Grup CANCER SURVIVORS (MALAYSIA) telah ditubuhkan pada 14hb April 2014. Grup FB CSM terbentuk dari hasil response Pembaca Blog Tinta-zue dan juga rakan-rakan FB yang sering bertanya Bagaimana saya kembali Pulih dari Kanser Endometrium (2012). Tujuan asal adalah untuk berkongsi pengalaman sebagai seorang Cancer Survivors. Alhamdulillah pada hari ini: Grup FB CSM telah menjadi kumpulan sokongan alam maya yang masih kekal aktif dengan keahlian hampir 5000 orang. Di sini kami berkongsi Pengalaman sebenar sebagai seorang Pesakit Kanser atau Penjaga Pesakit ( Caregivers ). Ianya tidak mampu menjadi sebegini Hebat tanpa ahli-ahli CSM yang Hebat Berjiwa kental dan sentiasa positif seperti anda semua. Tahniah dan Syabas. Anda Rajin Menulis. Anda Rajin Membaca dan Rajin memberi komen-komen secara murni terhadap setiap persoalan dan posting rakan-rakan CSM. Kita semua matang dan saling menghormati walaupon berbeza pendapat. Agree to disagree.
Ahli Grup CSM jugak terdiri dari pelbagai golongan masyarakat: selain Melayu ada India .. Cina .. Sabahan .. Sarawakian .. Singaporean .. Brunei ... Indonesian.
Sebagai Pengasas Grup CSM ini : izinkan saya utk mengucapkan Jutaan terimakasih kepada sahabat ADMINS yg sudi membantu menguruskan Keluarga Besar CSM ini. Alfatihah buat arwah Saadiah (sahabat bff sy yg menyokong idea dan penubuhan awal grup FB CSM. Tak lupa kepada arwah Tn Hj Abd Rahim (seorg Admin yg sgt aktif berkongsi pengalaman): mereka berdua telah mendahului kami bertemu ALLAH SWT.
Sekiranya anda Pesakit Kanser atau Penjaga pesakit kanser (caregivers)

Sekiranya anda rasa keseorangan - murung - sedih - kompiuss - buntu - blank - keciwa
Sekiranya anda memerlukan Nasihat dan Ingin membaca pengalaman Pesakit Kanser (semua jenis Kanser ) yg dikongsikan bersama:
Marilah sertai CANCER SURVIVORS (MALAYSIA) sebuah kumpulan sokongan secara Alam Maya. Kami TIDAK MENJUAL PRODUK ATAU PROMOSI RAWATAN ALTERNATIF: MAKA PENJUAL - PENGAMAL - EJEN MLM TIDAK DI BENARKAN JOIN CSM.
Sila Klik link CSM :
Sila Klik link CSM :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan