Sewaktu mula-mula disahkan Kanser saya cuba merahsiakan dari keluarga & kawan2. Saya `malu' hendak bercerita kepada sahabat sebab saya pasti akan kedengaran suara-suara `negatif dan sumbang' apabila berbicara tentang Kanser:
Ada yg berkata itulah `hukuman dari ALLAH SWT' terhadap `kejahatan dan dosa' yang telah kami lakukan. (saya malas nak bincang isu ini). Yang paling sukar apabila `tiada yg memahami' bahawa Pesakit Kanser sangat sensitif dan amat memerlukan `bahu utk menangis' dan `telinga utk mendengar' segala luahan isi hati kami, terpaksa melalui detik-detik sukar ini. Sewaktu menjalani Rawatan kami memang akan `sangat-sangat kurus' mungkin sebab kami kehilangan selera untuk makan - maklumlahkan ... stress pon ado! Sekiranya anda ingin melawat sahabat yang sedang menjalani rawatan kerana Penyakit Kanser:
Tolong jangan ingatkan kami Tentang TABAH dan KUAT: kalau kami tak tabah dan tidak kuat semangat dah lama kami terjun bangunan.
2. Tolong jangan cakap: `kurussssnya zue...'
(i stress giler tau .. i tengok muka i kat Cermin setiap hari - terasa macam Zombie je. Memang dah tak cantek anymore :) )
Cuba hangpa cakap je: `awat hang koi kecik - atau awat hang koi comey'
3. Tolong Jangan suruh kami membeli apa jua Produk yg kononnya `Boleh Sembuhkan Kanser' : `kalau kami ada DUIT nyawa pon kami beli tau (jika ada jual lah kan)
So kalau nak suruh makan supplimens apa pon `hangpa tolong beli dan hadiahkan kat kami lah no'.
So kalau nak suruh makan supplimens apa pon `hangpa tolong beli dan hadiahkan kat kami lah no'.
==============================================
Saya ingin mengucapkan Jutaan terima kasih kepada seluruh warga FB Frenz saya yang telah bersama-sama saya melalui `journey' sebagai seorang Pesakit Kanser: 4 Tahun yang lalu 18hb April saya telah melalui pembedahan membuang Tumor Kanser dan seterusnya menjalani rawatan Radioterapi di Mount Miriam Cancer Hospital Pulau Pinang.
Saya bersyukur kerana mempunyai sokongan dari kedua ibubapa (dan mertua): kaum keluarga - Doktors - onko - Nurses dan seluruh warga Hospital Sultanah Bahiyah Kedah. My Bff (u know WHO ure). Mereka yang telah memberi pelbagai sumbangan dan bantuan kewangan - supplimens - datang melawat - bawak macam-macam! Hjh Afiza yang sanggup datang ke rumah setiap pagi untuk breakfast bersama saya Bee Hun Goreng. Kepada seluruh warga FB yg tak jemu-jemu Memberi kata-kata semangat serta nasihat untuk saya terus menjalani Rawatan. Malah ada sahabat yang col dan text saya setiap hari agar saya tidak kesunyian. its Not easy tau. Kalau tak kuat semangat memang kita akan berhenti sekerat jalan.
Semoga ALLAH memberi ganjaran terhadap setiap kebajikan dan bantuan yang anda hulurkan kepada saya dan keluarga.
La Tahzan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan