia untuk memikul beban dan tanggungjawab untuk membesarkan seorang anak yang sedang meningkat remaja. Selain dari memikirkan keperluan pembelajaran persekolahan, kita juga perlu bertanggungjawab terhadap aspek pengisian kerohanian yang wajib diberikan kepada anak-anak con: Pendidikan Tauhid, Fekah, Fardhu Ain, Qiraati dan sebagainya. Dan saya percaya, Zakuan mendapat pendedahan yang mencukupi sewaktu beliau di Sekolah Agama Yan.




Dari Jabir r.a katanya:”Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja.”
(Muslim)

Berbincang dgn sahabat yg mempunyai anak-anak remaja memberi saya idea & sedikit pedoman untuk dijadikan panduan ; Bagaimana untuk menjadi Ibu Bapa yg `bijak'.

Seorang sahabat berpesan: `adakalanya kita menjadi Sahabat kpd anak-anak. Tetapi ada ketika kita WAJIB menjadi Ibu & Bapa'.
Maksudnya: kita sentiasa perlu bersikap lemah lembut dan penyayang; menjadi sahabat & kawan kepada anak-anak kita. Tetapi apabila menyentuh bab Agama, disiplin & tanggungjawab; kita perlu tegas; kalau perlu rotan .. maka kena rotanlah kan!

Dunia hari ini adalah dunia IT. Penggunaan HP & internet sangat effisien tetapi ianya perlu dikawal. Malahan rancangan TV & Astro 24 jam yg menghidangkan pelbagai rancangan dalam & luar negara; ada yg sesuai untuk tontonan anak-anak manakala Banyak yg perlu diSENSOR!

WAHAI ANAK-ANAKKU ......................
Rumah ini ada undang-undang:


1. Solat (selalunya berjemaah)

2. Penggunaan Hp hanya setakat jam 8 mlm. Hp perlu diserahkan dlm keadaan ON supaya sy boleh tlg jawab semua sms yg masuk selepas jam 8 mlm. believe it or not; macam-macam saya jumpak!!!!

3. Internet 1 JAM: Tahun ini (2011) Arisya akan menduduki peperiksaan PMR, dan insyaallah tahun hadapan 2012 giliran si bongsu; Hana. Maka Penggunaan Internet hanya terhad kpd sejam seorang setiap hari.

4. Password : Mereka Wajib memberitahu password akaun Twitter & Yahoo Messenger (YM) supaya mudah saya memantau pergerakan mereka di alam siber!

5. BerInternet di ruangan terbuka con: Meja Makan; supaya saya boleh menjengok & nampak apa jua yg tertera di skrin laptop.

Saya difahamkan ada pelbagai software yg boleh diaplikasikan utk memudahkan ibu bapa memantau segala aktiviti siber anak-anak. Pada hari ini; sy masih belum mengambil tindakan sebegitu kerana sy masih boleh duduk disamping mereka setiap kali mereka `berinternet'.

Zaman kita dulu amat berbeza jika dibandingkan dengan zaman anak-anak sekarang. Kalau bertegas sangat; takut anak lari dari rumah. Kalau berlembut pula nanti takut depa jd `spoill kids'. Namun selain dr usaha, setiap kali solat jangan lupa berdoa agar Allah swt mengurniakan kita anak-anak yg beriman dan solleh.

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Takutlah akan Allah dan berlaku adillah terhadap anak-anakmu. ” [
Riwayat al-Bukhari dan Muslim]


`Rabbi Habli minassolihiiin'
Ya Allah kurniakan kami anak-anak yg solleh
[doa amalan Nabi Ibrahim a.s]



04 Januari 2011

Beli Rumah Lelong!



Assalamualaikum wbt;

Seorang sahabat Sdri Adilah; ingin mengetahui pengalaman sy membeli sebuah rumah yg telah dilelong oleh Pihak Bank & pembelian terpaksa dibuat melalui satu lelongan di Mahkamah Alor Setar; Kedah.

Sekitar bulan Mei 2009; sy amat berminat terhadap sebuah rumah yg terletak di Darulaman Heights kerana kawasan persekitaran yg agak ekslusif & damai. Mengetahui tentang lelongan rumah tersebut sewaktu sy membaca Notis Lelongan yg tertampal di pagar rumah! Saya lantas menelefon seorang sahabat & beliau berpesan supaya saya menanggalkan notis lelongan dengan harapan; saya tidak perlu bersaing dgn ramai pihak! al-maklumlah kita akan terpaksa `bid the price'. Ha ha ha bila dikenang kenakalan saya itu terasa luculah pulak!

Perkara pertama saya lakukan ialah menelefon `Agen Hartanah' yg bertanggungjawab terhadap lelongan itu. Kebetulan Nama serta nombor telefon Agen diiklankan bersama notis lelongan. Saya mendapatkan segala maklumat tentang rumah yg ingin dibeli serta bertanya tentang harga & tarikh lelongan.


Yang Saya Lakukan:

1. Telefon Agen & dapatkan maklumat rumah yg dilelong
2. Menelefon seorg sahabat (yg saya percaya) utk bertanya pendapat
3. Bersedia menghadiri lelongan & membawa bersama Bank Draft 10% dr nilaian `harga lelongan' - pihak agen akan memaklumkan berapa harga lelongan; selalunya dilelong pd harga pasaran @ nilaian Hutang tuan asal rumah kpd Bank.


Langkah Cadangan : (yg PATUT sy lakukan -tapi saya tak buat):

1. Menjemput seorang yang Arif dlm penilaian Harta tersebut
2. Memeriksa kawasan persekitaran rumah secara terperinci
3. Menjemput kontraktor utk memberikan anggaran kos baik pulih yg perlu sy belanjakan

Kesimpulannya; oleh kerana saya amat berminat terhadap rumah itu kerana ianya memenuhi gambaran rumah `impian' (my dream house), maka saya telah bertekad utk memenangi lelongan tersebut dgn anggaran harga yg sy fikirkan mampu!

Sewaktu memasuki ruang Lelongan di mahkamah, hanya pihak pembeli shj dibenarkan masuk dgn membawa bersama dokumen (kad pengenalan & Bank draft). Agen Lelongan Hartanah juga turut hadir sebagai pegawai yg menguruskan lelongan tersebut.

Selain saya terdapat 4 org lagi yg berminat terhadap premis itu. Apabila jurulelong memulakan proses membida dgn menyebut harga Lelongan. Pembeli yg berminat hanya perlu mengangkat tangan. Sekiranya ada 2 pihak yg berminat pd harga tawaran; maka harga lelongan akan dinaikkan. Dan akhirnya saya berjaya memenangi bidaan pada harga tawaran yg telah meningkat sebanyak RM20 000.

Sebagai `pemenang @ pemilik baru; sy dikehendaki menyerahkan Bank Draft sebagai wang pendahuluan terhadap pembelian tersebut. Dan pihak sy diberi tempoh selama 6 bulan untuk menjelaskan Bakinya. Oleh kerana tidak memiliki wang tunai yg banyak maka saya telah memaklumkan kpd pihak mahkamah bahawa baki harga belian akan dijelaskan melalui pinjaman bank. Alhamdulillah dgn bantuan seorang sahabat di CIMB segala urusan dpt diselesaikan dgn mudah & cepat.

Selesai urusan jual beli dgn pihak bank; saya kemudian meminta pihak peguam menguruskan proses pindah hakmilik dan membuat pembayaran cukai tanah. Sebaik shj menandatangani dokumen akujanji jual beli & pindahmilik; akhirnya `rumah idaman' itu menjadi milik saya melalui pembiayaan dari Bank CIMB.

Pesanan seorang teman: Jangan membeli rumah lelong yg diduduki oleh pemilik; lebih mudah urusan jika membeli rumah lelong yg Kosong; tidak didiami oleh sesiapa.

Alasan??
Apabila urusan jual beli selesai; ianya antara pihak kita selaku pembeli dan pihak bank yg melelong harta tersebut. Persoalannya: sekiranya penghuni TIDAK mahu mengosongkan rumah tersebut & kita dikehendaki membayar wang pampasan utk proses permindahan; tidakkah kita menanggung beban yg besar?

Nasihat saya: lakukan langkah-langkah yg sy cdgkan. Pastikan anda mengenali situasi harta yg dilelong sebelum mengambil keputusan utk hadir ke mahkamah & menawarkan harga belian.

Kepada Adilah; saya mendoakan anda `semoga berjaya'. Kepada sesiapa yg bercadang untuk membeli harta yg dilelong; jangan sekadar hanya membeli melalui gambaran iklan di akhbar ataupun internet. Tolong pastikan anda melawat premis yg ingin dibeli dan lakukan pemeriksaan secara menyeluruh.

Good Luck!

02 Januari 2011

Terima kasih Allah - terima kasih Sahabat!

Salam

2010; terlalu banyak catatan suka duka & penting yg berlaku dlm hidup saya sepanjang tahun. Bak kata pepatah: `manusia hanya merancang; tp Allah yg menentukan'.

Ayahanda tercinta telah melalui pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN). Alhamdulillah beliau telah selamat menjalani angiogram & angio plastic di bawah pengawasan Pakar Dato Dr Rosli Mohd Ali - ketua unit Kardiologi IJN. Hanya Allah swt yg dapat membalas budi & jasa mereka yg membantu merealisasikan impian ayahanda - Hj Kamal untuk menjalani rawatan jantung di IJN.

Saya ingin menyatakan rasa terhutang budi & ucapan terimakasih kpd: YB Dato Shahaniza Shamsuddin (ADUN Kuala Sentul); YB Nolee Ashilin (ADUN ) ; Dr Nomee Ashikin - Kardiologist IJN; Dr Abdul Razak (my senior di SEMSAS Kuantan - Dr Pakar di hospital Sungai Buloh); Dr Azmee - Kardiologis IJN; Dr Zaki Zamani (Pakar di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar) - sentiasa tidak jemu melayani permintaan saya w'pon hanya melalui panggilan talipon.

Terimaksih jua kepada ahli keluarga & sahabat handai yg sanggup `bertunggu-bertangga & berkampung di IJN sepanjang ayahanda saya di bilik bedah , CCU & ICU unit Kardio IJN. Anda telah memberi kami kekuatan & berkongsi beban kesedihan serta menenangkan kami dengan kata-kata peransang & doa yg tulus ikhlas.

Kami sekeluarga turut berterima kasih kpd Tuan Hj Sharifuddin & isteri Hjh Rokiah yg sentiasa bersama ayahanda sy dr hari pertama menemani sewaktu pemeriksaan awal diadakan; pakcik Rahman & isteri serta pakcik Bakar @ Burn sekeluarga. Mereka adalah sahabat & jiran ayahanda saya di Taman Desa Jaya Kepong KL. Mereka adalah teman yang sentiasa bersama di saat susah senang suka duka.

Benarlah; jiran & sahabat baik itu adalah anugerah Allah swt. Ianya lebih bernilai dari timbunan harta kekayaan & wang ringgit yg berjuta.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”:Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.!”
[Riwayat Ibnu Hibban]

kini ayahnda saya telah pun kembali berkebun dan beriadah; walaupon tidak segagah dulu, tapi dia memang tak reti duduk diam tanpa berbuat apa-apa.


KehadratMU Ya Allah; kami benar-benar bersyukur di atas `pertolonganMU' yang tidak disangka-sangka ke atas hambaMU yang kerdil & sangat memerlukan. Hanya Engkau yang Maha Mengetahui apa yg tidak kami ketahui; dan Engkau shj Yang Mengetahui apa yang ada di dalam hati kami. Engkau Maha Pengampun dan Engkau jua Maha Mengasihani.

wassalam!

01 Januari 2011

Selamat Tahun Baru Masehi 2011 & Salam Ma'al Hijrah 1432


Assalamua'laikum wbt;

Begitu pantas masa berlalu tanpa kita sedari Tahun 2010 telah pun berakhir. Alhamdulillah syukur kehadrat Allah swt kerana pada hari ini kita masih diberi kesempatan utk menikmati kehidupan di dunia untuk meraikan tanggal unik 01.01.11. Detik ini hanya berlaku setiap 1000 tahun.

Sudah agak lama sy tidak berpeluang menjenguk Blog Tinta-Zue. Apabila terlalu asyik berFB, maka blog pon menjadi sukar utk diperbaharui. Segala idea-idea telah disalurkan secara mudah melalui catatan `wall' FB. Banyak yg ingin sy tulis dan terlalu banyak perkara suka duka; pahit manis yang telah berlaku dalam catatan diari hidup saya sepanjang tahun masehi 2010 (H1431).

Pesan sahabat sy YB Dato Shahaniza; mulakanlah pd hari ini; kerana ianya mberi kesempatan & semangat utk kita mulakan sesuatu pd Tahun baru 2011.

Pertama sekali saya mengucap syukur kehadrat Ilahi kerana masih mengasihi & menyayangi saya serta keluarga. Saya masih dikurniakan Rezeqi & Nikmat Allah Swt yg tak terhitung nilainya.


[ Fatir: 3 ]

Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakanNya kepada kamu; tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah; Ia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela dipalingkan (dari menyembahnya)?

Sewaktu sy di Jeddah; selesai solat subuh berjemaah; Ustazah dr kumpulan Zahafiz Travel sempat berpesan: `sentiasa amalkan Sujud Syukur setiap kali solat Subuh'. Kerana banyak sebab utk kita menyatakan terimakasih & mensyukuri nikmat Allah Swt yg tak terhitung banyaknya buat kita semua. Jgn sekadar tunggu bila dpt Kenaikan Pangkat; anak2 Berjaya dlm Peperiksaan baru kita nak buat Sujud Syukur.

Insyaallah; semoga kita sentiasa mjadi insan yg mulia & umat Muhammad saw yg sentiasa bsyukur. Dan sy pasti akan terus memeriahkan Blog tinta-zue dgn pelbagai catatan yg blh dijadikan iktibar & panduan dlm melayari kehidupan , melalui pengalaman hidup sy & peristiwa yg berlaku di sekeliling.

Salam ukhwah dgn penuh kasih sayang dr saya
zuraini kamal

ADAKAH GULA MENYEBABKAN KANSER ?

Salam .. hari ini saya nak kongsikan catatan blog  yang ditulis oleh (my gynae-onco) YBhg. Dato Dr  Rushdan Noor   Pakar Kanser Wanita da...