Alhamdulillah saya telah mendapat Jemputan untuk mengerjakan ibadah Haji tahun 2010. Impian saya dimakbulkan ALLAH SWT. saya sekadar ingin berkongsi sedikit catatan tentang Ketaksuban melampau setengah pihak terhadap makanan sunnah yang banyak dijual untuk penyembuhan Penyakit.
Bukan niat saya untuk memperlekehkan apa jua ciptaan ALLAH apatah lagi ianya sesuatu yang diamalkan dan dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Tetapi saya melihat ramai Penjual yang mengambil kesempatan `menggunakan Agama untuk menjual Produk' ini sesuatu yang sangat salah.
Semenjak tiba di tanah suci Madinnah dan Mekkah para Jemaah Tetamu ALLAH senantiasa minum ayaq zam-zam - makan kurma - minum Madu. Maklumlah kat sini semuanya ada. Air zam zam disediakan di dalam atau di luar Masjidil Haram dan Masjid An Nabawi. Buah Kurma - kismis - zaitun senantiasa boleh didapati dengan mudah malah adakalanya kami dapat percuma. Madu boleh dibeli di mana2 kedai yg mengelilingi Masjid dan kawasan penginapan jemaah. Amalan pemakanan Sunnah ini sebenarnya adalah `life style' orang Arab.
Sepanjang Musim Haji terdapat ramai Jemaah yang Sakit. Ini adalah satu `fenomena' biasa. Maklumlah sewaktu musim Haji adalah waktu berkumpul manusia yang paling ramai di Planet Bumi untuk satu jangka waktu tertentu. Manusia dari pelbagai Bangsa dari seluruh pelusuk alam datang ke Mekkah untuk melaksanakan ibadah Haji.
Batuk - Selsema - Demam adalah Penyakit WAJIB setiap Jemaah termasuk saya. Apabila sakit ... kami semua dinasihatkan berjumpa Doktor untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Ada banyak pusat rawatan yang disediakan oleh pihak Tabung Haji atau Klinik yg disediakan oleh Kerajaan Saudi. Lagi dekat hari nak wukuf lagi penuh Klinik dengan Jemaah yang sakit datang untuk ambik ubat .. ambik antibiotik dll. Semua oarang nak Sihat sepanjang waktu Ibadah Haji: Wukuf - Melontar hinggalah selesai Tawaf - Saie dan Bertahlul.
Apabila jemaah sakit Tok Arab tak suruh Jemaah pi minum ayaq zam-zam tetapi Tok Arab suruh semua Jemaah yg Sakit Segera mendapatkan Rawatan Perubatan agar Jemaah semua dalam keadaan sihat.
ini gambaq kak aji di Mekah sebelom bertolak untuk mengerjakan wukuf di Arafah HAJI 2010 |
Selama sebulan (35 hari ) Kak Aji duduk di Mekah Al Mukarramah. Setiap hari Kak aji solat di Masidil Harram. Sebelom nak bertolak untuk mengerjakan Haji/Umrah para jemaah diWajibkan untuk mendapatkan Suntikan Vaksin & menjalani Pemeriksaan Kesihatan. TANPA Buku Rekod Rawatan anda diLARANG MASUK ke Mekah tau.
sebelum berlepas menaiki kapalterbang Jemaah diminta menunjukkan Buku Rekod Rawatan dan Tiket Kapalterbang |
Memang benar Penyembuhan hanyalah dengan izin ALLAH SWT. Kita sebagai manusia berhak dan wajib berikhtiar untuk kembali sembuh. Tetapi nasihat saya Allah kurniakan setiap insan dengan Aqal untuk berfikir. Carilah ILMU. Berikhtiar dengan ILMU agar kita TIDAK mudah terpedaya, Ramai orang suka mengambil kesempatan di atas kelemahan dan kesusahan orang lain.
Orang Miskin selalu menjadi makanan Orang kaya Orang Bodoh akan menjadi makanan Orang Cerdik
Pemakanan sunnah dan amalan sunnah adalah DUA perkara yang berbeza. Keperluan dan pemakanan sel tubuh adalah lebih penting utk diamalkan, Apabila sel tubuh sihat, tisu akan sihat, organ akan sihat, sistem tubuh akan sihat dan insha allah badan akan kekal sihat. Apabila sistem badan berfungsi dgn baik maka imunisasi tubuh akan kuat untuk melawan segala virus dan penyakit.'
1. Rasaulullah akan makan sewaktu lapar
2. dan berhenti sebelom kenyang
3. Rasulullah tidak pernah tidur dengan perut yg kenyang
4. Rasulullah makan buah sebelom makan
5. Rasulullah suka minum susu kambing
6. Rasulullah makan tidak mencampurkan yg darat dengan yg laut
dan banyak lagi amalan pemakanan sunnah Rasulullah bukan hanya Madu - kismis - kurma - Habatussauda
Dr Asri ada menulis: Kalau benar Kismis mampu mencerdikkan minda dan air Jampi mampu mengubah `perangai seseorang' Rasulullah dah jampi Telaga Zam-zam utkk mengubah perangai org Arab Quraish .. Tak perlu Nabi Muhammad mengerahkan sahabat utk berperang hingga ramai yg syahid dan Nabi sendiri Luka parah. Berdoa sahaja meminta pertolongan ALLAH agar beroleh kemenangan!
klik sini untuk membaca: http://dribnusina.blogspot.my/2016/03/apakah-perubatan-islam.html?view=flipcard
Tiada ulasan:
Catat Ulasan