03 Disember 2016

Kanser : kita perlu Fokus

Be Strong and Be Selfish!
Pesanan ini saya tujukan khas kepada semua Cancer Survivors. Dalam keadaan kita sedang bersedih dan sangat beremosi disebabkan oleh penyakit kanser yg kita hidapi. Jangan hilang fokus terhadap apa yg perlu diberi keutamaan.  DIRI KITA. Kesihatan tubuh kita adalah keutamaan dan fokus utama. Jika kita tidak sihat kita tidak boleh menjalani kehidupan normal yg sedang kita lalui selama ini.

Sekiranya kita tidak sihat bagaimana kita mampu menjalani tanggungjawab dan amanah sebagai insan: Bagaimana kita nak laksanakan Solat - beribadah - bekerja - bersukan - berhibur - berkhidmat - berkeluarga dan lain-lain  aktiviti  sebagai manusia yang  normal.

Bagaimana kita mampu menjadi Ibu - Isteri - Suami - Bapa - abang - kakak - adik - anak dan apa jua peranan kita dalam kehidupan masyarakat?

Realitinya :  Kanser adalah sesuatu yang sangat serius kerana Sel Kanser bergerak secara senyap tanpa diketahui oleh sesiapa (termasuk pesakit kanser sendiri)  kerana Sel Kanser  sukar dilihat dari penglihatan  mata kasar normal kecuali terpaksa menjalani ujian klinikal seperti Pet Scan - Ct Scan - MRI - Cancer Marker atau apa jua  ujian makmal yang terperinci dan mahal.
Nasihat ikhlas  saya: Jangan salahkan orang lain atas apa yang berlaku kepada diri kita sendiri. Allah jadikan setiap insan secara individu. Setiap dari kita ALLAH ciptakan lengkap dengan sifat dan fizikal yang sempurna. Darjat Manusia adalah tinggi kerana ALLAH berikan AKAL untuk kita berfikir dan mengkaji. Setiap makhluk ada Otak tetapi hanya manusia yang berakal.
(it sounded sarcastic but its the truth, and the truth hurts)

FOKUS pada rawatan medikal yang telah terbukti berkesan. Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji dan harapan palsu yang diberikan oleh penjual Supplimens dan perawat Alternatif yg tidak diiktiraf dan Tidak mempunyai Bukti terhadap dakwaan Sembuh Kanser yang mereka hebahkan. Tolonglah buat keputusan yang bijaksana untuk diri sendiri. Dapatkan rawatan yang tepat dengan cepat untuk penyembuhan yang segera. Jika kita sihat barulah kita mampu menjaga dan berkhidmat utk keluarga tercinta.

`Take care of yourself first or you will have nothing left to give others.'
zuraini kamal 3/12/16


1 ulasan:

Angah berkata...

tq for sharing puan..

ADAKAH GULA MENYEBABKAN KANSER ?

Salam .. hari ini saya nak kongsikan catatan blog  yang ditulis oleh (my gynae-onco) YBhg. Dato Dr  Rushdan Noor   Pakar Kanser Wanita da...