16 Julai 2016

amalan pemakanan Produk Sembuh Kanser

Jujur itu sifat orang Mukmin : 

sebagai seorang pesakit Kanser saya telah menjalani Rawatan Medikal: Pembedahan (membuang Sel Prima Kanser) dan juga Radioterapi: April 2012. pada masa yg sama Saya turut mengamalkan Pelbagai `rawatan Alternatif' dan pemakanan pelbagai Herba yg dijual di pasaran.

Berhabes hampir 70 Ribu membeli apa sahaja yg dijual kerana `kononnya Ia dapat membantu menyembuhkan Kanser' : Dalam catatan pengalaman saya di Blog sewaktu sedang menerima rawatan saya ada menulis tentang amalan pemakanan supplimens yang saya fikirkan agak melampau.

Saya juga pernah membeli: Produk B17 (Biji aprikot biji asli dan jugak Kapsul  (harga ratusan dan ribuan ringgit). Sabah Snack Grass ( tapi saya tak makan sebab ianya serbuk)  Saya beli Madu Sidir (harga ratusan ringgit). Apabila ada yang Promote Baju - Seluar - Stokin - Selimut Nefful (harga Ribuan Ringgit)  saya beli jugak. CELLFOOD ,  Apple stemcell dan bermacam-macam  lagi produk yang saya beli dan amalkan kerana Ketakutan dan Kesedihan yg amat sangat apabila mengetahui saya mengidap penyakit `KANSER', Bila dengar Kanser kita ingat MATI dan saya panik kerana takut  Mati sebab rasa Belom Bersedia!

Alhamdulillah semenjak 2012 hingga hari ini saya telah sihat dan kembali menjalani Hidup Normal. Makan macam biasa tanpa pantang larang malah telah bekerja seperti biasa.  Adalah TIDAK ADIL jika saya mengatakan bahawa amalan memakan CELLFOOD atau menjalani Rawatan Alternatif telah  menyembuhkan Kanser yg saya hidapi dulu. Sebenarnya: Pembedahan Membuang SEL Kanser Prima dan Rawatan Radioterapi adalah merupakan Faktor Utama Saya BEBAS KANSER: Syukur kerana Penyembuhan dengan izin ALLAH SWT: dan saya perlu Berterima Kasih Kepada seluruh warga Gynae-Onko Hospital Sultanah Bahiyah: Terima kasih kpd Dato Dr Rushdan Noor,   Dr Badrul Zaman dan Dr Ismail Alias yg merawat saya. 

Di awal peringkat kesembuhan dahulu saya juga sangat Taksub terhadap amalan Pemakanan seperti CELLFOOD - Makanan Sunnah dan pelbagai produk yang saya anggap penyebab saya Sembuh Kanser. Malah saya pernah menjual (menjadi Ejen) kononnya membolehkan saya beroleh pendapatan dan keuntungan. Malah ramai Penjual pelbagai Produk telah menghubungi saya untuk menjadi `jurucakap/Testimoni' Produk mereka dan menJanjikan saya `profit sharing'. I dont feel good about tis. Saya merasakan ianya sesuatu yg salah dari segi Prinsip. Saya tidak boleh Memberi Harapan Palsu kepada Pesakit Kanser yg lain Bahawa: Makan B17 - minum CELLFOOD - Sabah Snack Grass - Durian Belanda Mampu Menyembuhkan KANSER! Ramai Pesakit yg Takut kepada Pembedahan - Kimo - Radio serta Rawatan Hospital telah memilih untuk Menjalani Rawatan ALternatif dan hanya bergantung kepada Amalan Pemakanan Herba atas alasan Ramai yg SEMBUH KANSER. Sudah 4 tahun berlalu - setiap kali saya membaca Testimoni Produk saya akan hubungi Pesakit kanser tersebut dan Bertanya Bagaimana Mereka sembuh Kanser; 100% Kesemua yg saya hubungi Mengakui Mereka telah Menjalani Rawatan Hospital terlebih dahulu sebelum mengamalkan Teh Daun Rerama - Produk B17 - atau lain2 Supplimens yg diJual.  

Pesanan saya kepada Sahabat Cancer Survivors dan Mereka yang terlibat Menjual Supplimens: Menjual - Menjadi EJEN Produk TIDAK SALAH: yang salah adalah apabila kita MENIPU. Memberi Harapan dan maklumat Palsu adalah MENIPU. Kepada Pesakit Kanser: Ikhtiar Tak Salah - tapi biarlah BERILMU. cari maklumat sebanyak yang boleh. Hubungi Pesakit yg Menjadi Testimoni - Jumpa Mereka dan bertanya Amalan sebenar mereka pulih Kanser!

5 ulasan:

Angah berkata...

alhamdulillah...semoga Allah memelihara puan..

Zuraini Kamal berkata...

amiinn tq angah

Unknown berkata...

Ayah sy telah disahkn knser limfoma..usianya 63 tahun...2 minggu lg..rawatan kemoterapi...soalan sy..bgaimna untuk sya seiringkn rawatan herba dan kemoterapi...terima kasih...

Fiza berkata...

Teruma kasih pn atas info.
Setelah membaca tulisan on..semangat saya pulih kembali. Saya baru disahkan penyakit kanser payu dara..terkejut dan berasa sgt rendah diri...
Baru menjalani pembedahan dan sedang menunggu rawatan susulan.

Fiza berkata...

Teruma kasih pn atas info.
Setelah membaca tulisan on..semangat saya pulih kembali. Saya baru disahkan penyakit kanser payu dara..terkejut dan berasa sgt rendah diri...
Baru menjalani pembedahan dan sedang menunggu rawatan susulan.

ADAKAH GULA MENYEBABKAN KANSER ?

Salam .. hari ini saya nak kongsikan catatan blog  yang ditulis oleh (my gynae-onco) YBhg. Dato Dr  Rushdan Noor   Pakar Kanser Wanita da...