15 Disember 2016

catatan nurani seorang cancer survivor

Untuk makluman semua Rawatan Kanser adalah satu perjuangan yang panjang. Bermula dengan pelbagai Ujian Klinikal (lab test): biopsi - ujian darah- ct scan- pet scan- mamogram -bone scan- MRI dan lain-lain yang sangat merisaukan fikiran malah melelahkan.

Ada pesakit yang memerlukan pembedahan segera membuang tumor atau sel kanser. Sel Kanser menentukan jenis pembedahan yang perlu dilalui seseorang pesaki. Histerektomi, Mastektomi, `reconstructive' - amputee  operation. Semua prosedur ini memerlukan kekuatan mental dan fizikal agar pesakit kembali pulih untuk menjalani Protokol Rawatan Lanjut.



Selepas pembedahan pesakit kanser perlu menjalani Terapi Radio atau kimo atau kedua-duanya utk memastikan agar sel-sel kanser dapat dihapuskan .... `its a long tiring battle'. Penat Mental ... Penat Fizikal  ...... Penat Kewangan!

Tetapi ianya bukan sesuatu yang mudah. Adakalanya kami tidak  mampu  melakukannya sendiri dan  melalui semua itu  bersendirian.
Saya menyeru semua rakan FB - masyarakat Malaysia yang Prihatin dan  Penyayang : Bantulah Pesakit Kanser. Bantulah Keluarga Pesakit Kanser. Beri mereka sokongan ... Be A shoulder to cry on. kerana mereka amat-amat memerlukan. 
Kepada sahabat Cancer Survivors Malaysia teruskan perjuangan anda. Teruskan Rawatan sehingga selesai.  Sabarlah kerana Allah sentiasa bersama org-orang yg sabar.


izinkan saya berkongsi catatan sahabat CSM  Rose Fazlinda Rusli: ... ada orang tak faham keadaan kita .. bila..
1.. ada yang ambik kesempatan menjual ubat Konon Pulih Kanser 
2.. sanggup sakitkan hati kita
3.. cakap macam seolah2 dia atau keluarga mereka tidak akan kena kanser


Teruskan memberi sokongan kepada warga Cancer  Survivors  Malaysia. Sertai kami sebuah kumpulan sokongan di alam maya mewakili semua (jenis Sel)  Pesakit  Kanser. 
At Cancer Survivors Malaysia :  WE CARE 

Tiada ulasan:

ADAKAH GULA MENYEBABKAN KANSER ?

Salam .. hari ini saya nak kongsikan catatan blog  yang ditulis oleh (my gynae-onco) YBhg. Dato Dr  Rushdan Noor   Pakar Kanser Wanita da...